~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 30 Mei 2011

Pilihan yang kita ada

Esok adalah hari terakhir buat kawan aku satu department merangkap jiran sebelah meja aku bekerja di syarikat ini. Aku pula yang terasa kehilangannya. Esok kami akan buat farewell untuk dia. Adalah sedikit majlis kecilan yang kami buat dan sumbangan sedikit hadiah. Esok baru nak kasi. Mahallah jugak hadiahnya, kalau dihitung dan dijumlahkan hadiah yang diberi, handbag sahaja dah cecah RM600, jam tangan yang cecah RM500 dan HP C3 yang cecah hampir RM400, kira mewahlah tak? Pada aku mewahlah, pengakuan jujur, aku pun tak pernah ada handbag semahal itu. Hahaha. Duit tersebut hasil sumbangan kami satu department berjumlah 25 orang. Aku tak pasti bos sumbang berapa.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun aku baru kenal beliau lebih satu tahun, aku tetap rasa selesa dengannya biarpun beliau dikenali sebagai seorang yang suka bertanya sedetailsnya. Kadang-kadang membuatkan kita yang disoal hilang sekejap rasa selesa. Tapi aku tak kisah, sebab dah faham perangai beliau.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya tentang kenapa beliau nekad nak resign. Walaupun dia sangat sayangkan syarikat ini. Dia setia bersama syarikat ini sejak di awal 90-an lagi dan ini adalah syarikat pertama beliau sejak tamat universiti dulu.

Punca utama adalah kerana namanya dan 2-3 orang rakan lagi tercicir daripada mendapat bonus awal tahun ini. Dan ini adalah kali pertama dia tak dapat bonus sejak lebih 10 tahun dia di sini. Betapa kecewanya dia sehingga menyebabkan dia merajuk yang ketara iaitu menghantar surat resign. Isu ini dibawa sehingga ke pihak atasan di mana dia diminta berjumpa dengan CEO syarikat. Aku tak tahu apa yang CEO cakap padanya sebab aku langsung tak tanya dia setelah dia keluar daripada bilik CEO, sebab aku tengok semua orang meluru berkumpul di hadapannya apabila sahaja dia selesai jumpa CEO.

Apa yang aku nak cakap lagi, tak semua orang puas hati dengan bonus masing-masing termasuklah 2-3 rakan yang tercicir daripada mendapat bonus tadi. Dan semua orang tak puas hati dengan penyelarasan gaji yang baru berlaku baru-baru ini. Tapi, tak semua orang termasuklah aku mempunyai pilihan untuk berhenti kerja secara mendadak. Kami hanya mampu merajuk. Kemudian masing-masing pujuk diri sendiri. Tapi, kakak tadi memang dah merajuk yang amat sangat, yang dah tak boleh lagi diselamatkan, maka dia buat tindakan drastik untuk berhenti kerja. Aku tahu tak semua antara kami yang mampu buat keputusan seperti dia, especially aku iaitu, resign tanpa ada kerja baru yang menanti.

Sebenarnya kakak tadi untung tau, dia resign dan selepas ni hanya goyang kaki di rumah. Anak-anak pun dah besar, kereta dia pun dah lunas pembayarannya. So, dia tak perlu fikir pasal hutang yang menanti, gaji suami dia dah cukup besar, masih mampu jaga mereka satu keluarga. So, untung tak beliau?

Cuba bayangkan jika aku yang mengambil alih tempatnya. Siapa yang nak tolong aku bayar rumah dan kereta aku sekiranya aku resign? Biarpun aku ada suami, tapi kami masing-masing ada komitmen hutang keliling pinggang. Dia dengan hutangnya, dan aku dengan hutang aku. Kalau aku tak bekerja, silap-silap rumah aku kena lelong, kereta aku kena tarik. So, merajuk jelah pilihan yang aku ada sekarang. Aku tak mampu nak resign buat masa ini kecuali aku dah ada kerja lain.

Sebenarnya, ayat-ayat tadi adalah untuk memujuk kakak tadi. Dia seseolah menyesal menghantar surat resign. Tapi dah terlewat, Maka, aku cuba memujuknya, apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Allah lebih tahu. Sekurang-kurangnya walaupun tak bekerja dia tak perlu pun fikir tentang hutang, tapi aku yang dapat gaji tiap-tiap bulan ni pun sakit jiwa fikir pasal hutang. Apabila dapat gaji je cepat-cepat diagihkan untuk kereta, rumah, tu yang wajib, belum masuk bil hp, astro dll. (Malaslah nak tulis) hahaha

Masing-masing ada rezeki masing-masing. Allah dah tetapkan. Maka, redalah dan bersyukurlah. Mohon banyak-banyak pada Allah semoga rezeki yang kita perolehi ni diberkati Allah. Walaupun rezeki aku ciput, bonus aku ciput, penyelarasan gaji aku ciput, tapi hutang aku keliling pinggang, aku tetap kena bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas.

P/S: budak ofis aku selalu marahkan aku, boleh tak kalau cerita pasal hutang tu cakap slow sikit, nanti orang dengar, kan malu. Arghhhh, aku tak kisah pun. Tak kisahlah orang tahu aku banyak hutang pun, dah itu realitinya. Buat apa aku nak sorok. Akukan realistik. Akukan telus. Hahaha.

Aku pun sebenarnya bukan tak ada pilihan, aku boleh je cari kerja lain untuk menyatakan rasa merajuk tadi, cuma aku ni malas nak pergi interview. Dan buat masa ini, aku masih sayangkan syarikat ini, biarpun kadang-kadang tak rasa dihargai. Stay ni di sini adalah pilihan yang aku ada buat masa ini, maka aku kenalah belajar terima keadaan ini. Jangan merungut. Jangan bersungut.

Aku tak pasti kenapa 2-3 orang rakan yang tak dapat bonus tadi masih kekal kerja di sini? Adakah mereka juga tiada pilihan lain buat masa sekarang melainkan stay?

Untunglah kakak tadi, lepas ni tak payah fikir nak datang awal untuk elakkan jem, tak payah fikir nak bayar tol, parking, tak payah fikir pasal kerja yang terbeban. Dahlah dapat hadiah lumayan kan kan kan?

Khamis, 26 Mei 2011

Babi yang bersyukur!

Minggu ni kebetulan entry aku banyak pula bercerita pasal binatang. Kebetulan je ni. Mari kita baca dan ambil moral disebalik cerita ini.

Seorang Nasrani berkata,

"Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang Majusi pula berkata,

"Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...)

Seorang Kafir pula berkata,

"Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata,

"Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata, dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...)

Babi pula berkata,

"Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur, yang selalu membandingkan diri mereka, dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju.

Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini yg sedang berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...


Maha suci ALLAH.

Rabu, 25 Mei 2011

Anjing masuk syurga?

Sumber daripada email. Aku tak tahu pula ada anjing yang dapat masuk syurga. Aku hanya tahu semut, burung dan unta je. Jahilnya aku. Selama ni kalau aku terbaca blog politik, kalau diaorang tak suka, antara perkataan popular yang dikeluarkan untuk menzahirkan perasaan benci ialah anjing. Huhuhu.

Mari kita baca di bawah 10 binatang yang masuk syurga.

