~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 8 April 2011

Berkongsi rasa

Sekejap sahaja dah jumaat semula. Rasanya baru 2 hari bekerja dalam minggu ni. Cisss. Memangla. Aku kan bercuti isnin sehingga rabu. Dalam kesibukan bekerja, aku dah mula diusik rakan sepejabat, kawan-kawan wanita juga kawan-kawan lelaki. Malah, mereka pula yang asyik menghitung hari bagi pihak aku. Ada juga yang mempertikaikan kenapa aku cuti kahwin pendek sangat, 14hb, 15hb, 21hb, 22hb dan 25hb? Aku tak tahu nak jawab apa, maka aku pun jawab, tak apalah, insyaallah aku ada masa sepanjang hayat aku nak berhoneymoon dengan dia. Aku sengih.

Sebenarnya aku jadi semakin berdebar dan cuak. Cuma aku tak reti nak luahkan di depan kawan-kawan. Mungkin aku yang beremosi. Tapi itulah, terlalu banyak sebabnya kenapa emosi aku berada di luar kawalan. Ada sebab remeh dan ada sebab yang aku rasa sangat rumit untuk aku hadapi. Mungkin pada sesetengah orang anggap remeh tapi pada aku mungkin satu isu yang besar.

Contoh perkara remeh pada orang yang rumit pada aku ialah tentang isu pelamin. Masalah utama adalah aku ni jenis pemalu. Maka, aku sebenarnya tak ikhlas langsung nak bersanding. Sungguh, aku tak boleh kalau orang akan memberikan fokus dan perhatian kepada aku seorang. Dan aku dapat bayangkan kelak, di dalam dewan tersebut hanya aku akan menjadi tumpuan tetamu yang datang. Seperti aku juga yang pergi wedding orang, pasti nak tengok pengantin, maka situasi itulah yang bakal berlaku nanti.

Sebenarnya, aku dah rejectkan pelamin untuk bersanding, kemudian booking semula pada saat akhir begini atas permintaan banyak pihak. Walaupun aku memberi alasan yang benar di mana aku nak jimatkan kos, tapi pihak sekeliling aku tetap tegar mahukan supaya aku bersanding. Oh tidakkk. Aku tak pasti adakah bersanding ini digalakkan dalam Islam.

Kedua, aku akan mengalami kejutan budaya. Rutin harian aku selepas ni pasti berubah. Pastilah. Kalau sebelum ni aku tak kisah nak makan malam ke tak, nak berpuasa ke, nak ke mana-mana ke, nak tidur awal ke, sekarang aku kena kisah. Kawan-kawan aku siap pesan, selepas ni kau jangan pulak asyik nak tidur jam 9pm. Ingat sikit selepas ni kau dah berlaki. Alamak!

Memang, pasti aku terasa janggal, sebab dah bertahun aku tinggal di rumah seorang diri. Selepas ni rumah aku akan ada penghuni baru. Aku akan tinggal berjemaah bersama suami aku. Mampukah aku hidup sebumbung dengan dia? Dan mampukah dia tinggal sebilik dengan aku? Walhal selama ini kitaorang masing-masing dah sebati dengan jiwa bujang. Pasti ada kerumitan di situ. Pastilah. Sebelum ni nak buat apa saja tak perlu nak rujuk sesiapa. Selepas ni, perlu sentiasa 'buat laporan' dan ada sesi perbincangan. Hmmm, rumah pun aku belum berkemas, kat manalah nanti nak letak barang-barang suami aku?

Buat masa ni, perancangannya adalah menetap di rumah aku kerana ofis suami aku bakal berpindah ke Cyberjaya bulan Mei ini. Disebabkan rumah aku berhampiran ofis barunya, maka rumah aku menjadi pilihan utama, melainkan sekiranya berpindah tempat kerja di sekitar KL, mungkin akan dipertimbangkan menetap di rumah suami aku pula.

Buat masa ni, rasa cuak belum di tahap maksima, tapi rasa gentar itu dah mula terasa bibit permulaannya. Maklumlah, aku akan alami dunia yang baru. Dunia yang pastinya jauh beza dengan dunia sebelum ini. Tahap kesihatan juga perlu aku awasi supaya aku tak jatuh sakit pada hari kejadian. Aku perlu sihat dan bertenaga untuk mengharungi hari bahagia aku.

Aku malas pula nak menaip, walaupun aku nak share lagi kenapa hati aku tak tenteram. Tak apa, lain kalilah, tapi sebelum aku menutup tirai, ada sesiapa ke nak bagi tips dalam nak melayari alam rumah tangga? Sesungguhnya, aku sangat memerlukannya sekarang.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dik,
jangan pikir2kan sangat
resah gelisah tu..

berdoa semoga ditenangkan hati pada hari kejadian,

insyaAllah semua pasti dipermudahkan Allah..

marinahunny berkata...

hehehe klakar plak. nervous, takut tp sebenarnya excited nk kawen. akak dlu pun mcm tu jg. tetiba bangun pagi ada org lain sebelah kita. huhuuh

pendapat akak, kalu kamu berdua mmg dijodohkan bersama insyaallah kebahagiaan itu akan menjadi milik kamu berdua. sbgai isteri kita kena patuh kpd suami dlm apa jua pun selagi tidak menyalahi hukum syarak. sentiasa berterus teranng dgn pasangan, jgn ada rahsia kerana kdg2 rahsia ini akan memudaratkan hubungan, manalah tau kut2 terbocor rahsia sedangkan pasangan xtau menahu.

lagi satu, sentiasa amalkan pelukan beberapa saat di waktu pagi ataupun selepas setiap kali solat. hari2 mesti buat. ini pengikat kasih sayang antara suami isteri. tak lupa juga ciuman di dahi isteri. insyaallah semoga berbahagia selamanya ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : thanks ye, setakat ni stp harilah sy berdoa dan bersolat hajat, moga hati yg runsing ini dijauhkan dan rasa excited yg bercambah :-)

marina : wow, nice sharing, insyaallah akan sy konsistenkan :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : thanks ye, setakat ni stp harilah sy berdoa dan bersolat hajat, moga hati yg runsing ini dijauhkan dan rasa excited yg bercambah :-)

marina : wow, nice sharing, insyaallah akan sy konsistenkan :-)

ibundo berkata...

salam. kakpah bertandang pada pagi hari membaca debaran bakal pengantin baru.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak pah : debaran sudah berada pada tahap maksima :-)