Assalamualaikum. Salam ramadhan yang mulia. Syukur masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah dan menikmati bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu ini. Aku tak sangka hari ni dah 8 ramadhan. Betapa cepatnya masa berlalu. Sungguh cepat.
Seperti tahun-tahun sebelum ni jugak, aku hanya tak sabar bertemu ramadhan. Tapi kedatangan Syawal biasanya aku tak pernah nantikan, tak pernah rasa nak sambut sangat. Dulu, aku pernah cakap, kalau Syawal ditangguhkan, akulah manusia yang paling bahagia dan suka. Sejak arwah mak tak ada, aku raya kat KL je. Maka, Syawal aku dah tak semeriah orang lain lagi. Sebenarnya ayat yang paling tepat, aku tak pernah suka sambut Syawal sejak mak aku dah tak ada. Yelah, aku macam hilang arah, aku jadi buntu, aku tak tahu nak ke mana bila raya menjelang. Dah lama sangat aku tak balik kampung sambut raya. Kalau balik pun, aku nak balik rumah siapakan?
Adik beradik aku masing-masing ada komitmen. Sudahnya, aku hanya beraya di KL di rumah saudara. Hari raya pertama, aku menemani anak-anak buah aku ke rumah PM. Meraka excited sangat nak raya kat rumah PM. Aku sebenarnya bosan ke rumah PM sebab terpaksa beratur panjang untuk bersalam dengan PM. Seramai-ramai umat yang beratur, bayangkan betapa panjangnya barisan, sejam 2 jam menanti, belum tentu dapat salam dengan PM. Tapi, memandangkan nak melayan kerenah anak buah, aku turutkan sahaja.
Tahun ni mungkin berbeza sambutan raya aku. Aku dah tak sabar nak pulang ke kampung suami. Tahun ni aku dah ada kampung kembali. Tahun ni aku takkan hilang arah lagi nak sambut raya kat mana. Tahun ni aku akan raya berdua dengan suami. Betapa berbunganya hati aku. Aku dah suruh husband buatkan lemang untuk aku. Kami akan bersama gotong-royong menyediakannya.
Tahu tak, betapa excitednya aku, 19hb adalah hari terakhir aku bekerja kerana aku akan cuti panjang bermula 20hb sehinggalah ke minggu pertama bulan September. Aku dah tak sabar nak berbuka kat kampung, aku dah tak sabar nak pergi terawih dan bersahur di kampung. Walaupun ianya hanyalah sekadar kampung suami, aku tetap bersyukur, walaupun sekadar menumpang kasih sayang daripada mentua, aku tetap rasa bahagia.
Selama ni pun aku menumpang raya rumah saudara mara, menumpang kasih di rumah saudara, aku sunyi sebenarnya bila ayah dan ibu angkat aku dah tak ada. Merekalah sebenarnya penyeri raya aku. Aku dah puas berendam air mata di pagi raya tanpa mereka. Aku cemburu melihat orang lain bersama orang tua mereka di pagi raya. Kemudian upload gambar keluarga masing-masing dalam blog atau FB. Aku je tak pernah buat macam tu.
Insyaallah tahun ni, kegembiraan aku akan berganda, aku dah punyai keluarga semula. Raya tahun ni aku harap adalah raya yang akan memberikan aku banyak kenangan manis untuk diabadikan dalam diari hidupku. Aku dah letih menangis sebenarnya di hari raya. Aku takkan menangis lagi selepas ni. Terima kasih kerana sudi jadi suamiku.
2 ulasan:
Alhamdulillah. pasti sangat seronok..Allah maha penyayang..dia pasti akan sentiasa beri kebahagian. Sedih itu insyaallah dugaan yang sementara..saya pun excited baca tulisan WBH..hihihi..
alhamdulillh, salam ramadhan dan salam syaawal ya, :-)
Catat Ulasan