~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 30 Mei 2011

Pilihan yang kita ada

Esok adalah hari terakhir buat kawan aku satu department merangkap jiran sebelah meja aku bekerja di syarikat ini. Aku pula yang terasa kehilangannya. Esok kami akan buat farewell untuk dia. Adalah sedikit majlis kecilan yang kami buat dan sumbangan sedikit hadiah. Esok baru nak kasi. Mahallah jugak hadiahnya, kalau dihitung dan dijumlahkan hadiah yang diberi, handbag sahaja dah cecah RM600, jam tangan yang cecah RM500 dan HP C3 yang cecah hampir RM400, kira mewahlah tak? Pada aku mewahlah, pengakuan jujur, aku pun tak pernah ada handbag semahal itu. Hahaha. Duit tersebut hasil sumbangan kami satu department berjumlah 25 orang. Aku tak pasti bos sumbang berapa.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun aku baru kenal beliau lebih satu tahun, aku tetap rasa selesa dengannya biarpun beliau dikenali sebagai seorang yang suka bertanya sedetailsnya. Kadang-kadang membuatkan kita yang disoal hilang sekejap rasa selesa. Tapi aku tak kisah, sebab dah faham perangai beliau.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya tentang kenapa beliau nekad nak resign. Walaupun dia sangat sayangkan syarikat ini. Dia setia bersama syarikat ini sejak di awal 90-an lagi dan ini adalah syarikat pertama beliau sejak tamat universiti dulu.

Punca utama adalah kerana namanya dan 2-3 orang rakan lagi tercicir daripada mendapat bonus awal tahun ini. Dan ini adalah kali pertama dia tak dapat bonus sejak lebih 10 tahun dia di sini. Betapa kecewanya dia sehingga menyebabkan dia merajuk yang ketara iaitu menghantar surat resign. Isu ini dibawa sehingga ke pihak atasan di mana dia diminta berjumpa dengan CEO syarikat. Aku tak tahu apa yang CEO cakap padanya sebab aku langsung tak tanya dia setelah dia keluar daripada bilik CEO, sebab aku tengok semua orang meluru berkumpul di hadapannya apabila sahaja dia selesai jumpa CEO.

Apa yang aku nak cakap lagi, tak semua orang puas hati dengan bonus masing-masing termasuklah 2-3 rakan yang tercicir daripada mendapat bonus tadi. Dan semua orang tak puas hati dengan penyelarasan gaji yang baru berlaku baru-baru ini. Tapi, tak semua orang termasuklah aku mempunyai pilihan untuk berhenti kerja secara mendadak. Kami hanya mampu merajuk. Kemudian masing-masing pujuk diri sendiri. Tapi, kakak tadi memang dah merajuk yang amat sangat, yang dah tak boleh lagi diselamatkan, maka dia buat tindakan drastik untuk berhenti kerja. Aku tahu tak semua antara kami yang mampu buat keputusan seperti dia, especially aku iaitu, resign tanpa ada kerja baru yang menanti.

Sebenarnya kakak tadi untung tau, dia resign dan selepas ni hanya goyang kaki di rumah. Anak-anak pun dah besar, kereta dia pun dah lunas pembayarannya. So, dia tak perlu fikir pasal hutang yang menanti, gaji suami dia dah cukup besar, masih mampu jaga mereka satu keluarga. So, untung tak beliau?

Cuba bayangkan jika aku yang mengambil alih tempatnya. Siapa yang nak tolong aku bayar rumah dan kereta aku sekiranya aku resign? Biarpun aku ada suami, tapi kami masing-masing ada komitmen hutang keliling pinggang. Dia dengan hutangnya, dan aku dengan hutang aku. Kalau aku tak bekerja, silap-silap rumah aku kena lelong, kereta aku kena tarik. So, merajuk jelah pilihan yang aku ada sekarang. Aku tak mampu nak resign buat masa ini kecuali aku dah ada kerja lain.

Sebenarnya, ayat-ayat tadi adalah untuk memujuk kakak tadi. Dia seseolah menyesal menghantar surat resign. Tapi dah terlewat, Maka, aku cuba memujuknya, apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Allah lebih tahu. Sekurang-kurangnya walaupun tak bekerja dia tak perlu pun fikir tentang hutang, tapi aku yang dapat gaji tiap-tiap bulan ni pun sakit jiwa fikir pasal hutang. Apabila dapat gaji je cepat-cepat diagihkan untuk kereta, rumah, tu yang wajib, belum masuk bil hp, astro dll. (Malaslah nak tulis) hahaha

Masing-masing ada rezeki masing-masing. Allah dah tetapkan. Maka, redalah dan bersyukurlah. Mohon banyak-banyak pada Allah semoga rezeki yang kita perolehi ni diberkati Allah. Walaupun rezeki aku ciput, bonus aku ciput, penyelarasan gaji aku ciput, tapi hutang aku keliling pinggang, aku tetap kena bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas.

P/S: budak ofis aku selalu marahkan aku, boleh tak kalau cerita pasal hutang tu cakap slow sikit, nanti orang dengar, kan malu. Arghhhh, aku tak kisah pun. Tak kisahlah orang tahu aku banyak hutang pun, dah itu realitinya. Buat apa aku nak sorok. Akukan realistik. Akukan telus. Hahaha.

Aku pun sebenarnya bukan tak ada pilihan, aku boleh je cari kerja lain untuk menyatakan rasa merajuk tadi, cuma aku ni malas nak pergi interview. Dan buat masa ini, aku masih sayangkan syarikat ini, biarpun kadang-kadang tak rasa dihargai. Stay ni di sini adalah pilihan yang aku ada buat masa ini, maka aku kenalah belajar terima keadaan ini. Jangan merungut. Jangan bersungut.

Aku tak pasti kenapa 2-3 orang rakan yang tak dapat bonus tadi masih kekal kerja di sini? Adakah mereka juga tiada pilihan lain buat masa sekarang melainkan stay?

Untunglah kakak tadi, lepas ni tak payah fikir nak datang awal untuk elakkan jem, tak payah fikir nak bayar tol, parking, tak payah fikir pasal kerja yang terbeban. Dahlah dapat hadiah lumayan kan kan kan?

2 ulasan:

marinahunny berkata...

setiap org ada rezeki masing2...apa yg dilakukan itu sudah tersurat kan. pujuk diri sendiri. mula2 mungkin terasa kut tp lama2 ia akan hilang mcm tu je. akak pun sama juga, kalu ikutkan sakit hati mmg dh lama dh resign tp memikirkan susahnya nak cari keja dgbn gaji yg kita dpt skrg ni, so pendam kan saje je la..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : betul tu kak, bkn senang nak cari kerja kan skrg yg byk guna kroni pula tu

betul tu, lama2 hilang la rasa x puas hati tu