~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 10 Oktober 2011

Adakah ianya kondusif?

Tadi semasa kuliah Zohor ada seorang ustaz yang bernama Ustaz Rozali memberitahu trend terkini majlis kahwin orang Melayu beragama Islam adalah dengan mengisi salah satu slot di majlis kahwin tersebut dengan menjemput mana-mana ustaz memberi ceramah sekurang-kurangnya 1 jam bertujuan untuk membuat pendedahan dan pencerahan agama Islam kepada hadirin yang datang ke majlis perkahwinan tersebut. Ustaz tersebut juga dah beberapa kali dijemput untuk memberi ceramah di majlis kahwin.

Aku belum pernah lagilah mengalami situasi berikut di mana wedding yang aku hadiri selama ni biasanya meriah dengan MC dan band yang banyak menghidangkan lagu pengantin baru dan lagu-lagu popular sahaja. Kalau ala-ala islamik pun akan diiringi bacaan doa dan nasyid sahaja. Maknanya di sini, aku dah ketinggalan keretapilah. Kalau ustaz tadi tak bagitau, rasanya aku memang tak akan tahu.

Pada aku, situasi ni aku nampak sangat menarik. Bukan semua orang kaki masjid, di mana sanggup spend masa untuk dengar kuliah Zohor, kuliah Subuh dan Magrib di masjid, dan bukan semua orang sanggup download ceramah daripada youtube. Download benda alah lain banyaklah, yang tidak langsung memberi manfaat pada diri dan agama. Maka, dengan cara demikian, masyarakat akan dijamu dengan makanan lazat dan juga halwa telinga tentang Islam secara tak langsung. Manalah tahukan, atas izin dan kehendak Allah, kita dapat taufik dan hidayah di majlis kahwin orang, tentulah ianya satu bonus yang tak terhinggakan.

Maka, sewajarnya trend baru ni dikekalkan dan diikuti supaya semua orang Islam dapat menambahkan iman di dada dengan mendengar ceramah free tadi. Biasanya majlis kahwin akan dihadiri oleh semua golongan, kanak-kanak, remaja, warga emas, maka secara tak langsung ianya dapat mendidik semua golongan masyarakat supaya sentiasa mematuhi syariat Islam. Kita akan lebih dekat dengan Islam sekiranya sentiasa ada pendedahan sebegini ye tak?

Mungkin di sini, ustaz yang diberi mandat mengelolakan ceramah perlu memainkan peranan penting di mana perlu mengupas isu-isu atau tajuk yang bersesuaian untuk menarik minat semua golongan tadi supaya mereka semua makin dekat dengan Islam. Pendedahan sebegini pastinya dapat membentuk mereka menjadi golongan yang cintakan Islam secara sepenuh jiwa dan raga.

Malangnya, ada beberapa orang tidak suka dengan trend ni, termasuklah rakan ofis aku, kata mereka, yang datang majlis kahwin bukan semua orang Islam, ada cina dan India, tak sesuailah untuk mereka. Pada aku, nilah masanya mereka juga diberi pendedahan tentang Islam, especially melibatkan hukum hudud especially, especially melibatkan jenayah-jenayah yang dah semakin parah dalam Malaysia ni seperti kes ragut, mencuri kereta dan motor dll, berzina, simbah asid, membunuh dan sebagainya. Inilah masanya untuk angkat kembali martabat Islam di mata mereka yang bukan Muslim. Nilah masanya nak membersihkan imej Islam yang sudah tercalar dan terpalit dengan kekotoran akibat tangan-tangan orang Islam itu sendiri.

p/s : aku suka dengar ceramah especially ustaz tu kelakar, tapi penuh pengisian




6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik sedang senak perut memikirkan bagaimanakah agaknya majlis perkahwinan anak kakcik nanti!

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : wow, nak menerima menantu, wahhh bestnya, sy pulak yg excited ni, bilakah agaknya tu majlis tu? :-)

masitah berkata...

Thanks for the info puan. Auntie first time dengar .
Setuju dgn pendapat puan. Benda2 baru ni mmg le agak pelik & ganjil, insyaAllah lama2 akan biasa & diterima. Mcm kareoke, hampir 90% majlis ada, samada tetamu suka ke tak, tetap berjalan.

Apa lagi ceramah2 ni, memang perkara baik. Cuma perlu santai2, ringkas & ceria .. yg penting ada mesej.

Dan ustaz yg dijemput tu harap2 buat syarat kat tuan rumah, misalnya tak bole lah macam rojak, ceramah agama ada, kareoke yg bising2 tu pun ada, melainkan tak membingitkan, & lagu2nya pun yg unsur nasihat & nasyid2 terutama Maher Zain mesti ada... sbb ada doa utk pengantin..huhu

Auntie pun terfikir ide tu, masa next perkawinan anak insyaAllah.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : akak, hehehe tkasih atas komen akak, sy pun suka ada sesi ceramah ni, cuma elakkan unsur-unsur politik dalam ceramah :-)

UMMI YL berkata...

masa saya kahwin dulu tak pasang apa-apa..

menarik idea ceramah ni..
Lagi satu idea kalau tak sempat jemput ustaz ceramah pasang je CD ustaz2 kegemaran kita..contohnya ustaz kazim ke...hihi..ada gak saudara suami saya buat di majlis kesyukurannya

pelik gak ye..bg saya kalau kita orang islam takpala nak pasang cd agama/atau ceramah pun..dah rumah kita...manala tau kot-kot org bukan islam dengar ceramah ada hidayah sampai..manala tau kan...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza :betul cakap rulza, mana tahu kat situ mereka tiba2 dapat taufik dan hidayah drpd ALLAH :-)