~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tentang dosa dan pahala kita

Seorang rakan ada cakap pada aku baru-baru ni, dia kata, pendapat peribadi dialah ni, manusia ni lebih cenderung melakukan dosa daripada pahala kerana manusia tak nampak syurga dan neraka, sebab tu barangkali manusia ni tak endah langsung dalam nak menjadi manusia beriman dan bertakwa.

Aku tanya, ye ke tak nampak? Dia cakap yelah, tak nampak, Allah tak pernah bagi nampak dalam bentuk zahir, mungkn barangkali kalau Allah jelmakan dosa dalam bentuk gunung yang gah dan besar macam Everest, mungkin manusia akan lebih berhati-hati dalam nak melakukan dosa.

Wahhh, ni dah macam nak mempertikaikan di mana Allah itu Maha Bijaksana je, aku cakap dalam hati.

Sesungguhnya, dalam keadaan spontan macam tu aku tak ada idea nak berhujah, tapi aku hanya mampu cakap macam nilah lebih kurang

Allah dah kurniakan kita akal dan nafsu, pilihlah mana satu nak guna untuk masuk ke dalam syurga atau neraka. Itu aje.

Oh ya, sapa kata Allah tak nampakkan ganjaran dosa dan pahala, dalam al Quran dah terang lagi bersuluh apa, cakap siapa buat dosa, seksaaan dan azabnya gitu dan gini.

Oklah, aku ambil contoh paling-paling sempoilah, contoh solat berjemaahlah ek, ni contoh ek, Allah dah cakap, barangsiapa solat fardhu berjemaah, pahalanya menyamai 27, dan siapa solat fardhu sendirian pahalanya hanya 1 je, betul tak, betulkan kalau aku salah ye, bab nak ingat fakta melibatkan nombor, sesungguhnya aku failed.

So, katalah begini, bos nak bagi kita bonus, bos bagi kita pilihan, nak rm27 ribu ke nak rm1 ribu je, takkan kita nak jawab begini, bos bagi saya rm1 ribu sudah cukuplah, gitu ke?

So kat sini pilihan di tangan kita, di hati kita, kita yang tentukan, kita yang nilaikan, kita yg dah tetapkan, mana satu kita nak pilih walhal sudah terang lagi bersuluh Allah nampakkan ganjaran di depan mata kita, tapi kita masih nak pertikai.

Dari sudut lain, kalau kita buat dosa, dah terang dalam al Quran terangkan dengan begitu padat dan lengkap apa azab yang bakal kita terima dan dapat, semuanya bergantung kepada kita samada nak ikut yang mana satu.

Contoh lainlah, sempena bulan Zulhijjah yang bermula di pagi jumaat yang mulia ni, ustaz selalu pesan, barangsiapa yang berpuasa pada 1 - 8 Zulhijjah Allah akan kurniakan 700 pahala, dan barangsiapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah pula Allah akan ampunkan dosanya setahun sebelum dan setahun selepasnya, bayangkan betapa besarnya imbuhan yang Allah bagi, tapi cuba tengok sekeliling, siapa yang sanggup berpuasa, memang, ini ibadah sunat, tapi kenapa kita tak nak kejar melakukannya sebab Allah dah nampakkan ganjarannya, dan sebagai manusia biasa, setiap hari kita ada melakukan dosa, siapa berani angkat tangan dalam sehari confirm tak melakukan dosa samada dosa secara sedar dan tidak sedar, saya ni walaupun dilabel sebagai ustaz pun tak berani nak mengaku terlepas daripada berbuat dosa, so kenapa kita tak jernihkan dosa kita dengan pahala yang Allah dah janjikan?

Itu baru huraian tentang soal puasa, belum masuk perkara lain lain. Sesungguhnya Allah tu Maha Bijaksana, maka sebagai hambaNya yang hina dina jangan sesekali kita mempersoalkan kenapa manusia akhir zaman ni lebih cenderung melakukan dosa, mari kita muhasabah diri


5 ulasan:

kinakona berkata...

Betul tu. Nk jadi baik atau jahat,nk buat dosa atau pahala,nk yg byk atau sikit semua tu sebenarnya kita bole pilih. Sbb akhir nnt hanya ada 2 tempat je yg kita bole pergi,syurga atau neraka. Pahala dan dosa ni ada hikmah knp Allah tk tunjuk,dlm bayan jemaah thai hari tu bgtahu contohla,solat jemaah kan dpt 27pahala. Cuba 27pahala tu kita dpt 27ekor kambing. Hah fikirla mana nk letak kambing2 tu? Ganjaran2 yg Allah bg dah la besar2. Kat dunia ni mmg tk bole nk tampung pahala atau dosa yg kita dpt. Itula peranan Iman kita walau kita tk nmpk pahala dan dosa dlm bentuk zahir kita yakin kalau buat begini2 betapa besar dosa/pahala tu.

Alamakk panjangnya sy membebel. Sorry haha. Moga Allah tetapkan hati,kuatkan iman dlm menghadapi ujianNya. Insyaallah. ^^

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank_ayah : oh ya, tak tahu pulak dpt kambing, wahhh bestnya, sy suka daging kambing, perghhhh sedapnya :-) thanks atas info

School Of Tots berkata...

Sunnah Rasulullah yg paling besar ialah solat berjamaah. Sepanjang hayat Baginda tidak pernah sekali pun meninggalkan solat berjamaah dan menjadi imam. Cumanya di pagi kewafatan baginda, solat subuh di imami oleh Abu Bakar dgn baginda sebagai makmum. Rasulullah wafat pada waktu dhuha pagi itu.

Hidayatullah berkata...

bila nak buat dosa...katakan jangan.. bila terbuat.. menangislah..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

SOT : betul tu, tp ramai tak nak buat dan ikut, kita doakan :-) moga solat berjemaah kembali meriah

hidayatullah : jarang yg menangis kan slps buat dosa