1.Untanya Nabi Saleh,
Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

"Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2.Anak Sapinya Nabi Ibrahim,
“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”. Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)

3. Kambing Gibasnya Nabi Ismail,
Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…

4.Sapinya Nabi Musa,
..Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kpd kaumnya ia ditertawakan dan diejek krn akal mereka tidak dapat menerima bhw hal yg sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bhw Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kpd Musa yg kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar utk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yg mereka hadapi dlm peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kpd Musa secara mengejek: “Apakah dgn cara yg engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan org? Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kpd Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yg harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih?”

Musa menjawab: “Menurut petunjuk Allah, yg harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai utk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya.”

Kemudian dikirimkanlah org ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yg dimaksudkan itu yg akhirnya diketemukannya pd seorg anak yatim piatu yg memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorg fakir miskin yg soleh, ahli ibadah yg tekun yg pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kpd Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yg tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu. Maka berkat doa ayah yg soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dgn harga yg berlipat ganda krn memenuhi syarat dan sifat-sifat yg diisyaratkan oleh Musa utk disembelih.

Setelah disembelih sapi yg dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yg seketika bangunlah ia hidup kembali dgn izin Allah, menceritakan kpd Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yg kesekian kalinya diperlihatkan kpd Bani Israil yg keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yg masih melekat pada dada dan hati mereka…

5.Ikan Yang Memakan Nabi Yunus,

Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya. Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Al-Anbiya’: 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) karena saking lemahnya. Kemudian Allah Ta’ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni’matan hidup sehingga batas waktu tertentu…

6.Khimarnya Nabi Uzair,
..Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib. Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Malaikat bertanya kepadanya: “Berapa jam engkau tidur?” Uzair menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. ” Engkau tidur selama seratus tahun. Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati. Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur. Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.” Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

7.Semutnya Nabi Sulaiman,
.. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa karena mendengar perkataan semut itu. Katanya,

“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Karena itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”…

8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman,
Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka. Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9.Untanya Nabi Muhammad Saw,
Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, “Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku.”

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi kami Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan karena tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu karena mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi.”

10.Anjingya Ashabul Kahfi,
anjing tersebut berwarna kuning, di surga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.

Malaysia negara Islam ke?

Kawan aku membebel-bebel di pagi hari. Aku antara dengar dan tidak apa yang dibicarakannya sebab dia bercakap membelakangkan aku. Bunyinya jadi tenggelam timbul dengan selingan alunan ayat-ayat suci al Quran daripada pc aku.

Untuk memastikan kesahihan cerita, aku bertanya dengan penuh minat, apakah perkara yang menjadi satu isu bebelannya tadi. Dia cakap dengan lantang, Malaysia ni kan nama je negara Islam, tapi semua ada babi. Secret recipe pun dah ada babi. Baru je plan nak makan tengahari kang. Eee menyampah.

Aku sengih. Memang aku dah sedia maklum mengenai perkara ni sebab dah dihebahkan dalam internet baru-baru ini. Cuma aku tak maklumkan pula pada kawan aku tadi sebab aku sangka dia dah tahu. Maklumlahkan, dia kan CNN bergerak di ofis ni (istilah yang aku rujuk untuk dia), sebab selama ni apa-apa info sekalipyn pasti dia akan dapat tahu terlebih dahulu. Contohnya CEO baru masuk tadi umur berapa, asal mana walaupun belum ada secara rasmi sesi perkenalan. Hehehe

Aku jawablah, bukan sekadar isu halal dari sudut pemakanan, tapi dari segi banyak sudut sebenarnya yang patut kita kupas. Kita dan masyarakat patut renungkan. Maksudnya? Kawan aku bertanya. Aku sambung jawab. Malaysia kan negara Islam, tapi banyak yang tak Islamnya.

Contoh paling mudah, kalau negara Islam, tak kan ada adegan berpelukan yang bukan sesama muhrim. Halal ke? Tak ada pulak pencegah maksiat nak datang terjah? Peliklah, maksudnya halal lah tu kalau semuanya tutup mata kononnya tak perlu buat apa-apa. Tak kiralah filem tu bercorakkan Islamik sekalipun. Haram tetap haram. Oh ya, belum masuk topik mendedahkan aurat secara sengaja di dalam filem. Kalau dah declare negara Islam perkara begini dah lama diatasi secara drastik.

So tak perlulah nak beriya-riya cakap Malaysia negara Islam. Itu sahaja. Supaya aku yang mendengar ni tak rasa ralat. Kawan aku hanya senyum simpul. Entah ikhlas ke tidak. Dan dia berlalu pergi walaupun masih banyak isu aku nak kupas. Pasal filem tadi hanya baru satu isu simple.

p/s : kepimpinan tetap melalui teladan, jadikan baginda Rasullullah SAW sebagai idola dunia dan akhirat.

Tragedi Mei

Tragedi runtuhan madrasah anak-anak yatim baru-baru ni sangat menyayat hati. Ramai pihak yang membantu, ramai pihak yang membuka mata, malah ramai pihak yang menghentam sesedap rasa, ramai pihak yang saling menyalahkan, seseolah debatan mereka itu dapat mengembalikan semula nyawa-nyawa suci anak-anak yatim tersebut.

Aku tak adalah ambil tahu sangat, sebab hati aku ni mudah tersentuh apatah melibatkan anak yatim. Kang aku pula yang nangis. Aku masih ingat lagi kes nuri terhempas satu tika dulu, aku ikuti perkembangan kronologi cerita tersebut sehingga ke endingnya yang sungguh menyayat hati, dan aku menangis apabila membaca kisah itu yang berakhir dengan kematian. Sehinggakan ada yang musykil datang bertanya, adakah aku ada hubungan kekeluargaan dengan mereka yang terlibat itu? Hahaha. Tiada pertalian darah, melainkan sekadar saudara sesama Islam.

Maka, aku ambil tahu secara sepintas lalu je mengenai tragedi runtuhan ni. Aku tak dapat bayangkan keadaan yang berlaku. Aku tak dapat bayangkan runtuhan itu. Dan aku tak nak pun bayangkan. Aku takkan sanggup bayangkan. Sadis sangat. Tiba-tiba aku teringat ustaz ada pesan (ni melalut sikitlah) sekiranya kamu tahu bagaimana seksanya di alam kubur, pasti kamu takkan mampu ketawa walaupun sekali pun dalam seumur hidup kamu.

Berbalik kepada isu tragedi runtuhan, walaupun aku cuba elakkan, tapi isu ini jugaklah yang hari-hari ada dalam berita, surat khabar dan internet. Kebetulan anak saudara kepada kawan satu department aku turut menjadi salah seorang mangsa tragedi. Al fatihah untuk arwah Aiman. Aku ingatkan kawan aku tadi tipu, setelah dia membuktikan melalui surat mati baru aku percaya. Dia yang selama ni menguruskan dan menjaga anak saudaranya arwah Aiman itu. Mengikut katanya, arwah Aiman ni nak sangat jadi ustaz, maka dia menghantarnya ke situ.

Untuk pujuk hati kawan aku tadi, dan untuk pujuk diri sendiri, dan untuk pujuk kawan-kawan lain, aku katalah begini "Untunglah diaorang, semasa tragedi mereka sedang bernasyid, pastilah sedang memuji kebesaran Allah dan Rasul, untunglah. Kita ni tak tahu mati macam mana kan, entah-entah kena serangan jantung semasa main FB". Aku berhenti setakat itu dan tersenyum. Aku harap mereka faham apa yang cuba aku nak sampaikan. Aku sedang cuba berpositif seadanya.

