(sumber google)
Rata-rata blog yang aku baca minggu ni banyak berkisar tentang hukum hudud. Aku baca baca dan baca, cuba ikuti perkembangan isu ini, tapi tetap tak tercapai nak mengejar isu ni yang semakin berjela-jela, semakin panas dan membahang daripada masa ke semasa.
Semua orang sedia maklum, isu ni bukanlah satu isu baru, tak keterlaluan aku anggap ini isu basi sebenarnya. Setiap kali nak diadakan pilihanraya, isu ni WAJIB timbul. Tapi kali ni pihak wartawan lebih bijak memainkan peranan mereka apabila meminta artis Malaysia mengupas tentang isu ini.
Apa yang berlaku, apabila pihak artis cuba memberi pendapat peribadi mereka kononnya secara jujur, mereka dikecam hebat oleh masyarakat sekeliling. Di situ, masyarakat dah tahu 'true color' sebenar artis kesayangan mereka yang mereka anggap idola dan mentor.
Sebenarnya, apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah aku turut terkedu membaca komen artis-artis berkenaan especially komen daripada Enot. Syukurlah akhirnya dia memohon maaf secara profesional walaupun sebelum tu dia dikecam secara hebat sehingga ibu dan ayahnya turut terpalit kesan daripada komennya di dalam dada akhbar.
Aku akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Wardina bercakap secara berhemah menyuruh rakan artisnya supaya tidak bercakap soal hudud lagi dan para wartawan diminta supaya tidak menyoal lagi tentang isu panas ni. Sesungguhnya tindakan Wardina ini adalah satu tindakan yang sangat bijak dalam menangani masalah ini yang sedang berlarutan tanpa kesudahan.
Dalam yahoo groups pun tak kurangnya isu ini diperdebatkan. Masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing walaupun mungkin cuba menegakkan benang yang basah.
Aku yang tidak pernah menyokong mana-mana parti politik sebelum ni hanya memerhatikan dalam diam, membaca secara senyap. Tapi, jauh di sudut hati, aku sedih melihat mentaliti orang Melayu yang berbaka Islam bergaduh sesama sendiri hanya kerana isu yang satu ni. Yang pasti sikap saling menyalahkan orang lain sentiasa berlaku dulu, kini dan selamanya dalam masyarakat Melayu yang berbaka Islam ni.
Aku sebenarnya tak tahu nak cuba bantu daripada segi apa, jauh di sudut hati, aku yang jahil agama ni faham hanya satu, iaitu, hukum hudud bukan hukum ciptaan manusia, bukan hukum ciptaan sahabat Nabi dan bukan hukum daripada baginda Rasullullah SAW tapi hukum tersebut datangnya daripada Allah SWT Pencipta kita.
So, kat sini mari kita renungkan sedalam-dalamnya, aku tak kata puak UMNO atau BN salah dan aku tak kata puak PAS semuanya betul. Aku cuba menjadi manusia fleksibel kat sini, dan sebagai insan yang jahil sekali lagi, aku tak layak berkata apa-apa sebenarnya, aku hanya mampu berdoa semoga segala kemelut ni akhirnya selesai dengan cara yang paling esfiyen.
p/s : aku hanya insan hina dan kerdil yang cuba menurut segala perintah Allah dan cuba tinggalkan apa yang dilarangNya, semoga aku berjaya di dunia dan di akhirat.
p/s : kata seorang idolaku, kot mana sekalipun, kembalilah pada Islam, rujuk kembali kepada asas-asas dalam Islam. Maka, aku hanya menurut perintah.
MARI MENUJU KEJAYAAN - (ayat-ayat azan)
2 ulasan:
Tulakan, bg saya kalau taktahu atau tak pasti jangan sebut apa2...sebab kefahaman agama orang berbeza2..Takut jadi silap faham..boleh jatuh benda2 yang tak baik pula.
tapi sedih kalau orang besar2 bgi komen yang tak sewajarnya tentang hudud..Allah dah janji dalam surah albaqarah dan beri jaminan kepada manusia keberkesanan hudud/qisas ni..
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
Ustaz zamri menerangkan bahawa bukanlah dengan qisas ramai yang mati tapi jaminan hidup itu ialah ramai yang melihat itu insaf dan tidak akan melakukan salah..
ntahla ye..sedih bila dengar orang cakap syariat dalam agama dan sunnah2 adalah kolot..cakap serupa apa ini..??
mudah mudahan kita semua selalu mendapat pencerahan dari Allah..Amin
rulza : amin, bagus siap sertakan ayat drpd al quran lagi, alangkah bagusnya kalau kata2 rulza ni diutarakan oleh pihak yg berwajib,alangkah bahagianya rasanya, kita hny mampu melihat dan mendengar serta berdoa :-)
Catat Ulasan