~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 16 Januari 2012

Sekembalinya dari MC hampir seminggu

Aku dapat MC sejak Rabu dan sejak itu aku berehat di rumah menjadi manusia pasif. Maafkan aku kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menceritakan perkembangan aku. Panjang ceritanya untuk ditulis, dan aku cuba pendekkan.

Pada hari Selasa lepas, selepas Kuliah Zohor, aku dikejarkan ke Hospital Pantai Dalam kerana mengalami sakit bawah perut yang agak kronik. Aku dimasukkan ke unit Accident & Emergency. Aku akhirnya, dipendekkan cerita (banyak aku skip cerita sebab nak pendekkan), disahkan mengandung oleh seorang doktor wanita. Nak kata gembira pun ya, cuak pun ya sebab aku dah tak tahan sakit bawah perut.

Doktor mengatakan bahawanya aku kira masih bernasib baik walaupun ada 2 kali pendarahan, rahim dan kandungan aku nampak selamat buat masa ni. Aku rasa nak menangis pun ada apabila discan, aku nampak seketul janin dalam rahim aku. Tapi aku gagal mengawal emosi yang masih terkejut. Aku menggigil-gigil ketakutan. Minda aku masih keliru dan bercelaru.

Dengan tidur yang langsung tidak cukup, sakit kepala, sakit perut, aku cuba menerima berita gembira itu dengan positif. Aku lega, aku dan kandungan disahkan selamat. Doktor cakap, otot rahim aku crem, sebab tu aku sakit bawah perut. Sehingga entry ini ditulis, aku masih tak mampu ketawa, bersin atau pun batuk dengan normal sebab aku masih rasa sakit di bawah perut.

Doktor cakap sekiranya masih ada pendarahan barulah buat check up susulan, tapi kalau tidak ada apa-apa masalah, tak perlulah datang lagi ke hospital. Kawan-kawan aku di ofis gembira dengan berita itu. Mereka menunggu kepulangan aku dari hospital.  Aku pun suka, siapa yang tak suka diberi peluang menjadi ibu mengandung, tapi disebabkan kesakitan, aku berada di tahap runsing. Aku benar-benar sakit bawah perut, aku gagahi memandu pulang ke rumah seorang diri. Suami aku nak datang ambil aku, aku berkeras tak nak, sebab aku tak nak susahkan dia, haluan ofis kami sangatlah berbeza dan sangat jauh, aku rasa, belum masanya aku nak susahkan dia.

Akhirnya, dengan susah payah memandu, aku sampai juga di rumah selepas Magrib. Doktor memberi aku MC sehingga jumaat. Dan hari ni aku mula bekerja semula setelah aku menjadi manusia pasif selama beberapa hari. Aku tak dibenarkan memandu lagi, tak dibenarkan basuh kain, tak dibenarkan memasak, tak dibenarkan sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air. Aku meronta-ronta kebosanan di rumah.

Nak tidur pun tak boleh sebab aku mengalami masalah untuk tidur walaupun aku mengantuk di paras yang maksima. Tapi akhirnya masalah ni dapat diselesaikan pada hari Khamis, aku dapat tidur sepuasnya. Dan aku lega gangguan tidur aku berakhir juga. Nikmat sangat dapat tidur dengan nyenyak. Nikmat sangat dapat tidur dengan aman sentosa.

Tapi masalah lain pula wujud, sejak 2-3 hari ni aku sering mimpi jatuh bangunan, jatuh tangga, jatuh gaung, jatuh dari tempat tinggi pula, kemudian aku terkejut bangun dari tidur, menyebabkan perut aku semakin sakit sebab aku bangun secara mengejut. Aku pun tak faham kenapa, nak kata tidur tak baca doa, macam-macam doa aku baca, aku ni kan jenis penakut, selagi tak baca doa, aku takkan tidurlah, so aku pun tak faham kenapa aku alami masalah yang satu ini. Masalah ni sehingga semalam masih berlaku. Aku harap ianya akan berakhir juga.

Aku harap kalian doakanlah semoga perkembangan janin dalam kandungan aku berada dalam keadaan sempurna. Aku rasa bahagia sangat saat ni walaupun aku ada gangguan tidur, dan sakit bawah perut, aku masih diberi ruang dan peluang menjadi ibu mengandung. Setakat ni, langsung tiada tanda alahan seperti muntah dan loya, dan aku tak rasa sebarang perubahan pun menjadi ibu mengandung setakat ni. Cuma, aku dah tukar cara jalan kepada perlahan sebab aku ni terkenal berjalan laju. Itu sahaja kot aku nak kongsi.

Bantulah aku daripada sebarang tips makanan, dan apa sahaja yang perlu aku lakukan, kerana aku zero knowledge pasal benda alah ni semua.

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik doakan semuanya dalam keadaan baik dan selamat. Cubalah seboleh2nya buang segala rasa negatif, takut, risau dan bimbang yang ada dalam fikiran. Yakinlah dengan anugerah yang Allah bagi itu. Jangan fikirkan kemungkinan2 yang tak masuk akal. Rajinlah membaca surah2 Yusof, Luqman dan Mariam.