Jangan pula sangka aku suka dengan kematian mereka, tapi kita patut rasa beryukur mereka meninggalkan kita dengan cara yang suci. Aku kupas lagi, macam kes pembunuhan berprofil tinggi iaitu Datok Sosilawati, aku turut bersedih. Tapi aku cakap pada kawan aku. Untunglah beliau, dapat tahu bila beliau akan mati dibunuh, maka pastilah di mulut dan hati beliau akan sentiasa mengingati nama Allah dan menyebutnya sehingga saat-saat akhir kematiannya.

Cuba kita bayangkan sekiranya kita dalam situasi beliau, contohnya tangan dan kaki terikat, dan sedang diancam bunuh, pasti asyik dok sebut Allah Allah Allah Allah. Ye tak? At least dia sempat sebut nama Allah sebelum mati. Tah-tah kita ni mati kena serangan jantung semasa menulis blog. Entah sempat ke tidak sebut nama Allah.

MAHA SUCI ALLAH.

p/s: ingatkan diri sendiri

Aku takut mati.


Selasa, 24 Mei 2011

Jom ke Taman Syurga

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah dhikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

لا يقعد قوم يذكوون الله تعالى إلا حفتهم الملا ئكة، وغشيتهم الرحمة، ونزلت عليهم السكينة، وذكرهم الله فيمن عنده

Ertinya: Tidaklah suatu kaum duduk berdhikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

أن النبي r خرج على حلقة من أصحابه فقال: ما يجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر اللهَ ونحمده. فقال: إنه أتاني جبريل، فأخبرني أنّ الله يباهي بكم الملائكة

Ertinya: “Bahawa suatu ketika Nabi صلى الله عليه وآله وسلم keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berdhikir serta memuji Allah. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

مامن قوم اجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجه تعالى إلا ناداهم مناد من السماء: قوموا مغفورا لكم، قد بدلت سيئاتكم حسنات

Ertinya: “Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berdhikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

Isnin, 23 Mei 2011

Satu sindrom

Setiap kali tibanya hari isnin yang lebih dikenali hari 'senayan' (lebih kurangla ek ejaan dia) oleh kebanyakan orang utara, atau lebih popular di panggil Monday Blues oleh kebanyakan orang bandar, pasti ada sahaja yang MC = Medical Leave atau cuti sakit. Kalau bukan hari Isnin, pasti hari Jumaat. Majority hari berikut sangatlah popular dan menjadi pilihan bagi kebanyakan pekerja.

Perkara ini turut berlaku pada department aku. Hari isnin atau hari jumaat, department aku yang meriah selama ni seperti bursa saham tiba-tiba bertukar menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Sunyi sepi sebab ada yang MC, AL atau EL. Kawan satu unit aku pula MC hari ni. Tapi dia bukan sakit, hanya sebab jem. Disebabkan dia tak nak terlewat ke ofis, dia bagitau aku dia nak ambil MC sahaja. Dia kata jangan bagitau orang lain atau bos kenapa dia MC. Ofis aku ni kalau terlewat kena tulis surat tunjuk sebab biarpun 5 minit sahaja kelewatanya.

Aku teringat kawan aku yang pernah tulis surat tunjuk sebab kenapa lewat. Beginilah lebih kurang jawapan telus dia di dalam surat. "Bos, hari ni saya sangat mengantuk kerana semalam tidur lewat akibat tiba lewat daripada kampung. Maka, saya stop tidur di tepi jalan sekejap, kerana kita tidak digalakkan menunggang motosikal apabila sedang mengantuk, inilah punca kelewatan saya". Ni kisah benar tau. Dan aku ketawa besar membacanya. Betapa telusnya jawapan kawan aku tadi tanpa langsung berselindung. Aku tak pasti reaksi bos bagaimana setelah membacanya.

Pernah juga kawan aku tadi tulis surat tunjuk sebab lebih kurang begini "Bos, saya dah kunci jam, malangnya saya tertidur semula selepas jam berbunyi. Nilah punca utama saya terlewat tiba di ofis kerana saya dah terbangun lewat". Ini pun kisah benar berlaku kepada pemuda yang sama. Aku tahu dia bukan berbohong, apa yang ditulisnya adalah kisah benar. Tapi aku tak pasti kisah benar itu diterima pakai atau tidak oleh bos aku. Hahaha.

Aduhhh, aku melalut pula. Berbalik kepada topik tadi, aku sebenarnya tak kisah langsung samada dia nak MC atau EL = emergency leave, sebab pada aku, masing-masing punya hal aku takkan campur. Dia nak mengular pun aku takkan ambil tahu walaupun kerjanya dan kerja aku sangatlah berkaitan. Apabila berkait rapat, bermakna saling perlu memerlukan. Seperti sebelum ini dia maternity leave, aku yang ambil alih kerjanya.

Honestly aku memang tak kisah. Sebab pada aku, kerja ni satu cabang ibadah juga. So aku kena jaga ibadah aku sendiri. Tak payah nak sibukkan hal orang lain. Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang lain. So, aku sekadar bagitau secretary bos kawan aku MC. Apabila di tanya sakit apa, aku jawap aku memang tak tahu, tanya sendiri. MC kan kena declare sakit apa kan, begitu juga kalau EL.

Cuma aku sekadar merungut ajelah, apabila aku terbeban sekejap dengan kerja yang bertimbun. Tapi, aku tetap tak kisah. Merungut pun seminit dua, selepas itu oklah. Aku tetap manusia biasakan.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini, bos aku call extension aku tadi nak cakap dengan kawan aku, kerana kami berkongsi extension yang sama, sebab kami dalam unit yang sama, kebetulan sebelah menyebelah je meja, maka aku jawablah kawan aku tadi hari ni MC. Agaknya secretary belum inform bos. Sudahnya aku yang diamuknya seawal pagi tadi.

Aikkk, aku juga yang kena padahal orang lain yang MC? Sabar jelah kan banyak-banyak. Kawan aku cakap, statement untuk pujuk diri aku, agaknya semalam bos tak dapat kot, that's whylah mengamuk tak bertempat. Aku ketawa mengekek-ngekek.

P/S : maaf kalau statement kawan aku tadi mengganggu gugat kalin sebab 18sx


Punca perut meragam

Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih diberikan peluang dan ruang untuk bernafas. Mari kita bersyukur. Syukur juga kerana aku selamat tiba di ofis. Syukur kerana aku masih mampu menjamah sarapan buatan sendiri dengan normal. Syukur kerana aku masih ada kerja yang tetap. Syukur kerana aku bahagia dalam melayari alam rumah tangga biarpun dugaan dah mula wujud.

Aku sebenarnya tak selesa dengan perut sendiri ni. So aku nak melalut sikit. Puncanya makanan yang aku telan semalam tak hadam dengan sempurna. Aku main telan-telan je. Puncanya lagi, semasa aku sedang menikmati makan malam bersama suami tersayang, aku dikejutkan dengan panggillan telefon daripada twin aku.

