~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 4 Mei 2011

Dulu kini dan selamanya senyum ke?

Walaupun usia perkahwinan aku dah lebih 2 minggu, di mana pada aku dah kira basi sebagai pengantin baru, tapi aku masih dijadikan bahan dan modal sesi usikan di ofis. Tahan jelah telinga dan mental untuk mendengar perkataan yang kadang-kadang rasa nak tergelak dan kadang-kadang membuatkan aku malu tersipu-sipu.

Selagi diaorang tak penat bercakap, selagi diaorang tak bosan, selagi diaorang ada modal, selagi itulah aku akan diusik. Walaupun kadang-kadang topik perbualan langsung tiada kaitan dengan aku, tapi tetap mereka akan kaitkan selagi boleh dengan aku.

Ada seorang akak tu pagi tadi cuba mengusik aku. Katanya bolehlah sekarang senyum, kita tengok tahun depan cik puan kita ni nak senyum ke tidak. Kita tengok 5 tahun lagi, dan kita tengok 10 tahun lagi nak senyum ke tidak. Sekarang bolehlah, masih baru, segalanya indah, segalanya best, lama-lama esok kau nak senyum pun payah. Macam aku ni dah anak 6. Takdenyer nak senyum-senyum lagi.

Siapa yang boleh buat kesimpulan di sini? Jauh di sudut hati sebenarnya aku ada banyak kesimpulan yang tersirat dan tersurat, tapi aku nak tengok sama tak dengan pemikiran korang?

Mari kita share

2 ulasan:

marinahunny berkata...

mentaliti org kita terutamanya org perempuan la. awal2 perkahwinan semua indah semua baru. lama2 hambar. org kata 5 tahun pertama adalah tahun bulan madu dan juga tahun2 yg banyak dugaan.

pendapat akak la, semua ni terpulang hati kita sendiri. dari awal perkahwinan sematkan dalam hati, doa selalu supaya perasaan cinta dan sayang kpd suami dan rumahtanggan sentiasa segar spt baru kawen. tak semsetinya dah kawen 3-4 tahun dh xleh nk mesra2 mcm baru kawen.

akak pun kdg2 geram juga kalu ada makcik2 yg sibuk2 je ckp mcm tu. bagi diri akak pula, skrg ni dh masuk thn ke 3, dan alhamdulillah perasaan sayang tu masa segar dan makin bertambah. akak ni anak xde lg boleh lah nk jalan pimpin tangan. kwn2 opis slalu bgtau xdan nk jln pegang2 tangan sbb ada anak kan.

akak slalu ingtkan suami, kalu pun kita dh ada anak nanti, tetap nak pegang tangan jugak, x kira.

dan pastikan kita ada rahsia yg blh mengekalkan kemanisan rumahtangga ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sy suka komen yg positif sebegini, dan sy tersenyum membacanya berkali-kali

dan sy sgt setuju dgn komen yg sgt bermakna ini

thanks sy sentiasa doakan agar akak beroleh zuriat segera, minta2lah dpt kembar, tentu meriah :-)