~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 19 Oktober 2011

Orang alim belum tentu masuk syurga

"Orang yang alim belum tentu baik sebab syaitan yang dok hasut dia syaitan berpangkat Jenerallah lebih kurang, so tak semestinya dia akan masuk syurga tau. Macam kitaorang ni syaitan tahap prebet je, so belum tentu kitaorang ni akan masuk neraka, belum tentu kitaorang ni jahat tau, so kau kena ingat tu, belum tentu kitaorang ni tak dapat masuk syurga", begitulah lebih kurang ayat yang aku dapat apabila setiap kali aku ajak mereka menghadiri majlis ilmu. Aku tak pernah pulak kata sapa masuk neraka, masuk syurga, tu di luar bidang kuasa aku. Aku ajak pergi majlis ilmu je pun. Aku hanya kata, jomlah kita ke surau ofis kita dengar kuliah, tu aje.

Setakat alasan yang diberi sebelum ni mereka tak nak join kuliah Zohor sebab nak pergi makan, aku masih terimalah walaupun sebenarnya setakat nak lunch berapa minit je nak telan makanan tu, aku pun sempat jamah makanan sebelum menghadiri kuliah Zohor yang bermula jam 110pm. Dikhuatiri aku lapar sebelum mendengar ceramah, kang ceramah tah ke mana, solat Zohor berjemaah entah ke mana. Tujuan nak dapatkan pahala, tapi sia-sia je sebab lapar punya pasal kan. So, aku akan pastikan aku jamah makanan at least makan sebuku roti, semata-mata tak nak lapar.

Tapi, ayat di atas betul-betul mengejutkan aku. Aku ajak atas niat nak berdakwah. Aku ajak atas niat nak dengar kuliah secara berjemaah, lagi ramai lagi meriah. Walaupun aku tetap bersangka baik, mereka mungkin menghadiri majlis ilmu di tempat lain, tapi aku tetap ajak. Tapi, jawapan mereka agak pedas

Kalau begitulah pemahaman mereka, kalau begitulah mereka tanam dalam diri mereka, alamatnya sukarlah nak menambahkan amalan dan ibadah, sebab dikhuatiri kalau terlebih iman dan amal, maka syaitan yang akan goda kita terdiri daripada yang berpangkat besar. Waduhhh

Aku pun tak dapat nak kenal pasti syaitan tahap gaban ke tahap apa yang sentiasa dok hasut aku supaya sentiasa lengahkan amal, sentiasa tundakan ibadah, sentiasa buat dosa dengan sengaja, aku rasalah, syaitan yang masih dalam tempoh probation, yang belum pun ada pangkat prebet atau habis belajar, tu pun kadang-kadang jenuh aku nak tepis dan psikologi diri sendiri supaya sentiasa tambah amal, sentiasa elakkan melakukan dosa dengan sengaja, sengaja lengahkan ibadah wajib

Banyak sungguh jawapan tak terduga aku dapat kebelakangan ni. Mmmm, aku pun mati akal dalam nak menjawab, nampak sangat ilmu di dada tak cukup mantap.

Sila bantu aku dalam memberi idea

7 ulasan:

UMMI YL berkata...

Astagfirullah...Teruk sekali mereka yang terlibat..

apa la yang mereka fikir. Kalau tak mahu sudahlah...

salahnya fikiran diorang tu..Syaitan tu tak kira pangkat general atau prebet, depa dah hidup lama dah dari kita. setakat selok belok manusia dia tahu manusia lemah kat mana. sudah janjinya ketika dia dilaknak Allah untuk menyesatkan manusia..kalau orang alim pun boleh terpedaya apatah lagi insan kerdil macam kita kita semua..contoh dalam solat pun kita tak tertahan godaan syaitan...

yang saya tak faham apa ke pelik mentaliti mereka tu..nak pi, pilah..tak mau pi sudah..

hati mereka juga gamaknya sudah dihasut syaitan kerana menulis alasan-alasan yang pelik malah mungkin dengan niat menyakiti hati orang lain.

patutnya kalau tak mau pergi sekali pun jawablah "terima kasih sebab ajak. takpa saya ada hal"

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : entahlah rulza, saya dah tak ada idea nak ajak diaorang sama2 tambah pahala bersama2, sedih pun ada, tp setakat ni belum rasa kecewa sepenuhnya dalam usaha nak berdakwah, moga Allah permudahkan urusan sy :-)

Kamarol Azli Bahari berkata...

setiap manusia itu perlu menyeru ke arah makruf dan mnggalkan kemugkaran..sekurang2nya itu dah dilaksanakan..

bab mereka kata..syaitan jenis itu,or syaitan jenis ini..biarkan mgkin disebabkan kjahilan mereka.sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kejadian dan semulia2 manusia disis Allah adalah yg paling tinggi taqwa nye..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

nashir : terima kasih atas nasihat itu :-)

Norsha berkata...

memangpun, bukan senang nk ajak org buat kebaikan....org blh bagi macam2 alasan, apapun jgn putus asa...

fuad ansari berkata...

sekurang2nya, orang yg baik2, lebih byk kemungkinan utk masuk syurga berbanding sebaliknya..

macam orang gi makan berkemungkinan besar utk kenyang berbanding orang yg tak makan..

yg penting kena tunjuk akhlak.. insyaAllah, akan sampai satu masa mereka suka dengan akhlak kita, dan mereka sendiri mahu ikut kita.. dan bila mereka nak ikut, buat macam biasa.. jgn nak tunjukkan rasa pelik kita.. camtu lah lebih kurang.. (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : t/kasih, insyaallah doakan agar sy berkekalan dlm tidak berputus asa :-)

fuad : mgkn betul cakap awak, sy kena mantapkan akhlak sy dulu :-)