Twin aku bagitau bapak kandung aku dah tak boleh bangun. Diaorang kat kampung sedang membaca yassin. Aku yang sedang enjoy makan sup ikan terus telan telan telan dan telan sambil berborak dengan twin aku. Aku jadi lupa nak mengunyah. Berita itu sangat menyedihkan aku. Sangat membimbangkan aku.

Sebenarnya perkara yang sama berlaku pada 13 Mei baru-baru ni semasa aku sedang menikmati makan tengahari di ofis dengan bekal yang aku bawa iaitu daging goreng kunyit. Aku main telan telan dan telan tanpa mengunyah terlebih dahulu daging tersebut apabila twin aku call bagitau bapak kandung aku masuk CCU kat kampung. Nak je aku marah twin aku kan, tak boleh ke sampaikan berita sedih ni bukan semasa aku sedang makan. Tapi dia bukannya tahu masa bila aku makan ye tak? Mana boleh salahkan dia.

Maka, aku dah bergegas pulang ke kampung 13 Mei petang tu jugak bersama suami walaupun seminggu sebelum tu kami dah pulang ke kampung menjenguknya. Hari ni tengoklah macam mana. Buat masa ni, keadaan dilaporkan stabil, cuma sejak keluar hospital baru semalam bapak kandung aku tak boleh bangun. Aku doakan bapak kandung aku sembuh. Masa dia masuk CCU tu sadisnya aku tengok dia makin sekeping, dan dia menangis setelah dimarahi nurse. Aku pun tak faham kenapa nurse tu nak marah dia, sebab aku tak sempat tengok nurse marah dia, aku hanya nampak bapak aku dah menangis dan mengadu pada aku dan twin.

Perut aku yang sakit ni aku usap sambil bermacam-macam doa aku lafazkan dan pohon. Semoga perut aku tidak meragam lagi.

Semoga bapak kandung aku sembuh. Dia tetap darah daging aku walaupun dia tak pernah membela aku.




Jumaat, 20 Mei 2011

Pernah dengar?

Pernah dengar peribahasa ni?

Jadilah seperti durian, biarpun berduri tapi telus luar dan dalam

Jangan jadi seperti tembikai, sejuk di luar panas di dalam?

Confirm tak pernah kan? Sebab aku dan kawan aku yang merekaciptanya tadi. Puncanya dia bagitau aku elakkan minum ais, sebab ais tak baik untuk kesihatan. Aku akui aku tidak berminat dengan minuman ais ni sebab akan menyebabkan badan aku lemah dan sakit-sakit. Maka aku akan hindarkan especially di bulan puasa. Dan susah nak teringin minuman berais ni, cuma kadang-kadang je aku jamah, contohnya orang jamu, aku belasahlah sesedap rasa. Namun kalau nak cari sendiri, pasti tak mungkinlah sebab susulan selepas minum pasti aku sakit badan.

Kemudian, berlarutanlah kepada topik buah-buahan. Kawan aku cakap, mak dan mak mertua dia cakap, tembikai ni sejuk, tapi sebenarnya panas. Aku cakaplah, ini info baru. Aku baru tahu. Pastu aku cakaplah, durian macam mana pula? Dia cakaplah panas luar dan dalam. Maka terciptalah peribahasa baru ni antara kami.

Walaupun cerita ini biasa aje, tapi pada aku, peribaha tadi ada moral disebaliknya juga. Mari renungkan bersama.

P/S : Siapa nak tambah peribahasa yang lebih canggih?

Tips yang barangkali membantu kalian dalam alam rumah tangga

Syukurlah. Hari jumaat yang mulia ini aku masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pagi yang mulia ni aku nak berkongsi tips berkenaan alam rumah tangga. Chewahhh, belum setahun jagung dalam alam rumah tangga dah pandai nak kasi tips ye.

Entahlah, aku tak tahu samada tips aku ni akan membantu pasangan yang dah berkahwin atau tidak. Tapi apa yang aku nak kongsikan ini adalah apa yang aku realisasikan. Aku kotakan apa yang aku katakan. Buat masa ini sangat berjaya kepada hubungan aku suami isteri.

Punca kenapa aku nak berkongsi di sini walaupun hakikatnya aku belum layak nak bersuara memberi petua dalam alam rumah tangga adalah kerana sahabat baik aku sering mengadu pada aku tentang rumah tangganya yang sering tak keruan.

Dia sering bergaduh dengan suaminya walaupun melibatkan perkara yang remeh. Sebagai kawan, aku berhak menyejukkan hatinya dan cuba memberi idea supaya rumah tangganya aman dan bahagia. Antara idea tak seberapa aku ialah :-

1- sentiasalah cipta kenangan manis

Selagi boleh, ciptalah kenangan manis sebanyak mungkin bersama suami, perkara ini sangatlah penting aku rasa. Kenapa? Suatu hari kelak, kita pasti jatuh tergolek, bukan aku minta perkara yang bukan-bukan, dan bukan aku bersangka buruk dengan Allah, tapi aku percaya, hidup kita ni ibarat roda, tak semestinya kita sentiasa di atas sahaja, maka semasa kita jatuh merudum, gunakanlah kenangan manis tadi untuk jernihkan kembali hubungan suami isteri tadi. Aku rasa kaedah ni sedikit sebanyak membantu.

2 - sentiasalah cipta kreativiti

Gunakan apa sahaja kreativiti bagi memastikan hubungan suami dan isteri sentiasa bahagia, ceria dan berbunga-bunga. Kalau kaedah menggedik membantu, gunakanlah untuk memikat hati suami. Gedik untuk suami tak salahkan. Tak dosa pun. Hati suami perlu sentiasa dipikat. Tapi kalau kaedah gedik-gedik tak berkesan, janganlah cuba lagi, kang dikatakan buang tebiat. Cubalah cipta gurauan yang membina yang mampu membuatkan suami terburai ketawa. Kaedah ni mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Semasa ini selitkan unsur-unsur perbincangan dari hati ke hati, bincang apa patut, tegur apa yang patut, pasti sang suami terkesan. Jangan sesekali menegur kesalahan suami semasa dia sedang melakukan kesalahan, pasti mengundang pergaduhan. Oh ya, boleh juga lakukan aktiviti riadah bersama. Kalau rasa main kejar-kejar membantu, lakukanlah. Kalau rasa main nyorok-nyorok membantu, amalkanlah, pastu sorok masuk dalam bilik bersama-sama dan kunci. Seperti yang kawan aku lakukan, main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Sang suami dan sang isteri menyorok dalam bilik dan kunci, si anak melilau satu rumah cari ibu dan ayahnya. Selepas setengah jam, si ayah dan ibu baru muncul. Hahahaha. Menyoroklah konon. Confuse si anak.

3 - Buang ego yang ada sesegera mungkin

Apabila sedang bergaduh, cubalah selesaikan sesegera mungkin. Tolonglah jangan drag sehingga berjam-jam lamanya, lebih malang ada yang mengasingkan tempat tidur dan tidak bercakap selama beberapa hari. Apa yang aku praktikkan selama ni, aku cuba selesaikan masalah itu kurang daripada 10 minit. Kalau nak bermasam muka pun 5 minit cukuplah, kemudian cubalah atasi masalah tersebut. Tak kiralah samada  bersalah atau tidak, buangkanlah ego itu sejauh mungkin. Kita kena ingat, syaitan yang bernama Dasim setiap hari akan menghasut kita supaya bergaduh dan bercerai dengan suami. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah. Syaitan akan melompat kegirangan sekiranya dia berjaya membuatkan rumah tangga kita bergolak. Bencinya kat syaitan.

