~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 21 Mei 2012

Luahan seorang isteri daripada diri sendiri pulak

Susulan daripada entry sebelum ini , apa yang korang semua rasa dan fikir terutamanya kaum wanita? Naluri sebagai seorang wanita, sejujurnya aku rasa bengang. Naluri sebagai seorang isteri, aku rasa bengang yang di tahap maksima.

Pada aku, suami atau isteri semuanya ada kelemahan, keburukan. Aku ni kalau nak listkan bersepah keburukan, lagilah kan. Takkan dengan kelemahan, keburukan seorang isteri, kesudahannya menjanda atau bermadu.

Aku tak nak ulas pasal topik cerai dan bermadu ni, bab ni terlampau luas skopnya, kalau nak berdebat tak ada kesudahan. Pada aku, wanita bukan menentang poligami tapi mereka menentang pengamal-pengamal poligami yang kononnya nak ikut sunnah Nabi. Betulkan jika aku salah.

Dan bukan niat aku nak mempertikaikan penceraian, kerana penceraian tu halal dalam Islam. Tapi aku tak boleh terima alasan si suami tadi. Konon isteri dah tak menarik, tak terangsang, masa nak kahwin dulu, cuba tanya beliau, aku rasa jawapan tadi adalah sangat bertentangan, bukan?

Aku ni dalam keadaan emosional sekarang ni, apa taknya, semasa aku camping di kemsite Sg Berakit baru-baru ni, ada seorang kawan kami bercakap secara nyata dan terbuka, bahawasanya dia dah hilang selera terhadap isterinya kesan parut operation selepas bersalin. Kebetulan masa tu, semua orang sedang bincang topik kaedah bersalin dan suami kena berpuasa semasa isteri dalam pantang.

Topik yang aku rasa gembira dan bergelak tawa untuk terus diborakkan bertukar jadi bengang apabila salah seorang rakan lelaki meluahkan demikian rupa. Aku ulang, dia hilang selera terhadap isterinya apabila melihat kesan parut pembedahan tersebut.

Muka aku dah bertukar warna. Mujur malam tu cahaya lampu khemah tak berapa terang, kalau tidak pasti semua orang perasan perubahan wajah aku. Aku hampir hilang sabar, terkeluar jugaklah perkataan SIOTTTTT tapi mengenangkan mereka tu kawan-kawan suami aku, aku cuba berlagak selamba, aku cuba berlagak seloroh, aku cakaplah tutuplah lampu. Semua ketawa. Seorang rakan lelaki lain menyampuk, haaaaa tengok pengantin tahun lepas ni ajar kau pulak.

Bukan apa, kalau mereka tu bukan kawan-kawan suami aku, dah lama aku mengamuk. Peduli apa aku. Pantang betul aku dengar suami memburukkan isteri. Pantang sesungguh hati. Kalau nak burukkan jugak, jangan sampai ke telinga aku, jangan bagitau depan aku, jangan biarkan aku mendengar. Ni bukan kali pertama, sejak zaman aku remaja sehinggala aku dewasa, aku asyik dengar kawan-kawan lelaki aku yang bergelar suami memburukkan isteri mereka, dengan alasan mereka tak bersalahlah kononnya ada pasangan tak sah di luar sana. Mentang-mentang aku ni termasuk dalam kategori sporting, mereka anggap boleh bercerita ke tahap tersebut. Malangnya, aku tak boleh terima. Aku tetap tak suka bila keburukan isteri diceritakan dengan cara terbuka. Simpan dalam hati tak boleh ke? Macamlah isterinya sahaja yang ada kelemahan.

Macamlah korang yang bercerita keburukan isteri tu, korang tu sempurna sangat. Korang ingat korang ada kelebihan macam Nabi ke sampai sanggup aibkan isteri. Kawan aku tadi tu memang ada skandal kat luar. Kitaorang semua sedia maklum. Pernah dia tunjukkan sms aweknya tu pada aku. Atas tiket bangga diri. Atas tiket kejantanan.

Kalaulah aku tak kenal wife dia lain cerita, tapi setiap kali ada event, aku pasti jumpa wifenya, anak-anaknya. Cuma aku belum tergamak bagitau wifenya, sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya bersikap berkecuali, takkan aku nak masuk campur, padahal mereka lagilah dah lama kenal, aku baru kenal mereka 3 tahun lebih.

Dan bila aku baca luahan wanita tadi tu, aku rasa sedih sangat, aku tak nak sokong wanita terbabit, sebab aku tak tahu kisah sebenar, mungkin ada rahsia dia tak ceritakan, dan kenapa dan kenapa berlaku dan kesudahannya begitu sekali, takkan tak ada penyelesaian yang lebih wajar, setahu aku, manusia ni kalau dia bercerita masalah, bukan 100% habis pun, ada certain part dia sembunyikan atas niat nak sembunyikan aib sendiri. Atas tiket nak selindung kesalahan sendiri. Biasanya begitulah. Sebab mentaliti manusia akan cerita baiknya sahaja. Betul tak? (Aku ingatkan diri sendiri) Maka, aku tak boleh nak sokong wanita tadi, cuma aku nak bagitau di sini aku bengang sangat dengan kaum Adam yang sepatutnya jadi khalifah dalam alam rumah tangga tapi jadi sampah.