Banyakkan makan buah2an dan sayur2an. Teruskan amalan berdoa itu. Semoga semuanya selamat. InsyaAllah. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : tkasih akak, setakat ni kawan-kawan je sumber rujukan selain internet, xde mak ayah nak refer,

ohhhh sy tahu surah mariam dan yusof je, x tau lak surah luqman pun bagus dijadikan amalan, thanks ye kak :-)

setakat ni mmg byk buah sy dah mkn, belambak2, hahahaa, thanks akak atas doa :-)

Noorieda berkata...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Semoga berada di dalam rahmat ALLAH sentiasa..

ALhamdulillah...termakbul juga doa akak nak jadi ibu mengandung ya...

Jaga diri, jaga kesihatan...BERDOA banyak2 kpda ALLAH...

Tentang mimpi sering jatuh dari tempat2 tinggi 2, emm..nampak macam ada msalah la kak..maafkan saya kalau saya memandai2 tapi elok jika akak bertanya orang yang lebih pakar atau orng yng akak percaya...saya cuma berkongsi pendapat,pengetahuan n pengalaman sahaja...ALLAHUALAM..

Akak minta perlindungan dari ALLAH..

Insya-ALLAH...DIA adalah sebaik2 pelindung...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

noorieda : setahu saya juga, mimpi sebegitu, ada tanda jin dlm bdn, maknanya kat sini, sy kena lebih bykkan makanan jiwalah ni supaya jin keluar drpd badan sy :-)

tkasih ya atas nasihat, insyaallah sy akan ikut :-)

UMMI YL berkata...

alhamdulillah kak..alhamdulillah...
semoga semuanya dalam keadaan baik..
masyaallah saya tak perasan entry ni tadi sebab kalut nak ke uthm..alhamdulillah saya pun dah dapat kerja..biasa2 je tapi alhamdulillah boleh untuk menampung yang kurang...

kak..banyakkan rehat..jangan buat kerja rumah sampailah sakit akak hilang..kena sabar sikit walaupun busan..huhu

seronok seronok seronok!

akak amalkan buah kurma dan air zamzam..dikatakan sapa yang amalkan kurma anaknya akan berhati lembut..air zamzam pula menjadi penawar bg setiap doa kita..insyaallah

pasal mimpi tu akak amalkan yasin selepas asar dan ayat2 pelindung sebab wanita mengandung tubuhnya natural..benda2 halus senang masuk..tambah akak asik mimpi jatuh dan terkejut.

suka suka suka!
syukur pada Allah kerana telah ditunaikan hajatmu..
semoga allah lancarkan urusan hamil hinggalah lahirnya bayi yang sempurna sifatnya...
kalau boleh memang banyak nak kongsi bersama
tapi saat ini sejuta gembira saja yang rasa nak dikongsikan bersama..

:) :) suami saya juga ucapkan tahniah..

haa, lagi satu ustaz don pesan..dalam surah maryam ibu maryam bernazar anaknya jadi pembela agama..alquran dah menyebut jadi akak nazarlah apa yang akak nak bakal anak akak jadi apa nanti..

baca surah luqman mudah-mudahan anak jadi cerdik dan soleh macam luqman..lagipula boleh seru kepada anak agar dengar nasihat2 luqman kepada anaknya...insyaallah...

pasni boleh beli buku pasal kehamilan..ustazah bahiyah punya buku best juga..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : alhamdulillah, doa sy akhirnya termakbul utk jd ibu mengandung

alhamdulillah rulza pun dah dpt keje, tentu bz, nak uruskan keluarga dan kerjaya

setakat ni masih mencari kurma dan air zam zam, masa gi giant tmpt jual kurma dah berganti dgn limau mandarin pulak

itulah, sedang memperbanyakkan mengaji, sbb asyik tersedar sbb terkejut mimpi yg bkn2, hrp tiada apa2 lah

hahahaa, ucap tkasih pada suami rulza

itulah sedang melebihkan baca surah luqman, mariam dan yusof,

buku blm beli, tapi dok masuk jugak website babycenter.com,

saya kena lebihkan kajian sbb tak ada mak dan ayah nak refer, kena lebihkan tny pada kawan2 yg berpengalaman dalam soal ni, tkasih juga pada rulza dan rakan2 blog kerana byk memberi bantuan daripada segi mental dan fizikal

Jale SOKMO berkata...

Tahniah,

Kalau ikut pengamal perubatan Islam, ada makhluk lain cuba ganggu wbh. Cuba amalkan ini:

1)lps bc yasin, sambung bc surah soffat, kalo x sempat, bc ayat ke-6.

2)amalkan manzil.

3)kalau rasa x sedap, dakwahkan kebesaran Allah, jin/syaitan sgt takut kpd Dakwah.

Semoga puan wbh mendapat zuriat soleh/ah dan selamat Dunia Akhirat.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

jale : ayat2 yasssin, manzil, munjiyat dan apa lagi satu tu lupa mmg sy amalkan, baca dan sambil dengar dalam kereta, tu amalan hari2, dah jadi wajib, tp rupanya masih ada yg nak mengacau saya, cobaannn ni, hehehee

tkasih atas saranan, lepas ni sy akan lebih kerap berdamping dgn ayat2 tersebut

yg no 3 tu sy kurang mengerti, macam mana ye