4 - Toleransi

Perkara ni nampak remeh, tapi kesannya sangat mendalam. Amalkan sifat mulia ni dalam rumah tangga. Aku bersyukur dapat suami yang rajin dan ringan tulang. Tak berkira langsung daripada segi kudrat. Tanpa segan silu tolong aku basuh pinggan mangkuk, cuci periuk belanga, kemas rumah, lipat kain baju, sapu sampah, buang sampah, basuh dan sidai kain. Jangan tak percaya suami aku pernah masakkan untuk aku. Oh ya, untuk pengetahuan kalian, aku tak pernah suruh dia buat kerja-kerja tersebut, tak pernah langsung, malah aku pernah argue kenapa dia tolong aku. Dia cakap apa salahnya, Nabi kan selalu tolong isteri di rumah. Bukanlah bermakna tiap-tiap hari dia buat perkara tersebut, tapi dalam sehari pasti ada sahaja dia bantu aku ringankan kerja rumah. Sebagai contohnya kalau dia tengok aku sibuk kemas rumah dan memasak, dia tolong basuh dan sidai kain. Aku pernah sebelum ni dilamar oleh seorang lelaki yang rajin ke dapur memasak dan kemas rumah, tapi apabila dia cakap bahawasanya selepas kahwin dia konon nak jadi lelaki sejati iaitu tak nak ke dapur dan kemas rumah, automatik aku reject dia. Dan aku membuat keputusan paling tepat biarpun dia sangat handsome. Sebab pada aku untuk menjadi lelaki sejati, ikutlah cara baginda Rasullullah SAW. Baginda pun ke dapur tolong isteri, baginda pun tolong kemas rumah, tak hilang pun sifat maskulin baginda. Maka ini adalah salah satu sebab kenapa aku pilih suami aku ini. Seperti semasa bujang pun aku dah sedia maklum dia memang rajin. Alhamdulillah rajinnya berkekalan sehingga hari ni. Kadang-kadang aku pula rasa bersalah, dia pun penat pulang dari kerja, tapi tak pernah bersungut, malah tanpa diminta tolong aku. Syukur. Tapi, tak bermakna di sini aku boleh ambil kesempatan terhadap kerajinan suami aku. Maka, aku perlu jadi toleransi yang maksima juga, aku penat, dia penat, tapi kerja rumah perlu dibereskan juga. Penat macam mana pun, aku rela dan ikhlas nak kenyangkan perut suami walaupun suami selalu cakap, kalau penat kita makan di luar. Tapi, aku tetap nak masak. Bila lagi aku nak belajar masak, esok-esok dah ada anak silap-silap masih tak tahu masak, tak ke malu? Maka, peluang yang ada, aku bekerja keras belajar memasak. Biarpun suami ada komplen, tapi tak pernah patahkan semangat aku, sebab dia berhak komplen, dan aku perlu belajar daripada komplen tersebut.
Itu dari segi kerja-kerja rumah, dalam urusan lain pun perlu bertoleransi, contohnya nak lakukan aktiviti bersama di hujung minggu misalnya, kena berbincang dulu, jangan lakukan sesedap rasa je, jangan amalkan perangai bujang lagi. Bila dah kahwin, kena utamakan keluarga, contohnya kalau nak tengok wayang, pastikan pasangan pun berminat tentang filem yang nak ditonton, jangan syok sendiri, kalau nak tengok tv, belajarlah fleksibel dan toleransi, jangan pentingkan diri sendiri nak tengok saluran yang diminati sahaja. Perlu ada pengorbanan, perlu belajar fleksibel dan toleransi. JANGAN SESEKALI CONQUER REMOTE CONTROL

5 - Berdoalah setiap hari

Semua orang Islam tahu, doa ialah senjata orang mukmin. Maka, gunakanlah secara maksimum. Rugi tau tak gunakan senjata yang satu ni. Bukannya perlukan modal. Ada beratus ribu doa yang boleh diamalkan untuk mengekalkan keluarga bahagia. Aku bukan ustazah nak hafal semua doa. Yang penting berdoa. Aku pun hanya gunakan beberapa doa sahaja buat masa ni. Insyaallah aku kena lebih belajar doa-doa lain. Antara doa yang direkemkan yang aku tengok dalam internet ialah seperti ayat 200 surah al Imran, baca dan hembuskan pada ubun suami, insyaallah, lembut hati sang suami. Oh ya, lebih afdal doa yang baginda Rasullullah SAW ajarkan. Kita boleh tanya lebai google. Buat masa ni, selain doa, surah al fatihah aku tak pernah lupa amalkan dan hadiahkan pada suami setiap kali selesai solat fardhu. Jangan sangka al fatihah hanya untuk si arwah, pada yang hidup pun boleh hadiahkan. (Jangan pula LUPA berdoa pada kedua orang tua)


p/s : ada sesiapa yang nak menambah, aku taip semua ni sekali lalu je, maaf atas kekurangan

Khamis, 19 Mei 2011

2 poli

Aku selalu juga terima dan baca email daripada yahoo groups. Antara yahoo groups yang popular adalah seperti penawarku dan SIM. Banyak info yang aku dapat dalam yahoo groups sebegini yang kadang-kadang selama ni aku rasa aku tak pernah terfikir atau tak pernah tahu. Secara tak langsung, yahoo groups sebegini membantu aku keluar dari kepompong 'katak di bawah tempurung'.

Aku tak nafikan, kadangkala yahoo groups dijadikan tempat luahan rasa ahlinya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan persekitaran serta profesion yang berbeza. Maka, berlakulah sesi hentam menghentam mengikut pehahaman masing-masing. Ada yang berdebat menggunakan fakta yang jelas, malangnya ada yang menaip sesedap rasa. Janji hati puas. Janji dapat membidas point ahli berkenaan.

Pada asalnya, aku melihat ini daripada sudut yang positif. Biasalah akukan, nak juga melihat daripada kacamata yang positif. Malangnya, apabila sesi menghentam berlarutan ke tahap yang kritikal seperti menggunakan perkataan yang tidak enak di dengar, maka aku rasa perdebatan melalui paltform ini tidak patut diteruskan. Moderator patut memainkan peranan sewajarnya.

Biasanya 2 isu yang sangat sensitif dan membuatkan ramai yang panas hati ialah apabila melibatkan 2 poli, iaitu politik dan poligami. 2 isu ni sentiasa jadi perdebatan dalam budaya yahoo groups. Sewajarnya yahoo groups dijadikan medan untuk bertukar pandangan, sesuai dengan slogan 'sharing is caring' tapi, malangnya di salahgunakan.

Mereka memang bijak menyusun ayat, pandai mencari hujah dan point yang bernas, apatah yang ada title Dr dan professor tapi pada aku, cara ini tetap tidak sihat. Apatah lagi point tersebut menyinggung perasaan orang lain, ahli lain. Ada juga yang cuba m,negakkan benang yang basah, lagilah tidak sihat. Kekecohan yang berlaku di dalam yahoo groups akhirnya berlarutan dan sesi menghentam berlaku di luar yahoo groups. Sangat menyedihkan. Dan situasi sebegini merimaskan aku.

