Semasa entry ni ditulis, aku baru je pulang daripada klinik berhampiran rumah aku. Aku pergi klinik dengan berjalan kaki, sajalah niat nak bersenam dan tenangkan perasaan dengan kecelaruan emosi yang sedang berlangsung dan dalam keadaan sakit kepala kerana tak cukup tidur kerana semalam jam 5am baru aku dapat melelapkan mata. Makanya, hari ni aku tak dapat pergi kerja sebab aku rasa gelong semacam sebab tak cukup tidur.
Sebelum aku cerita pasal isu mengandung, aku saja nak share, sejak 2-3 menjak ni aku susah benor nak lelapkan mata dengan sempurna. Selama ini, aku dikenali sebagai manusia yang paling senang nak tidur, atas batu ke, atas akar ke, atau dalam situasi apa pun setakat ni aku mudah nak terlena. Aku dicemburui oleh kawan-kawan dalam dunia hutan sebab pada mereka dalam keadaan darurat pun aku masih mampu tidur dengan sempurna seperti ada kes khemah kami hampir di panah petir dan khemah kami dibanjiri air dan seseolah kami sedang tidur dalam swimming pool, tapi aku masih mampu layan lena aku tu. Kira dasat tak aku sehingga ke tahap tu aku masih mampu nak tidur.
Aku juga dikenali sebagai manusia yang bebas dengan masalah, walaupun aku ada banyak masalah, aku tak pernah tonjolkan masalah aku dan aku tak pernah memikirkan masalah tersebut hingga susah nak tidur. Masalah pada aku tetap masalah, tapi tidur tetap tidur. Tidur dan masalah, pada aku tidur itu lebih utama. Hahaha. Itu prinsip aku, maka dengan itu agaknya aku senang nak tidur nyenyak.
Tapi sejak akhir ni, aku susah nak lelapkan mata, walaupun fikiran aku adalah zero daripada memikirkan sebarang masalah. Sehingga suami aku sendiri perasan dengan perubahan aku sekarang ni. Keesokkannya mata aku bengkak di tempat kerja, nampak sembab, dan kalau orang tak tahu orang cakap aku baru lepas nangis, padahal aku hanya mengalami sindrom susah nak lelapkan mata. Barulah aku realize sekarang kawan-kawan aku selama ni cemburukan aku, dan aku akhirnya pula mencemburui mereka.
Maka, hari ni aku diberi rest oleh doktor. Aku tak dapat tidur semalam pun sebab aku selsema yang teruk. Hilang terus nikmat keselesaan nak berbaring. Suami aku dah lama nyenyak di sebelah aku. Oh ya, sebenarnya aku bukan sahaja ke klinik nak ambil ubat selsema dan sakit kepala, aku juga nak minta pendapat doktor dengan masalah haid aku.
Nak cerita ke tak ya? Segan pun ada, tapi cerita sahajalah, korang open minded ya. Ni bukan cerita kotor atau lucah.Cukuplah sekadar kalian ambil sebagai general knowledge. Mengikut kiraan tarikh period aku, jumaat minggu lepas aku sepatutnya period. Memang tepat. Selepas aku selesai mengaji, aku dapati ada bleeding. Dan aku anggap itu period.
Biasalah, kalau dah period sedikit kecewalah, means aku tak mengandung lagi. Aku macam biasalah inform suami aku dalam intonasi yang sedih, suami aku macam biasalah, tak ada sebarang respons negatif. Pada dia, pregnant atau tidak, dia rasa bahagia dengan aku, so, nikmat apa lagi nak didustakan?
Aku tiba-tiba jadi suka, bolehlah aku main badminton sesedap rasa malam tersebut dengan kawan-kawan aku. Memang aku main sampai lembik pun. Konsep aku, alang-alang bersukan biar sampai lembik. Aku tiba-tiba diserang rasa sakit di bawah perut, sambil main sambil aku menahan kesakitan. Tapi tidak aku suarakan pada suami aku. Aku membuat kesimpulan, biasalah hari pertama,period pain.
Tapi, aku mula pelik, bleeding aku tak seperti kebiasaan yang bleedingnya pasti banyak di hari pertama. Kali ni bleedingnya seakan coklat sesolah-olah period aku dah nak abis. Padahal aku baru saja selesai main badminton, melompat sakan, logiknya, kuantiti bleedingnya akan lebih banyak daripada tahap nornal. Dan yang lebih pelik, keesokkanya langsung tiada bleeding sehinggalah hari ahad.
