Assalamualaikum w.b.t. Di sini aku nak menjemput kepada sesiapa yang membaca entry ini supaya datang ke majlis kahwin aku pada tarikh tertera. Majlis kahwin aku ni sederhana sahaja, siapa yang nak datang, aku dengan berbesar hati menjemput kalian. Aku tak pasti samada kalian nampak ke tidak kad tersebut, tak pandailah aku nak adjust. Aku taipkan semula ye
Lokasi : Dewan SS5A / Kelana Jaya (berdekatan wisma FAM)
Masa : 12 tengah hari - 3 petang
Tapi awal-awal lagi aku nak bagitau, kalau ada sebarang kekurangan kat majlis aku ni, aku pohon ampun dan maaf kerana majlis ni aku sendiri yang organise, maka, aku tak mampu nak buat secara besar-besaran. Banyak hati, banyak pihak aku kena jaga, so majlis aku walaupun kecil tetap aku kena langsungkan. Harap maaf sekiranya kalau ada kekurangan pada majlis aku. Doakan majlis aku berjalan lancar dan diberkati. Silalah datang ye
10 ulasan:
semoga majlis itu dirahmati Allah. Besar atau kecik tak penting yg mustahaknya akad nikah yg sempurna dan keberkatan Allah.
Selamat pengantin baru dik ;). semoga berkekalan ke akhir hayat.
semoga kekal hingga ke syurga..
marina : t/kasih, ikutkan hati nak buat majlis akad nikah je, kang org kg sure pandang serong :-)
azhar : wow, best tu, terima kasih, nanti sy nak renew road tax bln 5 ni, sy nak berurusan dgn en azhar ye :-)
InsyaAllah, andai berkesempatan kakcik akan menghadirkan diri.
Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya. Amin. :)
kak cik : dtg ye, sy cuba email pd akak tp reject, knp ek?
kak cik : dtg ye, sy cuba email pd akak tp reject, knp ek?
tahniah..alhamdullillah..insyaallah saya datang..heheh
cik ceria : dtg ye :-)
saya dah baca entri ni. jadi saya pun boleh la pergi ye? hihi~
tahniah!
GB : dtglah berjemaah dgn kakcik, cik ceria dll ye, bila lagi nak kenal korang semua
siapa yg baca entry ni, silalah dtg ye :-)
Catat Ulasan