Aku teringat tragedi kawan aku yang memperjuangkan parti politiknya di dalam YM mahupun FB. Dia gagal gunakan YM untuk psikologi aku, dia serang aku di dalam FB. Pada peringkat awal memang aku melayan kawan aku tadi biarpun aku nampak dia hanya menggunakan pendekatan mulut sahaja tanpa menggunakan pelaksanaan yang sewajarnya. Aku pun boleh buat, sekadar nak bercakap siapa pun boleh. Tak perlukan modal ye tak?

Yang penting pada aku adalah pelaksanaan, tapi kawan aku tadi bising apabila aku cuba menekankan soal sunnah yang wajib kita ikut dan tentang solat berjemaah. Kawan aku dengan lantangnya bertanyakan siapa yang cakap sunnah nabi itu wajib? Siapa yang cakap solat jemaah itu wajib. Aku sangatlah sedih. Konon memperjuangkan parti Islam, tapi sanggup keluarkan statement sebegitu (aku tak kata semua teruk, maafkan aku)

Maka tindakan paling bijak ialah dengan block kawan aku daripada FB. Bukan niat nak putuskan sahabat, kalau nak berhubung aku masih boleh guna hp untuk hubungi dia. Tapi, aku malas nak berdebat. Berdebat tentang perkara baik pun Allah murka. Maka, better aku undur diri. Ini tindakan yang paling bijak buat masa ini. Kalau dia rasa dia menang, biarkan. Cuma aku kecewa dia hanya fanatik tentang politik, malangnya tiada perlaksaaan dan tindakan yang lebih wajib untuk dilakukan.

Sebelum ini ceritanya ada di sini

P/S : Aku dikatakan kafir sebab tak sokong politiknya. Aku dikatakan tidak bertindak. Pada aku, lebih afdal aku muhasabah diri dan dekatkan diri dengan Islam, itu lebih afdal. Aku manusia jahil masih terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan orang lain yang aku dah rasa perfect mengikut acuan Islam. Aku perlu terus berusaha menambahkan iman, aku perlu berjuang melawan nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa cuba hasut aku apabila nak mempertingkatkan ibadah. Aku perlu lawan nafsu dan syaitan terlebih dahulu.

7 TEKNIK SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.

2. Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati Allah SWT.

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.

4. Kemudian syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.

5. Setelah itu, syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.

6. jika gagal, syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.

7. Jika gagal maka syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara..

Rabu, 18 Mei 2011

Tauladan perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."
Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.
Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.
Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.
Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.
Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.
Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

P/S : apa yang korang dapat simpulkan daripada cerita ini?


Rabu, 11 Mei 2011

Eeeeeeeee ada Babi - Korang pernah check?

---Sumber daripada email----

Untuk dikongsikan bersama.

Mudah-mudahan ada manfaatnya..

Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..

TQ

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ

P/S : Aku tak pernah pula check selama ni, kalau ada pun dah tentu dah jadi darah daging

ada siapa nak komen n tambah?

Selasa, 10 Mei 2011

Hanya kerana

Kawan baik aku tiba-tiba YM aku tanya dah daftar ke belum untuk mengundi? Aku jawab belum. Aku tak pernah mengundi walaupun aku berpeluang untuk mengundi. Kemudian kawan aku bising-bising pada aku, katanya macam mana negara Islam nak ditegakkan kalau ada manusia macam aku?

Aku sangat terkedu dan tersentuh dengan kata-kata beliau. Teringat kisah yang aku pernah paparkan di sini sini .Mentang-mentang dia dah berubah, boleh pulak dia sound aku, marah aku, bebel pada aku hanya kerana aku tak pernah mengundi.

Antara pointnya ialah, aku tak bertindak untuk Islam. Aku berimankan kepada pemimpin yang kafir. Dia doakan supaya aku dapat hidayah mengundi parti dia. Actually aku tak nak share perkara ini di sini, kerana ianya melibatkan hal politik. Aku takut nak sentuh, bimbang aku salah cakap pasal politik sebab sesunguhnya aku jahil dalam dunia politik, maka aku elakkan untuk bercerita tentangnya.

Maka, aku cakap pada kawan aku tadi, sekiranya selepas ini dia solat berjemaah tak pernah tinggal, especially solat subuh, aku akan undi parti dia tanpa was-was. Kepimpinan kan melalui teladan. Sebab Rasullullah SAW dah cakap, siapa tak ikut cara aku, bukan di kalangan umat aku. Dan baginda dah pesan kan, ikutlah baginda, dan ikutlah sunnah baginda. Sunnah nabi kan wajib diikut.

Baginda mana pernah solat fardhu di rumah, semuanya berjemaah di masjid (betulkan jika aku silap) dan setahu aku, baginda hanya solat sunat berjemaah di rumah bersama isterinya. Aku gunakan point ini terhadap kawan aku tadi. Aku katakan padanya kalau benda asas ni korang tak ikut, aku tak nak pangkah korang. (Aku cakap ni sebab majoriti ahlinya yang aku tengok cakap tak serupa bikin, tapi aku sangat puji ahlinya yang sering ikut cara Nabi bulat-bulat, aku suka, sangat suka)

Aku katakan lagi adakah mengundi korang akan menambahkan iman di dada aku? Ya, aku manusia paling jahil di muka bumi ini, tapi wajarkah aku dihukum dengan kata-kata yang tak patut di dengar di telinga hanya kerana tak pangkah parti yang dia sokong? Salahkah aku berkata demikian? Betulkan aku. Dan aku rasa secara tak rasminya persahabatan kitaorang dah putus hanya kerana sebuah parti politik. Hati aku menjadi walang.


Terlupa

Buat kali pertamanya dalam sejarah hidup aku bekerja, aku terlupa membawa access card ke ofis. Puncanya semalam aku geladah beg aku cari satu dokumen penting, lupa nak memasukkan kembali access card ke dalam hand bag. Maka, tercangaklah aku depan pintu ofis menunggu kalau ada yang muncul. Syukurlah ada seorang akak HR dept yang keluar nak turun bawah cari sarapan.

Seperti yang aku dah agak, isu terlupa membawa kad ini pasti dijadikan bahan satu department aku utuk menyakat aku. Ya, tepat sekali. Macam-macam diperkatakan oleh akak-akak dan abang-abang yang sentiasa ada modal nak mengusik aku. Ada yang cakap nasib baik tak lupa dah ada laki, esok tah-tah dah lupa ada anak. Uikssss. Hahaha.

Aku dah bersiap sedia menghadapi ancaman usikan ini dengan senyuman melebar. Cuma aku menghadapi kesukaran nak keluar dan masuk ofis tanpa kad itu. Sebenarnya nilah salah satu sebab yang paling konkrit kenapa aku malas nak bertukar hand bag walaupun aku mempunyai banyak koleksi tas tangan ini. Aku sumbatkan ke dalam satu kotak yang besar dan simpan di suatu sudut. Aku hanya guna pakai yang satu ni mungkin selagi hayat dia dikandung badan.

