Salam jumaat yang mulia. Akibat sakit gigi yang agak melampau, aku lupa nak mandi sunat jumaat. Ishhh ruginya. Dan lagi, aku lupa sebenarnya hari ni hari jumaat. Cepat benar masa berlalu, ke aku dah nyanyuk sehinggakan dah lupa hari dan tarikh? Heehehe
Pernah tak korang tengok cerita Jumper? Aku dah lupa siapa heronya, tapi cerita Jumper ni mengenai seorang hero yang boleh melompat, terbang ke sana sini dalam masa beberapa saat dah sampai lokasi yang hendak ditujuinya. Best tak? Bestkan?
Apa yang menarik sebenarnya kat sini adalah apabila pagi tadi aku nampak status seorang kawan di YM di mana dia ada mengatakan bahawa alangkah bestnya sekiranya dia menjadi Jumper. Aku pun apalagi bertanya apakah yang ingin beliau akan lakukan sekiranya dapat menjadi seperti Jumper? Dengan segera dia menjawab, dia nak terbang ke negara dan lokasi impiannya seperti Eropah. Wow, alangkah bestnya.
Aku pun terfikir di manakah lokasi yang ingin aku pergi sekiranya aku berpeluang menjadi Jumper?
Sedikit ulasan daripada artikel di bawah sedikit sebanyak buatkan aku berangan panjang di pagi jumaat yang mulia ini sekiranya aku menjadi Jumper. Mari kita baca bersama
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. (Aku teringin nak jadi jumper supaya aku mampu terbang melintasi titian sirat ini seperti kilat)
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. (Aku teringin nak jadi jumper yang ada tunggangan)
Dan ini
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. (Aku nak jadi jumper untuk melepasi jangkamasa ini yang sangat begitu lama)
Sebenarnya banyak lagi yang aku inginkan sekiranya aku jadi Jumper. Salah satunya aku ingin terus terbang ke syurga tanpa hisab.
Masalahnya sekarang, aku bukanlah seorang Jumper. Aku hanya insan biasa yang punyai banyak dosa berganda-ganda.
6 ulasan:
Allah..
apa maksudnya itu wahai anak ayah
kalu ilmu dan iman cukup didada dan kita patuh pd suruhanNya inyaallah boleh lah nak jadi jumper ke syurga kan..sekali lompat je smpai depan pintu syurga..sama2 kita usaha ;)
marina : hehhee angan2 di hari jumaat :-)
alangkah indahnya jika dapat menjadi seperti yang diangankan
syurga idaman semua
betul tu ibu intan, alangkah bestnya
Catat Ulasan