Aku dah cakap pada suami, sekiranya petang ahad masih tiada bleeding, hari isnin aku nak solat seperti biasa. Dan tadi dalam keadaan kepala aku gelong, aku tergerak hati nak google berkaitan mengandung di luar rahim. Sempat aku baca 2 artikel, aku terus stopkan pembacaan. Daripada pembacaan aku, mengandung di luar rahim sangat bahaya. Dan di sini aku dah ada 2 tanda, yakni bleeding seakan coklat dan sakit bawah perut. Aku terus rasa menggigil.
Terus aku pergi klinik mendapatkan doktor. Dan aku memilih untuk berjalan kaki, sebab aku rasa aku tak kuat bawak kereta sekiranya doktor memberi khabar mendukacitakan. Jawapan doktor hanya ini, berkemungkinan awak mengandung, tapi saya tak dapat nak trace, awak tunggu lagi 2 minggu, bleeding itu perkara biasa, kita jumpa lagi 2 minggu.
Aku dah lupa terus nak tanya pasal mengandung di luar rahim tu, sebab aku masih bengong-bengong. Aku tak dapat nak fikir dengan stabil sebab aku mengantuk, tak cukup tidur, sakit kepala, selsema, aku nak tidur tapi tak dapat tidur, aku nak berfikir,tapi masih gagal berfikir dengan sempurna.
Kesan daripada kurang rehat, sebab semalam aku pulang daripada kampung suami, hantar pula adik ipar aku ke universitinya, ke rumah sepupu aku pula ada hal kena selesaikan, balik rumah,kawan aku dan suami pula datang borak sampai pagi, aku penat, dah tu tak dapat tidur pulak, selsema teruk pula,hari ni pun masih tak dapat tidur walaupun aku ada banyak masa di rumah. Sudahnya, aku layan white coffee, my favourite, sambil luahkan tentang semua ni dalam blog aku.
Persoalannya sekarang ni, benarkah aku sedang mengandung? Dan adakah aku mengandung di luar rahim?
Sapa ada pengalaman sharelah dengan budak hingusan seperti aku. Teringin benar nak jadi ibu mengandung, tapi berada dalam situasi sebegini, benar-benar menghilangkan keterujaan aku untuk mengandung.
9 ulasan:
x semsetinya awak mengandung di luar rahim. kwn akak ari tu pun bleeding skit2 pastu sakit perut kat ari2, last2 pregant. jgn main lasak2 sgt takut2 betul mengandung. luar rahim atau tak kita xtau lg tp jaga lah dulu jgn lasak sgt ye..
marina : lega membaca statement ni
mgkn silap saya lasak sangat bermain badminton tak ingat dunia
sy akan ingat pesanan itu :-) tkasih kerana melegakan hati saya
kalau kak wbh mengandung saya antara yang gembira jugak..
insyaallah apapun keputusannya semoga baik saja.
insyaallah apa jua keputusannya allah sedang beri yang terbaik..
insyaallah..
rulza : itulah sy pun sedang memujuk diri sendiri dgn statement itu di mana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNya
tak sabar nak tggu smp 2 mggu, silap2 esok jugak beli pregnancy test dan test sendiri, hahaha
tp kesan sakit bwah perut smp skrg belum hilang, itu yg tak selesa sebenarnya
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Wahh...nanti kalau akak mengandung inform ye?
Berita baik ni..tumpang gembira utk akak....semoga xde apa2 yang bahaya....aminnn...:)
kak, saya pun tak sabar...apa kata beli je..test sendiri..:)
all the best for you..moga allah beri padamu ketenangan..amin..:)
noorieda : doakan segalanya yg baik2 ye, nnt apa2 sy inform
rulza : seeloknya bila ya, sy hanya tahu sesuai test waktu pagi semasa air kencing pertama, itu je :-)
saya selalunya tak tunggu pun kencing pagi. terus buat bila saya beli..hihi
sebab selalunya test kid tu dapat detect hormon hcg tu seawal sehari haid terlewat. saya ada baca gak seawal sehari persenyawaan pun dia boleh detect hormon hcg...
kalau akak ragu2 buat pagi pun boleh atau bila dah lama tak urinate..macam last urinate pagi pastu tengah hari baru nak urinate, ok gak test...
rulza : kalau gitu ptg ni jugak sy beli pregnancy test
yesssssssssss!!!
Catat Ulasan