Assalamualaikum. Betullah kan, jalan kebaikan ni takkan pernah sunyi daripada diuji, sentiasa berduri, kalau kita tak sabar dalam menghadapinya, kita akan kecundang di tengah jalan.
Ada orang sanggup search macam-macam point di internet semata-mata nak jadikan satu point dan hujah dan terus email pada aku, di mana untuk memberitahu aku bahawasanya diaorang dah berpuas hati dengan amalan orang berdasarkan riwayat di bawah :
Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :
"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)
Apa ye aku nak jawab? Aku bukanlah terer dalam berhujah, apatah aku ni cetek ilmu agama. Apa yang aku nak bagitau mereka sepatutnya kita tak patut selesa dengan amalan yang kita dah lakukan, tapi aku tak reti nak susun ayat yang sesuai.
Selama ni, aku ajak mereka menghadiri kuliah Zohor, aku ajak mereka solat Zohor dan Asar berjemaah, aku ajak mereka mengaji dan bertadarus berjemaah, aku ajak mereka menghadiri tazkirah setiap pagi Jumaat, tapi hampa, mereka cakap mereka tak nak, belum masanya, tak berminat, mereka boleh dengar ceramah melalui kaedah lain, dan macam-macam lagilah alasan, sudahnya mereka send email tersebut pada aku. Sedihlah jugak.
Sila share ye kawan-kawan, aku masih tidak berputus asa atas usaha dakwahku pada orang sekeliling aku walaupun aku dihentam secara langsung dan tidak langsung.
Sila bantu aku.
4 ulasan:
gamaknya depa ingat ajakan tu semacam nak perli depa tak cukup amalan la kot...(mentaliti)
setengah orang macam tu..ada orang bila diajak tentang agama atau diberi pesan tentang agama depa rasa macam kita perli depa atau macam nak rendahkan ilmu2 depa...
orang lagi amalan sedikit lagi takut nak fikir cukup ke idak amalan nak bawa ke mati..sebab sikit la takut amalan tak diterima allah semua..
itukan ajakkan supaya tambah amal..nak pi, pi lah..takmau pi, sudah..dok senyap2 dahla..
saya pun pernah kena tau wbh...satu hari tu ada seorang kawan masuk ke opis sambil bercakap "korang jangan bg laki korang letak nama mak diorang sebagai penama dalam kwsp, nanti bini ngan anak2 tak cukup makan'.
saya tegur tak boleh dia ckap macam tu. sebab mak tetap ada hak walaupun mak mencuri duit anak..(tapi tak eloklah buat macam tu). kemudian ada la sikit perbincangan tentang pemegang amanah, fungsi wasiat, faraid dll.depa memang tak faham apa fungsi wasiat dan faraid..tapi ada soalan yang tak boleh saya jawab..jadi saya cr maklumat diinternet dan sharekan di FB..
WBH tau apa kata mereka semua..Tindakan saya tu, seolah2 nak perli depa..
pulak..!!sedangkan saya share tanpa sebarang komen2 pun..pelikkan manusia..
takpa wbh..kita ajak selagi boleh..
hidayah dan pencerahan bukan ditangan kita..Allah jua memberinya
manatau ujian wbh hari ini dianugerahkan pahal oleh Allah..kan..:)
rulza : t/kasih atas penerangan yg panjang lebar, sesungguhnya sy x penah nak mempertikaikan amalan diaorg sikit ke byk, sy hanya nak meramaikan majlis ilmu, sy hanya nak berjemaah dalam qty yg besar, bkn hanya muka yg sama attend kuliah zohor, muka yg sama attend tazkirah, muka yg sama mengaji :-)
tkasih sy takkan putus asa :-)
Jangan putus asa, jadikan Rasul sebagai idola, memang nak berdakwah itu banyak sangat dugaannya. Rasul Allah lagi besar dugaannya, kita jangan mengalah. Tapi kalau kita tak kata (berdakwah) begitu, akhirat nanti kita akan disoal pulak kan. Makanya teruskan sahaja usaha sama ada berajaya atau tidak itu urusan Allah.
heqal
heqal : insyaallah buat masa ni sy blm putus asa, t/kasih :-)
Catat Ulasan