Bukan aku tak nak bertukar, walhal aku dah habiskan duit membeli macam-macam fesyen, masalahnya apabila bertukar hand bag, orang yang pelupa macam aku ni pasti lupa nak bawak ic, lesen memandu dan akses kad, antara perkara yang sangat penting ini. Seperti sebelum ini setelah menukar hand bag, aku terlupa nak bawa hp, gajet yang sangat penting dalam hidup semua orang termasuk aku. Aku pernah terlupa membawa ic dan lesen memandu, syukurlah aku tak de kena saman.

Mungkin orang lain tak pernah alami masalah pelupa seperti aku. Dan perkara ini sangat menyusahkan diri sendiri. Aduhhh

P/S: jangan lupa berzikir, bertahmid dan berselawat pula :-)

Kerja Kosong (Wajib pohon)

Meh kita sama-sama pohon, moga dipermudahkan urusan kita

Hukum Meninggalkan Solat Wajib

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

(al-Bukhari)


Huraian

1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.

3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 9 Mei 2011

Kepala Air

Siapa yang pernah masuk hutan, mesti tahu pasal kepala air. Siapa yang sering mendaki gunung, pasti sangat biasa dengan fenomena ini. Siapa yang tak masuk hutan atau tak mendaki pun pasti biasa dengar perihal benda ni kan?

Aku paste sedikit artikel daripada suratkhabar "KUALA PILAH: Gerakan mencari Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, yang masih hilang selepas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini Selasa lepas, diteruskan pagi ini"

Perkara begini jangan dibuat main. Teringat kenangan aku sebelum ini di dalam hutan. Setiap kali nak mandi membersihkan diri di sungai, jeram dan yang sewaktu dengannya, kami akan elakkan berada di dalam air semasa hujan atau selepas hujan. Kerana paras air sungai bila-bila sahaja boleh bertukar naik mendadak menghayutkan apa sahaja objek termasuk kita.

Dah banyak kes aku hadapi semasa di dalam hutan melibatkan kepala air. So bagi kami yang dah faham tidak akan ambil risiko nak mandi manda atau membersihkan diri dan peralatan lain. Pernah ada pengalaman yang tidak dapat aku lupakan semasa aku bercamping di sebuah gua di daerah Negeri Sembilan 2 tahun lepas.

Kereta aku dan rakan-rakan hampir dihanyutkan oleh air sungai yang tiba-tiba datang entah dari mana. Walhal paras air sungai yang normal tak sampai pun paras buku lali aku. Kereta yang kami parking pun jauh daripada sungai. Bayangkan kawasan itu tiba-tiba banjir, air melimpah ruah memenuhi bahu jalan.

Kami masa tu sedang tidur menunggu asar dikejutkan cemas supaya mengubah kenderaan masing-masing segera. Dan bayangkan sekiranya 5 minit aku terlewat mengubah kereta, pasti kereta aku dah jadi arwah.

Memang mengerikan. Ni kisah benar, dan sejak itu sehingga kini aku memang fobia setiap kali selepas hujan aku berada berdekatan sungai.

Salam takziah kepada keluarga arwah. Aku turut sama terasa kehilangan mereka.

Kematian yang pasti akan menjelma, sudahkah kita bersedia?

Minggu lepas aku dikejutkan dengan kematian adik sahabat aku. Dia meninggal di atas sofa semasa berehat selepas selesai menikmati makan malam bersama dengan isteri dan mertuanya. Pada mulanya dia memejamkan mata dan bersandar di sofa, apabila dikejutkan oleh isterinya dia masih mampu membuka mata.

Setelah 2x berlarutan perkara yang sama, si isteri mengajak sang suami ke klinik kerana melihat sang suaminya yang dah pucat tak bermaya. Sang suami cakap, esok jelah ke klinik. Dan apabila kali ketiga si isteri mengejutkan suaminya, si suami sudah tidak bernyawa.

Dia meninggalkan dunia ini semasa usianya baru mencecah ke angka 30 tahun. Dia meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Dan sememangnya dia masih muda. Aku turut bersimpati dan sempat mengucapkan takziah kepada kawan aku tadi.

Aku teringat peristiwa di mana seorang rakan dalam dunia outdoor yang meninggal baru-baru ni di atas sebuah gunung di negeri Sabah. Setelah penat treking, mereka melepaskan lelah sebentar di sebuah kem site. Tak lama kemudian, rakan gunung ini meninggalkan dunia ni buat selamanya.

Apa yang cuba aku nak sampaikan adalah, betapa mudahnya orang zaman sekarang meninggal dunia tanpa ada sakit yang teruk atau kritikal. Kalau ada sakit pun, sakit yang bukan kritikal seperti ibu kepada kawan aku meninggal hanya kerana sakit perut dan meninggal ketika sedang tidur. Ini juga salah satu contoh kematian yang pada aku sangat mudah yang berlaku pada akhir zaman ini.

Mudah kan cara mereka meninggal. Tanpa menderita sakit, tanpa melalui sakit. Dan orang yang sakit pun belum tentu akan mati dan orang yang tak sakit yang tiba-tiba pergi dulu. Tak sangka kan?

Dah itu ketetapan Ilahi, ajal dan maut sentiasa mengejar dan mendekati kita. Cuma kita je tak tahu cara yang bagaimana kita akan mati.

Aku yang hari-hari ke ofis dalam jarak perjalanan pergi dan pulang lebih 40 kilometer sentiasa takut mati di tengah perjalanan. Takut eksiden yang boleh membawa maut, takut dilanggar oleh lori dan treler yang besar, takut terbabas, takut pada segala kemungkinan yang kebarangkaliannya boleh berlaku. Maka, aku sentiasa berhati-hati dan macam-macam doa yang aku baca supaya aku tak nak mati eksiden.

Aku selalu berdoa nak mati kat Mekah semasa aku menunaikan haji bersama suami. Aku nak mati dalam keadaan mayat aku sempurna dan cukup sifat. Aku tak mati dalam kemalangan yang ngeri. Aku tak nak. Aku takut. Aku tiba-tiba teringat lagi kawan isteri aku yang meninggal selepas tergelincir di dalam bilik air. Aku jadi takut. Sangat takut.

Aku juga takut sekiranya aku mati semasa sedang tidur. Maka, setiap kali bangun daripada tidur, aku ucapkan alhamdulillah dan bersyukur semaksima mungkin, dan kadangkala aku menangis kegembiraan kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini.

Sememangnya, aku sentiasa dihantui oleh perasaan takutkan kematian. Dan setiap kali mendengar berita tentang kematian, aku semakin dalam ketakutan. Walaubagaimana takut sekalipun, suatu hari nanti aku tetap akan mati. Cuma tak tahu bila dan bagaimana.

P/S : Sempena hari ibu, aku tak putus sedekahkan al fatihah kepada kedua-kedua arwah ibu ku. Moga mereka masuk syurgaMu tanpa hisab. Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat.

Setiap kali hari ibu, aku mesti jadi sayu. Selama hayat ibu angkat aku dulu pun, aku rasa ralat sebab tak pernah terasa nak sambut hari ibu dengannya. Entahlah, barangkali zaman tu hari ibu tak popular seperti sekarang. Walaubagaimanapun, aku tetap rasa bersyukur kerana sempat menabur bakti kepadanya. Sekurang-kurangnya doa aku padanya tak pernah putus.

