Aku dah lama tak beli suratkhabar, almaklumlah sejak dah kahwin ni dah jarang sangat beli sarapan atau makanan tengahari di luar sebab aku dah bawak bekal daripada rumah. So, tak adalah menyinggah beli suratkhabar kat kedai mamak.
Rupanyakan bawak bekal sendiri ni lebih jimat ye tak, dah 5 bulan lebih aku praktikkan, hasilnya kadar aliran wang tunai aku berada di takuk yang pasif. Kalau aku guna duit pun nak isi minyak je atau aku singgah dan beli barang dapur.
Sebelum ni aku fanatik baca Harian Metro sebab Harian Metro tak banyak cerita tentang politik. Suratkhabar lain terlampau politik sangat. Walaupun aku baca suratkhabar Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star di ofis aku, kalau sempat aku akan selak suratkhabar KOSMO yang kawan aku beli. Jarang aku mentelaah secara fokus, biasanya selak-selak je tengok berita yang mana aku rasa tertarik. Dan biasanya kalau dalam KOSMO, aku suka baca berita dunia dulu, sebab ada banyak info pelik-pelik.
Tadi ada satu berita yang sangat kelakar iaitu tentang kopi najis cerpelai. Mengikut pemahaman aku, cerpelai kalau diterjemahkan dalam bahasa utara membawa maksud JEBON. Kat ofis aku ni ada 2 orang mamat yang digelar JEBON, yang pasti mereka seolah merasa berbangga dengan gelaran yang diberikan. Ahaksss, aku kurang mengerti apa yang mereka banggakan dengan gelaran tersebut, buktinya setiap kali ada sesi ice breaking, mereka dengan bangga memberitahu gelaran yang diguna pakai di ofis ialah JEBON. Apa yang berlaku, orang yang berasal daripada utara semenanjung pasti akan ketawa terbahak-bahak mendengarnya.
Oh ya, berbalik kepada kopi cerpelai tadi. Perkara ni berlaku di Hanoi. Mereka menternak cerpelai dengan tujuan untuk menghasilkan kopi cerpelai. Konsep ini adalah sama seperti kopi luwak yang dikomersialkan di Indonesia, cuma bezanya di Indonesia binatang yang bernama musang digunakan kononnya bijak memilih kopi yang terbaik di antara yang terbaik. Kata ulamak Malaysia, kopi ini diharamkan, halal atau haram, aku tak sudi nak merasa. Hahaha.
Sehingga entry ini ditulis, aku sedang senyum sorang-sorang apabila cuba membayangkan ada juga manusia yang cuba minum najis binatang.
p/s : maafkan aku kalau entry ni tak ada ilmu tentang agama, tapi aku cuba nak tekankan pasal pemakanan, sebenarnya banyak benda alah lain yang boleh ditelan, diminum, kenapa najis juga dicari?
6 ulasan:
betul2 wbh, kalau masak sendiri dan bawak bekal lagi jimat..walaupun ada yang cakap tak berbaloi tapi lebih baik dan selamat dari unsur2 yang tak baik..saya sejak umar lahir saya masak sendiri di rumah..baik Bf, lunch dan dine..jarang sangat2 makan luar..cumanya macam saya kalau tak rancang masa terkocoh2 la sikit..kdg2 banyak..hihi
dulu masa buat kerja di universiti pagi2 dah masak untuk bfast dan lunch..jadi kalut..sekarang dah dok umah je tunggu viva, senang la sikit..:)
seingat saya ada dikeluarkan fatwa tak boleh makan/minum kopi luwak.sebab ia tetap najis.kalau ikut kes kopi luwak tu, apatah lagi jebon atau yang sewaktu dengannya..:)
huhu..kalau dicakap begitulah, nanti ada yang marah..haah, wbh dalam banyak2 kopi tahi juga yang nak diminum..
ada je kawan2 saya beli/minum kopi luwak tu..malah bangga pulak 'beli kopi mahal"..
kalau saya geli lah nak minum walaupun saya minat minum kopi..
rulza : hahahaha, sy pun peminat kopi, tp buat masa ni, sy takkan minum benda2 mcm tu, hahahaa
sy pun jarang mkn kat kedai, sbb kalau masak kat umah tahu tekak sendiri, kalau mkn kat kedai blm tentu memenuhi selera :-)
pengetahuan jugak ape!
baru saya tau pasal jebon tu cerpelai rupenyeeee
zul : heheheh :-)
minumlah daripada bahan yang jelas asal usulnya.Insyaallah.
Mas aji : betul tu.sokong
Catat Ulasan