Aku hanya katakan sampah pada mereka yang sanggup aibkan isteri mereka, teman tidur mereka di khalayak ramai. Dengan megah dan bangga bercerita kelemahan isteri pada teman-teman. Tanpa rasa bersalah. Dah tu, siap cakap dengan bangga pada aku, sebagai suami, aku kononnya dah tunaikan tanggungjawab dengan sempurna, isteri aku berpantang, aku yang jaga, anak yang masih bertali pusat aku mandikan, aku masakkan semasa isteri dalam pantang, duit belanja, makan pakai cukup aku kasi.

Ada aku kisah kau cerita macam tu setelah kau aibkan isteri kau? Aku tak suka, aku tetap tak suka. Cubalah muhasabah diri, cubalah renung semula apa motif berkahwin. Tahukah kalian perkahwinan adalah salah satu peluang daripada Allah untuk tambah pahala berganda? Tahukah? Ciptalah pahala berganda sementara Allah masih bagi peluang menjadi suami dan isteri. Jangan sibuk mencari kelemahan isteri sedangkan kelemahan anda semakin berkembang berganda-ganda. Tolonglah









Semua orang ada kekurangan OK?

5 ulasan:

UMMI YL berkata...

semalam saya baca jugak entry akak tu tapi tak nak balas sebab takut buah fikiran saya ni extrim ke apa..

saya pun pantang dengan bab lelaki yang sebegitu..percayalah, kalau kita ni tak banyak duit, nak macam mana cantik lagi, kalau dah bersalin dan mengandung..lelaki ni kalau nak ikut sedap mata selera mereka cubalah ingat kisah saidina umar ni..

ada satu hari dtg seorang lelaki nak mengadu kat saidina umar perihal isterinya yang suka berleter tapi sampai je kat pintu rumah saidina umar lelaki tu dengar isteri saidina umar berleter,,jadi takjadilah dia mengadu sebab saidina umar pun kena leter juga..

nak jalan balik tetiba saidina buka pintu..kemudia saidina umar tanya dah nak balik ke? tadi beria ketuk pintu.
pastu lelaki tu jwb la dia nak mengadu hal isterinya tapi dia terdengar isteri saidina umar berleter dia pun tak jadi.

Saidina umar pun cakap lah isteri berleter tu sikit saja kalau nak banding jasa isteri yang bersalin, mengandung, masak, membasuh dll...

ustaz kazim kata kata dan 10 tahun kita kahwin isteri kita tu dan sekontena dah bawang dia kupas..kalau ikan tu dan berpuluh kolam dia siang....apalah sangat kalau dah kendur, dah ada sterch mark..

lainla kalau suami ni kaya banyak duit..hantar saja pi salon.ni dahlah belanja cukup2 demand plak..cubalah dalam dok demand tu semak sikit dah berapa helai baju cantik beli kat isteri dah berapa banyak bedak ke lotion ke apa ke....

tapi isteri pun kalau tak leh nak cantik sebegitu buatlah seadanya asal kemas dan tak busuk..

bila ada anak dah satu hal..takkan lari dr chaos dan hectic dalam rumah. ustaz kazim kata memang dalam semua hal pun suami kena utamakan tapi suami pun kena tahulah nilai keadaan supaya tak jadi suami buta perut..contohnya malam anak nangis tetiba suami pulak berhajat..dalam hal macam tu memang kena layan suami tapi suami pun janganlah buta perut sampai taktau nak bertolak ansur..lain contoh macam nasi goreng dah tinggal sikit, suami dah makan dah tapi anak tak makan lagi. tapi suami minta nak makan juga..isteri dah cakap abang nak makan, makanlah tapi anak tak makan lagi..kalau suami makan juga, buta perutlah namanya tu..:)

sedih gak baca luahan isteri semalam tu...memang kita kena taat suami tapi jangan lupa suami pun kena jadi hebat agar isteri boeh taat suami..ini banyak suami tunjuk banyak kelemahan jadi banyak isteri sukar taat..yalah dalam solehahnya isteri, isteri tetap manusia...

lagi satu bab yang saya benci bila ada orang dok highlight kerja rumah, hantar anak sekolah, urus duit belanja, org perempuan punya kerja, lelaki cari duit je..banyak cantik!! nabi pun jahit baju sendiri...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : bergenang air mata baca cerita rulza, kisah saidina umar tu sy biasa dengar, tp ada ustaz ckp tu mcm riwayat yg daif, so sy akan check semula ya

kagum dgn kata2 ustaz kazim. kalaulah semua lelaki berfikiran mcm ustaz kazim, aman dunia ni rasanya,

itulah sy penah reject seorg lelaki yg kononnya lps kawin semua kerja umah nak isteri yg buat, atas tiket nak jd lelaki sejati

lelaki sejati tengkorak dia, nabi pun buat kerja umah. dia ikut mazhab mana tahlah

haaa kan sy dah emo lagi, hahahahhaa

betul ckp rulza, jadilah lelaki sejati mcm nabi Muhammad SAW

UMMI YL berkata...

hihi..saya bab bab ni pun emo gak..kadang boleh jadi marah..

UMMI YL berkata...

kalau bab rumahtangga ni saya suka ustaz kazim cerita..kalau dia tegur wanita dia pun akan tegur lelaki...

dia tak highlight salah sorang,,,bak kata kalau ustaz ceramah bab rumahtangga dalam isteri kena taat, dalam suami kena hebat semua kena buat sama2 dalam rumahtangga...:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : betul tu, masalahnya tak semua org sedar akan hal ni, sedihnya :-(