20 ramadan. 10 hari lagi ramadan akan meninggalkan kita. Pasti dah ramai memohon cuti merancang untuk balik ke kampung berhari raya. Dalam keghairahan nak balik kampung, jangan lupa kewajipan membayar zakat fitrah. Jangan lakukan di saat akhir. Bertangguh adalah amalan orang yang tidak bijak.
Penghujung ramadan ini adalah masa yang paling sibuk bagi sesetengah orang, tapi tidak pada aku. hehehe. Sibuk buat kuih raya, sibuk jahit baju raya, langsir raya, sibuk bershopping baju raya, dan perabot raya. Rasanya aku je kot yang buat-buat sibuk. Ahaksss. Ada tak yang sibuk ke masjid untuk mendekatkan diri pada Allah? untuk mencari dan mencari keberkatan dan keredaan Allah? adalah segelintirkan.
Di sini, aku nak ambil kesempatan nak ingatkan kepada mereka yang pulang ke kampung berhari raya, jangan lupa servis kenderaan anda terlebih dahulu. Check apa yang patut, keadaan tayar, bateri dan lain-lain. Pastikan kenderaan anda selamat dipandu dalam perjalanan jauh.
Alang-alang bercerita tentang kereta, apa kata aku share beberapa petua atau tips keselamatan yang aku amalkan sekiranya mahu memandu. Petua dari seorang yang setahun jagung bawa kereta. Apalah sangat, tapi barangkali agak membantu.
1) Tali pinggang - jangan lupa pakai tali pinggang keselamatan. Jangan hanya pakai bila ada sekatan polis / JPJ di hadapan.
2) Pastikan signal anda berfungsi - Signal penting setiap kali anda mahu menukar lorong.
3) Brek - Kaki anda sentiasa perlu bersedia di atas brek sekiranya ada objek di hadapan anda. Paling penting pastikan brek dan lampu brek berfungsi. Sebelum membrek, anda juga kena bijak membaca jarak kenderaan belakang dan kenderaan hadapan (kenderaan belakang - untuk elak anda disondol sekiranya anda menekan brek secara mengejut, maka sebelum membrek, jeling cermin pandang belakang dan tafsirkan jarak yang selamat di antara kenderaan belakang dan kenderaan anda) (kenderaan hadapan - untuk elak anda menyondol kenderaan hadapan). Elakkan brek mengejut. Lebih afdal sekiranya brek secara smooth.
4) Cepat bertindak - sekiranya anda memandu laju, pastikan anda betul-betul peka dengan keadaan trafik di hadapan anda, kiri dan kanan anda (sekiranya berada di lorong tengah) dan belakang anda. Anda memang kena bersedia menghadapi situasi luar jangka atau saat kecemasan, cth, membrek, menukar lorong. Tapi ingat, pastikan tindakan yang anda buat adalah selamat untuk anda dan selamat untuk kenderaan lain. Jangan tiba-tiba anda menukar lorong tapi menyebabkan kenderaan lain terlibat dalam kemalangan, especially melibatkan penunggang motor. Tindakan luar jangka anda perlulah pantas dan bijak. Ada juga kes di mana masa tu aku tengah laju di lorong tengah dan secara tiba-tiba kenderaan dari arah kanan dan kiri aku tiba-tiba nak cilok di hadapan aku secara serentak dan mengejut, kes macam ni boleh menyebabkan kemalangan sebab sama-sama berebut nak berada di lorong tengah. So, kenalah bijak mengawal brek. Dan jarakkanlah kenderaan anda daripada pemandu-pemandu samseng sebegitu. Berada berhampiran toll plaza jugak kena lebih peka, kang ada je sesuka hati kenderaan yang datang mencilok tah dari lorong mana. Bertukar lorong macam pelesit.
5) Pandu laju - elakkan memandu laju di jalan raya yang anda langsung tidak familiar, especially jalan yang tidak lurus / selekoh. Kebarangkalian ada traffic light di hadapan jalan berselekoh yang terselindung yang anda tidak perasan. Kes ini aku selalu terkena, maka, jangan buat lagi. Kalau ada selekoh di hadapan, perlahankan sahaja kenderaan anda. Pastikan jangan melebihi had laju, jangan jadi macam aku, asyik kena saman je. Membazir nak bayar saman.
