Kita baru sahaja dikejutkan dengan fenomena bencana alam yang sangat dashyat di Jepun. Dengan tsunaminya, gempanya, radiasinya. Semua ini akan memberi kesan samada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Dan syukurlah, kesan radiasi itu tidak merebak ke bumi Malaysia seperti khabar angin yang langsung tidak berasas. Mari kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Dan jangan lupa berdoa supaya segala kepayahan dan penderitaan rakyat Jepun akan segera berakhir.
Tapikan, kenapa ye kita tak nak ambil iktibar daripada musibah yang telah melanda negara matahari terbit itu? Pada pendapat aku yang jahil ni, setiap perkara yang berlaku yang Allah telah izinkan berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Tapikan, aku perhatikan masih ramai yang tak nak ambil iktibar dan pedoman daripada kiamat kecil ini.
Dalam suratkhabar, hampir hari-hari kita disajikan dengan berita ajaran sesat. Kenapa ianya semakin berleluasa? Tok Berlagak dari Darul Saka, boleh tahu siapa yang akan ke syurga. Baca yassin secara mengundur. Wahhh, sangatlah hebatnya. Teringin bebenor aku nak jumpa dia. Macam-macam soalan aku nak tanya ni.
Sebenarnya aku sedih sangat. Akhir zaman ni kalau sebut jumpa bayi dalam tong sampah dalam tandas adalah perkara yang bukan luar biasa lagi. Ibu bapa berzina depan anak bukan perkara yang asing lagi. Kemudian, kes murtad pula bukanlah satu perkara baru di bumi Malaysia. Dan sekarang, ajaran sesat berleluasa. Salah siapa? Aku tak dapat bayangkan generasi masa depan. Betapa aku tak dapat nak gambarkan suasana yang pastinya begitu menyedihkan.
Kenapa makin ramai yang terjebak dalam ajaran sesat? Tahun lepas dah tangkap sekumpulan ajaran sesat yang sambut raya lebih awal daripada sepatutnya. Sebelum tu kes ayah pin tak payahlah aku nak cakap, satu malaysia dah heboh.
Seperti sebelum ni, aku tergelak besar apabila cerita tentang pokok petai menangis. Dan aku ketawa sampai keluar air mata apabila ada yang sanggup minum air mata pokok petai tersebut. Ishhh sudahlah. Semua perkara ini langsung tak menambahkan iman.
Sesungguhnya, aku pelik dengan mentaliti rakyat malaysia yang gemarkan benda pelik-pelik. Kononnya nak kaitkan dengan kuasa Allah. Ya, aku tak nafikan segala yang berlaku atas izin Allah. Tapi, apa yang aku tak suka apabila akhirnya ia bertukar menjadi syirik apabila penemuan benda pelik tadi pula yang dipuja-puja, diagung-agungkan. Dan terang lagi bersuluh mereka dah lupakan pada yang Maha Pencipta. Ini yang menyebabkan aku jadi geram yang amat sangat. Syaitan pun tak pernah syiriklah.
Tapi apalah daya aku. Aku hanya mampu melihat, berdoa, supaya akidah mereka tidak lagi terpesong. Ingat, bila-bila masa je kita akan mati. Ingat, malaikat maut datang melawat kita 70x setiap hari. Ingat, hala tuju kita samada neraka atau syurga semata, tak ada pakej ke tempat lain lagi dah. Ingat, selepas mati, air mata darah sekalipun tak akan mampu membantu kita lagi.
Marilah kita muhasabah diri. Marilah. Aku menyeru kepada semua termasuk diri sendiri. Cuba hitungkan amalan kita, ibadah kita, banyak ke? Bukankah kita lebih sibuk dengan urusan duniawi?
p/s : kawan aku persoalkan aku dengan muka ketat. "tak bolehkah aku berhibur dengan lagu-lagu yang berkumandang di radio ni?" aku jawab, boleh. "habis tu?" aku sambung jawab, selama hayat akukan, banyak sangat dah telinga ni aku dengar lagu yang langsung tak menambahkan iman, apa salahnya sekarang aku dengar alunan ayat-ayat al quran, sekurang-kurangnya telinga aku ni boleh jadi saksi esok kat sana. Aku ni banyak dosa, aku takut sangat. Korang tak apalah, banyak pahalakan.
4 ulasan:
akhir zaman...
kadang2 peringatan utk kite...
moga menjadi ikhtibar utk kite semula..:)
cik ceria : meh kita sama2 muhasabah diri
salam,
susah nak buat kebaikan (yang disuruh)
tetapi amat mudah nak buat kesalahan (yg ditegah),
moga ALLAH merahmati dan bagi hidayah kepada semua
salam jinkamen : semoga Allah bagi hidayah yg berpanjangan kpd kita semua :-)
Catat Ulasan