Pada ibu kandung ku pula yang bersusah payah melahirkan aku dan adik kembarku bersabung nyawa, jasamu tak dapat aku nak balas langsung. Dia pergi meninggalkan kami selepas melahirkan adik kembarku sejam selepas melahirkan aku. Walaubagaimanapun, doaku pada mu tak pernah putus.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia. Semoga kita semua masuk syurga tanpa hisab.





copy n paste dari email

Renungan Bersama..

* Orang beribadah disangka riak
* Orang yang “relax” disangka malas
* Orang yang pakai baju mahal disangka menunjuk
* Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
* Orang makan banyak disangka pelahap
* Orang makan sikit disangka “diet”
* Orang baik disangka buruk
* Orang buruk disangka baik
* Orang senyum disangka mengejek
* Orang masam disangka merajuk
* Orang bermuzakarah disangka mengumpat
* Orang diam disangka menyendiri
* Orang menawan disangka pakai susuk
* Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..

Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana tahu..

Yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu..

Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya

Mana tahu..

Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu..

Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah

Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, berjenis2 kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya... Wallahu A’alam..

Jumaat, 6 Mei 2011

Kalau aku berpeluang menjadi jumper

Salam jumaat yang mulia. Akibat sakit gigi yang agak melampau, aku lupa nak mandi sunat jumaat. Ishhh ruginya. Dan lagi, aku lupa sebenarnya hari ni hari jumaat. Cepat benar masa berlalu, ke aku dah nyanyuk sehinggakan dah lupa hari dan tarikh? Heehehe

Pernah tak korang tengok cerita Jumper? Aku dah lupa siapa heronya, tapi cerita Jumper ni mengenai seorang hero yang boleh melompat, terbang ke sana sini dalam masa beberapa saat dah sampai lokasi yang hendak ditujuinya. Best tak? Bestkan?

Apa yang menarik sebenarnya kat sini adalah apabila pagi tadi aku nampak status seorang kawan di YM di mana dia ada mengatakan bahawa alangkah bestnya sekiranya dia menjadi Jumper. Aku pun apalagi bertanya apakah yang ingin beliau akan lakukan sekiranya dapat menjadi seperti Jumper? Dengan segera dia menjawab, dia nak terbang ke negara dan lokasi impiannya seperti Eropah. Wow, alangkah bestnya.

Aku pun terfikir di manakah lokasi yang ingin aku pergi sekiranya aku berpeluang menjadi Jumper?

Sedikit ulasan daripada artikel di bawah sedikit sebanyak buatkan aku berangan panjang di pagi jumaat yang mulia ini sekiranya aku menjadi Jumper. Mari kita baca bersama

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. (Aku teringin nak jadi jumper supaya aku mampu terbang melintasi titian sirat ini seperti kilat)



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Dan ini
 
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. (Aku teringin nak jadi jumper yang ada tunggangan)


Dan ini
 
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. (Aku nak jadi jumper untuk melepasi jangkamasa ini yang sangat begitu lama)

Sebenarnya banyak lagi yang aku inginkan sekiranya aku jadi Jumper. Salah satunya aku ingin terus terbang ke syurga tanpa hisab.
 
Masalahnya sekarang, aku bukanlah seorang Jumper. Aku hanya insan biasa yang punyai banyak dosa berganda-ganda.

Rabu, 4 Mei 2011

Cerita lawak untuk hari ini

Aku dapat menerusi email. Sila baca sehingga habis dan beri komen anda

Salam pada semua… Baca dengan betul dan teliti sebelum bid…

Saya ingin maharkan batu geliga dari alam sebelah (Alam Bunian), geliga-geliga ini diberi ada yang secara terus dan ada juga secara mimpi… Sesetengah geliga ini datang dari Gunung Ledang, Gunung Jerai, Gunung Senyum dan gunung-gunung lain…

Siapa-siapa yang berminat, bolehlah bid dengan ikhlas… Geliga-geliga ini sudah tentu keASLIan dan keTULENannya… Geliga-geliga ini BUKAN barang wafaq… Kebiasaannya geliga-geliga seperti ini selalunya dimaharkan/dijual ratusan ringgit setiap satu.

Anda juga boleh membawa nama saya serta gambar geliga-geliga ini untuk bertanya pada bomoh, dukun, pawang atau orang-orang yang mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengesahkan geliga-geliga ini adalah ASLI ataupun TIDAK…

Setiap geliga-geliga ini mempunyai khasiat, keindahan, kekuatan, keampuhan, kesaktian dan kelebihan yang tersendiri. Kesemua geliga-geliga yang saya ingin maharkan ini, mempunyai penjaga dari alam ghaib atau dipanggil khadam. Saya mampu memberi tahu setiap nama-nama penjaga (khadam) dan setiap keindahan geliga ini jika kena dengan harganya. Jika tidak, saya hanya memberi tahu secara umum.

Insyallah tiada unsur-unsur jahat… Tapi saya ingin mengingatkan supaya anda tidak terpesong akidahnya, Yakin dan percayalah tiada Kuasa dan Kekuatan melainkan dengan izin ALLAH. Hanya ada 2 landasan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Pemilik baru hendaklah beragama ISLAM.



Info mengenai geliga ini:-

Bil penjaga/khadam :- 93 orang penjaga/khadam

Keindahan :- 1) Ditakuti jin jahat.

2) Air rendaman dari geliga ini, boleh menjadi penawar pelbagai penyakit.

3) Penyeri.

4) Penggerun.

5) Rezeki/Pelaris.

6) Pendinding yang sangat ampuh.

7) Pengasih yang sangat tinggi.

8) Penunduk.

9) Terhindar dari bahaya dan dianayai.

10) Yang melihat anda pasti tertarik.

11) Tidak mampu discan.

12) Anda akan dikawal pada setiap penjuru oleh penjaga geliga ini (kiri,kanan,

depan, belakang).

13) Pelbagai keindahan. (Hanya orang yang benar-benar tahu saja)



Penjagaan :- 1) Perlu disapu dengan Minyak Darul Hikmah dan diletakkan bersama beberapa

butir beras/bertih.

2) Tidak boleh dibawa ketempat-tempat yang tidak baik.

3) Sangat sesuai dibawa ketika berzikir dan solat.



Cara Penggunaan:- Hendaklah dibaca Bismillah dan selawat sekurang-kurangnya 3 kali.

KOD geliga :- AB20



Kepada sesiapa yang menang dalam lelongan ini, mestilah ikut langkah-langkah seperti dibawah:-

1) Bank-in kan duit kedalam akaun 564584051768 (Maybank) di atas nama MOHD NUR FIRDAWS BADRUDDIN

2) Selepas pembayaran dibuat, Sila sms kan (Nama Penuh) (Nama Emak) (Alamat Penuh) (KOD geliga)

(Jumlah Bank-in) (Tarikh Bank-in) dan sms kan pada saya di talian 012-2599984

Sila ikut langkah-langkah ini supaya anda mendapat geliga yang betul dan dapat memudahkan proses tukar milik. Saya mengambil masa sehari untuk proses tukar milik. Pembayaran hendaklah di buat sehari selepas tamat tempoh bid. Harap Maklum.

Saya akan pos barang ini, Tiada COD… Saya poskan kerana bersebab… Bukan suka-suka sahaja.



Sebarang pertanyaan bolehlah SMS/Call saya ditalian 012-2599984, Saya tidak akan melayan soalan-soalan yang tidak cerdik dan tidak masuk akal.

Sekian, Terima Kasih.