~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 1 Ogos 2011

Datang lagi...

Belum terlewat untuk aku ucap salam Ramadhan yang mulia.

Bulan puasa ni jangan gaduh-gaduh ya nak terawih 8 atau 20 rakaat, yang penting adalah keikhlasan dan kekusyukan. Kat luar negara, mereka tak pernah berdebat isu 8 atau 20 rakaat, kerana kat sana, mereka berterawih 100 ke 200 rakaat tau. Aku lupa nama negaranya. Di sana, dikatakan terdapat ramai wali. Bagi penghafal al quran mereka mungkin lebih selasa berterawih bersendirian kerana nak baca surah banyak-banyak dan panjang-panjang. Bagi kita yang bukan penghafal al quran, digalakkanlah berjemaahkan.

Satu lagi, bulan puasa adalah bulan tambah amalan. Kalau sebelum ramadhan, tak pernah baca al quran, bulan ni adalah bulan terbaik untuk baca al quran. Cubalah bertadarus. Banyakkan juga solat sunat. Sentiasalah berzikir dalam apa jua keadaan. Carilah jalan untuk bersedekah di bulan yang mulia ni. Semua pahala berlipat kali ganda.

Aku rasa takjub semalam apabila bersolat sunat terawih di surau yang dah dinaikkan taraf berdekatan rumah aku. Jemaah penuh mengisi ruang. Sehingga ada yang terpaksa bersolat di luar. Wahhh, aku jadi kagum. Jemaah lebih ramai jika dibandingkan dengan awal ramadhan tahun lepas. Sukalah. Aku cuba bersangka baik. Harap ramadhan ni saf sentiasa penuh sehingga saat terakhir ramadhan. Hopefully.

Dan pagi tadi adalah dalam sejarah aku bangun memasak dan bersahur bersama suami. Selama ni aku sekadar bersahur kurma dan air masak putih je. Sebab aku takkan ada selera nak makan nasi, kecuali kat kampung, baru aku ada selera nak telan nasi. Tapi, memandangkan suami aku nak makan nasi, aku bangun seawal 430 dan memasak. Best jugak makan berdua ni.

Oh ya, biasanya kita lihat, orang yang tak puasa, kena tangkap, tapi jarang yang kita jumpa, tak solat tak kena tangkap kan? Seseolah puasa tu lebih utama daripada solat, sedangkan solat adalah perkara pertama yang dihisab.

Selamat menyambut bulan yang mulia. Aku excitedlah.

Ampun maaf dipinta.

3 ulasan:

UMMI YL berkata...

alhamdulillah dah masuk puasa...saya pun nak minta ampun maaf juga kat tersilap kata...:)

semoga ramadhan ni menjadi bulan yang 'manis' dan menjadi kemenang buat kita amin..:) doakan, saya tetap iltizam dan semangat untuk beribadah dengan baik..:)

Unknown berkata...

khilaf punca kerosakan umat,jgn bergaduh pasai berapa rokaat solat tarawikh...ini lah penyakit org2 soleh..

semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza: sy doakan ibadah kita diterima Allah hendaknya :-)

anak pendang : selamat menyambut ramadhan yg mulia :-)