Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari tu. Banyakkan beristighfar, berselawat ke atas nabi serta perbanyakkan zikrullah sempena makanan jiwa kita. Selamat berhujung minggu ya. Aku target kalau boleh biarlah minggu ni aku dapat jalan-jalan, aku dah bosan sepanjang CNY aku dapat perintah berkurung daripada Tok Ketua (suami). Aku harap minggu ni Tok Ketua sudi bawak aku jalan-jalan.
Minggu lepas kesihatan aku masih belum berada di tahap yang memberangsangkan, sebab tu dapat perintah berkurung, demamlah, sakit perutlah, cirit biritlah. So afdal sahaja lepak di rumah. Dari satu movie ke satu movie aku layan, bosannya hanya Allah yang tahu.
Ni bila aku benar-benar rasa dah sihat, aku hampir lupa yang aku pregnant. Semasa hujan lebat baru-baru ni, sempat lagi aku berlari dalam hujan, kemudian Tok Ketua menjerit pada aku, ingatkan aku supaya jangan berlari boleh tak? Hahaha, aku memang pelupa, apatah dah sihat, aku lupa diri di mana aku sedang mengandung. Mmmm, bahayakan. Insyaallah aku takkan ulang lagi.
Esok aku akan ke ofis lama aku ambil ayam hutan yang kawan aku dah buru tempoh hari. Rasanya sehari aku akan lepak bersama mereka, kerana Tok Ketua ada tournament hoki antara inter department nya. Aku malas nak follow, kang cepat bosan, better aku habiskan masa dengan kakak-kakak dan abaang-abang aku, boleh juga meminta pendapat mereka mengenai ibu mengandung. Aku kena banyak buat kajian pasal ibu mengandung ni sebab aku tak ada mak yang nak memantau aku sepanjang 9 bulan ni. Kalau salah aku makan, salah aku bertindak, salah percaturan, maka yang terkena effect adalah kandungan aku jugak. Maka, aku kena lebihkan bertanya, aku tak boleh malu segan dalam soal ni, sebab aku ada zero knowledge pasal hal ni. Secara general tu aku taulah, seperti buat masa ni tak boleh makan nenas dan tapai, yang lain tu kenalah tanya dan tanya dan tanya mereka yang berpengalaman.
Selain pasal ibu mengandung, aku kena juga ambil tahu pasal proses berpantang, dah tentu aku kena jaga diri sendiri semasa tempoh berpantang, manalah aku ada mak nak tolong jaga aku semasa pantang, nak tak nak kenalah berdikari secara sepenuhnya. Kenalah ambil tahu apa yang boleh dan tak boleh aku buat dan lakukan. Kang salah tindakan, aku juga yang menanggung kesan sampingannya. Untunglah mereka yang ada mak tolong pantau dan jaga mereka sepanjang proses berpantang. Tiba-tiba aku rasa sedih dan hiba pulak. Serius ni rasa sedih, bukan nak minta simpati. Aku sekadar luahkan je
Oh ya, semalamkan aku muntah teruk. Bukan sebab alahan aku rasa. Tapi sebab aku paksa diri minum susu coklat Anmum. Sebenarnya hampir seminggu dah aku tak minum, bukan tak nak minum, padahal sebelum tu dah habis sekotak aku belasah, bukan tak nak minum, padahal aku ni fanatik susu coklat, tapi sebab entahlah mengapa, sejak 2-3 menjak ni aku langsung tak boleh bau susu. Tak boleh tak boleh dan tak boleh. Adakah ni disebabkan aku mengandung? Maka, semalam, aku paksa jugak minum, hasilnya aku muntah yang teruk. Padan muka aku. Kawan ofis cakap, kalau dah tak boleh minum tu, janganlah paksa diri. Kau juga yang penat termengah-mengah selepas muntah, hilang kudrat dan tenaga, kan dah susah. Manalah aku tahu, aku niat nak habiskan saki baki susu tersebut sahaja. Nampak gaya, buat masa ni, aku memang tak bolehlah nak minum. Rupanya apa saja yang melibatkan susu, aku langsung tak boleh bau, kang confirm muntah. Uwekkk
Aku baru perasan, rupanya bila dah mengandung ni, ada saja contra yang berlaku. Contohnya, dulu aku manusia jenis pantang letak kepala, confirm lelap punyalah, tapi early stage aku pregnant, aku mana boleh tidur langsung, mengantuk tapi tak boleh lelap. Kan ada aku cerita dalam entry yang lepas kan. Kemudian, cerita pasal susu tadilah, selama ni kalau melibatkan susu coklat, akulah hantunya, sekarang tidak lagi. Baunya saja menyebabkan aku muntah beriya-iya. Mmmm...Kemudian, baru aku perasan baru-baru ni aku try test uji (sajalah guna ayat ni), makan pedas berkali-kali, dan hasilnya confirm cirit birit, maknanya kat sini, aku tak boleh lagi melantak pedas sesedap rasa, walhal selama ni akulah fanatik pedas, almaklumlah aku ni kan anak jati Utara. Maka, aku kenalah berkorban daripada makan pedas lagi buat masa ini supaya aku tak memudaratkan diri sendiri.
