~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 30 Januari 2012

Kisah rancangan tv semalam

Assalamualaikum. Aku pasti semalam ramai yang setia di depan tv masing-masing menonton Anugerah Juara Lagu ke 26. Dalam FB, masing-masing update status tentang artis pujaan mereka. Aku macam biasalah, tidaklah sefanatik mana, buktinya, sempat lagi aku tengok rancangan ulangan Where The Money Drops dan Drama Melayu yang bertajuk Biar Mimpi Sampai ke Bintang.

Aku sajalah test Tok Ketua, aku nak tengok samada Tok Ketua berminat ke tak dengan Anugerah Juara Lagu ni. Ternyata jangkaan aku benar belaka, Tok Ketua tidak berminat untuk melihat Anugerah Juara Lagu, kecuali semasa kemunculan Jamal Abdillah semata. Tok Ketua hanya berminat dengan suara Jamal Abdillah yang memang power dari dulu kini dan mungkin selamanya.

Dan apabila aku menukar ke rancangan Where The Money Drops semasa iklan berlangsung di TV3, sang suami barulah menunjukkan rasa minatnya untuk menonton. Dia suka pada rancangan tersebut hanya kerana rancangan tersebut mampu memberikan dia info dan fakta baru. Habis rancangan tersebut, aku tukar ke Drama Biarlah Mimpi Sampai ke Bintang, terus suami aku tidak menunjukkan minat langsung. Aku pun tidaklah berminat sangat nak tengok drama ni, sebab aku rasa drama ni ada yang tidak kena. Lagilah aku rasa panas hati bila ending drama ni, mereka berpelukan, aduhhh, adegan haram yang dihalalkan dalam drama. Entahlah, aku malas nak cakap tentang perkara kemaksiatan yang berlaku dalam drama dan filem Malaysia ni. Dah penat aku cakap, semoga kelak ada perubahan yang berlaku.

Apa yang pasti, suami aku memilih untuk mendengar ceramah Ustaz Idrus melalui youtube sahaja sebab aku dah conquer kesemua channel. Hahahaha. Bila aku tukar semula ke Anugerah Juara Lagu, pemenang persembahan baik dah pun diumumkan. Maka, aku menanti sahaja siapa yang berjaya menggondoli tempat ketiga, kedua dan pertama. Tahniah kepada yang bergelar Juara.

Sebenarnya semalam baru aku tahu apa maksud Nano. hahaha, jahilnya aku ni.

2 ulasan:

fuad ansari berkata...

saya hanya mendengar dari dalam bilik tanpa tgk tv.. then, tertido.. tak sempat nak tau sape juara.. hari ni, melayari internet, dah tau sape juara.. selesai.. (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fuad : hahaha, lagi senang ceritakan :-)