~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 12 Oktober 2011

Cara rawatan ikut sunnah Nabi

Tadi masa kuliah Zohor, ustaz ada ceritakan kaedah yang digunakan baginda Rasullullah SAW dalam nak merawat sihir iaitu melalui 3 sunnah :-)

1- merawat menggunakan alam semulajadi, sebagai contoh, air, garam
2- berdoa & bacaan daripada ayat-ayat al quran dan hadis Nabi
3- gabungan antara kedua di atas

Ustaz kata kalau selain daripada 3 cara di atas, bukanlah datangnya daripada Nabi, maka boleh timbul keraguan di sini.

Kemudian, ustaz ada selitkan beberapa potongan ayat daripada beberapa mukjizat Nabi Muhammad iaitu al quran, ada beberapa ayat yang ustaz suruh hafal selain ayat Qursi dan 3 Qul yang sering kita gunakan sebagai pendiding diri, tapi buat masa ni aku tak dapat nak sertakan di sini potongan ayat-ayat tersebut sebabnya buku nota aku tertinggal dalam beg telekung aku tadi, insyaallah kalau tak ada aral melintang aku akan share kemudian.

So buat masa ni, mari kita teliti cara rawatan yang ada di sekeliling kita adakah mengikut sunnah Nabi?

p/s : Nabi pernah kata, kalau ikut cara Nabi, insyaallah selamat, tapi kalau tak ikut, Nabi tak mengaku umat (tolong betulkan ayat lintang pukang ni)

8 ulasan:

masitah berkata...

Salam, tiap2 ari kat pejabat ada kuliah ke? Syukur. Anti teringat masa sblum pencen kira2 8 thun dulu, kat pejabat auntie tiap2 hari ada kuliah.

Alhamdulillah. Ntah2 kat pejabat yg sama kot..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : tiap2 hari ada kecuali hari jumaat, tp jumaat pd digantikan dgn tazkirah pada jam 820am

hehehehee, akak keje mana dulu?

masitah berkata...

Pejabat tu kat Jln Sultan Salahudin KL. Masa time kak dulu, di surau pejabat tu klu hari Jumaat (org lelaki pi solat Jumaat), kuliah oleh ustazah2 pulak. Kbnyakan nya skrg dah femes2 ustazah2 tu u..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : akak, ic, ofis sy pun kat KL jugak, baguslah ada ustazah yg kasi ceramah, kat ofis sy belum ada lagi ustazah kasi ceramah :-)

sapa nama ustazah tu kak?

masitah berkata...

Antaranya Dato CT Norbayah, Dato Dr , Dr Masitah (masa tu dua2 lum fames u, Dr Masitah lum masuk politik), Dr Fatimah Zahrah, Datin Aminah, Ustazah Salbiah tapi x sekerap depa sbb jauh.. Skrg tak tau le ..

nanti detail kak cuba email u ye..insyaAllah

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : akak, perghhhhhh semuanya hebat2 belaka. nnt akak emaillah kat saya isi ceramah diaorg ye :-)

masitah berkata...

Salam. Kak cari2 tak jumpa e mail u le. U contact le kak dulu kat e mail kak tu. Bole sembang2 detail, klu sudi le..hehe

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : akak, sy dah cuba email akak, tp failed, akak ada email lain x?