Seperti biasa, rutin aku hari-hari adalah memasang alunan ayat-ayat al Quran kat pc aku. Memang selama ni pun aku akan pasang, selagi aku ada kat tempat duduk aku, selagi tulah aku akan pasang, kalau sempat, aku baca sekali, dan kalau aku ada kelapangan, aku akan baca tafsirnya sekali, tapi buat masa ni, aku lebih fokus mengulang-ulang 3 surah Luqman, Mariam dan Yusoflah. Seperti yang aku percaya, al Quran ni satu-satunya mukjizat yang kita boleh guna pakai dalam kehidupan seharian. Mukjizat yang satu ni sangatlah agung, betul tak, kerana apa aku cakap demikian, mukjizat nabi lain kalau kita guna, takkan berhasil pun, contoh seperti kalau kita guna tongkat nabi Musa, setahu aku, hanya berkesan sekiranya nabi Musa sendiri yang menggunakannya. Tapi berbeza dengan mukjizat nabi Muhammad ni, kita boleh aplikasinya dan ianya sangatlah membantu dan berhasil. Betul tak apa yang aku cakap ni? Oh, betapa agungnya mukjizat yang satu ni. So, sangatlah rugi kalau kita tak menggunakannya secara maksima, ya tak?
Sekarang ni, aku selalu dapat 2 soalan popular. Soalan pertama, aku ada alahan muntah tak? Morning sickness tak? Alhamdulillah, aku jawab buat masa ni tak dan aku harap ianya tak berlaku pada aku. Yang kedua mereka tanya, adakah aku mengidam apa-apa? Soalan ni sebenarnya aku sendiri confuse nak jawab, mengidam tu aku sendiri susah nak tafsirkan sebab aku ni jenis manusia suka sangat teringin macam-macam. Dan buat masa ni aku sangat-sangat teringin nak makan daging salai masak lemak dan sehingga kini aku belum jumpanya sejak Ahad yang lalu. Adakah perkara ni termasuk dalam kategori mengidam? Hahaha. Kalau payah sangat, aku je yang sendiri masak, apa susah sangatkan, hendak seribu daya.
Perkara lain buat masa ni belum ada, dan aku harap perubahan yang bakal tiba tidak akan memudaratkan aku. Aku selalu doa semoga aku menjadi wanita yang gagah dan kuat ketika pregnant. Aku tak nak dipandang lemah sekalipun aku sedang mengandung, aku selalu doa moga kandungan aku sempurna sebab aku dah ada kes kan sebelum ni, masalah bleedings tu dan aku harap segalanya sempurna sehinggalah aku melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna dan mampu menjadi manusia yang beriman, dan biarlah imannya setebal Saidina Abu Bakar, kalau boleh lebih lagi pun tak apa. Kan nabi Muhammad pernah cakap (tak salah aku nabi yang cakap) sekiranya dikumpulkan seluruh umat Islam kat dunia ni, iman mereka masih belum mampu mengatasi iman Saidina Abu Bakar, ya Allah betapa hebat dan dahsyatnyakan iman Saidina Abu Bakar. Kakak kepada kawan satu ofis aku letak anak dia Abu Bakar sebab nak anak dia jadi seperti Saidina. Insyaallah kita doakan ya.
Itu saja kot aku nak cerita perkembangan aku. Cuma aku nak cakap, aku risaulah tentang isu kiamat pada December 2012 ni, boleh tak jangan percaya dan jangan meramal? Nabi sendiri pun tak tahu, so kita jangan pandai-pandai buat rumusan. Memanglah tanda-tanda kecil kiamat dah bersepah, tapi tanda-tanda besar seperti gempa bumi, kemunculan dajjal dan Iman Mahdi, Nabi Isa, peperangan antara umat Islam dan kafir dan kemenangan terhadap umat Islam dan dunia akan menjadi aman selama 40 hari, bulan atau tahun belum berlaku kan. Tapi tak mustahillah akan berlaku dalam masa 12 bulan ni, kerana masanya masih panjang, dalam satu saat pun macam-macam boleh berlaku, apatah dalam masa 12 bulan kan, ye tak? Yang pasti, kiamat pasti datang, pasti wujud, pasti muncul, jangan sibuk meramal, tapi sibuklah beramal. Ye tak?
Tah-tah kiamat kecil dulu yang datang, ye tak? Yakni kematian.
3 ulasan:
Semoga semuanya akan bertambah baik. Mana yang selera tak boleh terima tu, biarkanlah dahulu. Jangan mudaratkan diri, ya. :)
alhamdulillah dengan perkembangan baik akak..jaga diri tau..kena ingat tengah mengandung...ada ke patut akak pi belari dalam hujan..ish ish..memangla kena marah...
pelik juga orang yang meramal kiamat ni..sibuk dok ramal buat apa..persiap diri lagi la bagus..dari dok meramal, kita bukan boleh buat apa pun kalau kiamat sampai...tak terdaya pun kelak...
kakcik : hahaha, lepas ni x minum dah susu tu, letih rasa terkenangkan muntah, hilang separuh tenaga, hahaha, tkasih atas nasihat
rulza : hahahaa, sy ni sebenarnya kalau nak tahu mmg jenis pelupa, tu masalah utama, hahahaa, bila sihat tu mmg terus lupa diri, ahahahaha
sy suka pada statement kalau kiamat smp kita tetap tak boleh buat apa tu, sy sokong, biasanya org yg meramal ni x de keja kot :-)
Catat Ulasan