6) 'Cilok' - Anda perlu peka pergerakan trafik di hadapan anda, iaitu mengkaji lorong mana yang bergerak, perlahan atau langsung tak bergerak untuk memudahkan anda cilok secara selamat. Pastikan memberi signal sebelum bercadang menukar lorong untuk elak disumpah. Kaedah cilok ni selalu aku amalkan setiap hari sebab jalan jem, maka aku kena pantas baca pergerakan trafik. Aku akan segera bertukar ke lorong yang bergerak supaya tidak sangkut lama dalam jem. Nak mencilok juga sebenarnya kenalah cilok secara bijak dan berhemah, bukan sekadar memberi signal sebelum mencilok, tapi, sejak dari awal anda perlulah berada di lorong dan laluan yang betul, maka kaedah cilok dapat diminimumkan, ni last minit baru nak cilok sebab tersalah lorong dan laluan. So, rancanglah laluan yang ingin anda lalu. Mahir tentang laluan yang ingin dituju adalah satu kelebihan akan membantu anda mengelakkan daripada mencilok. Paling utama, sebelum mencilok lagi, tolonglah peka terhadap penunggang motosikal yang bersimpang siur. Semasa artikel ini ditulis, pagi tadi, ada kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang aku rasa dah parah terbaring atas jalan raya berdekatan ofis aku. Aku doakan dia selamat.
7) Berada di lorong yang betul - Jangan membawa perlahan tapi berada di fast lane, kerana kebarangkalian anda di maki oleh orang belakang adalah tinggi, dan para wanita diingatkan, pandulah di lorong yang betul semasa berada di selekoh (selalu sangat aku tengok kesalahan wanita di sini).
8) Bergayut - Tolonglah elakkan bersms atau gunakan HP dalam kereta apatah lagi semasa jalan tengah jem. Anda telah menyusahkan orang belakang anda. Aku selalu berhadapan dengan pemandu yang bergayut dalam kereta yang memandu macam keadaan mabuk. Dan ada kes, siap berhenti mengejut di depan aku sebab nak bergayut. Aku rasa nak lempang je pompuan tu. Sabar jelah. Ingat lagi, Myvi putih. Sabar jelah. Aku pun pernah jawap call, jawap sms, tapi janganlah sampai menyusahkan kenderaan lain. Dalam keadaan jalan yang sibuk tu, biarkan dulu Hp tu nak berbunyi, agak-agak bila trafik dah tenang atau bila berhenti di trafik light, kan masih ada masa nak membelek hp tu.
9) Taxi - Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan pemandu teksi yang akan bertindak di luar jangka seperti bertukar lorong mengejut tanpa memberi signal, brek mengejut, berhenti secara tiba-tiba di tempat yang bukan sewajarnya cthnya di selekoh merbahaya. Aku selalu sangat mengalami situasi driver taxi yang kurang ajar. Suka hati je bawa teksi, macam dialah hero di jalan, macam dia seorang saja yang bayar road tax. Sepatutnya driver-driver teksi lebih beretika dan ada sivik, tapi nampaknya masalah ni sejak dulu sehingga sekarang tak ada kesudahan, masalah displin mereka dah macam sebati dengan jiwa mereka. Janganlah jadi samseng jalan raya wahai pemandu teksi sekalian!
10) Hujan - Elakkan berada di lorong fast lane sekiranya hujan lebat sekiranya anda memandu laju kerana kebarangkalian air bertakung di fast lane adalah tinggi. Perkara ini kerap berlaku di beberapa highway. Untuk lebih selamat, beradalah di lorong tengah. Dan lebih afdal, jangan memandu laju ketika hujan lebat.
9) Taxi - Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan pemandu teksi yang akan bertindak di luar jangka seperti bertukar lorong mengejut tanpa memberi signal, brek mengejut, berhenti secara tiba-tiba di tempat yang bukan sewajarnya cthnya di selekoh merbahaya. Aku selalu sangat mengalami situasi driver taxi yang kurang ajar. Suka hati je bawa teksi, macam dialah hero di jalan, macam dia seorang saja yang bayar road tax. Sepatutnya driver-driver teksi lebih beretika dan ada sivik, tapi nampaknya masalah ni sejak dulu sehingga sekarang tak ada kesudahan, masalah displin mereka dah macam sebati dengan jiwa mereka. Janganlah jadi samseng jalan raya wahai pemandu teksi sekalian!
10) Hujan - Elakkan berada di lorong fast lane sekiranya hujan lebat sekiranya anda memandu laju kerana kebarangkalian air bertakung di fast lane adalah tinggi. Perkara ini kerap berlaku di beberapa highway. Untuk lebih selamat, beradalah di lorong tengah. Dan lebih afdal, jangan memandu laju ketika hujan lebat.
11) Jangan beromen dalam kereta - Ini paling menyampah, adalah jugak aku terserempak dengan kes macam ni. Yang susahnya aku, nak potong dia tak berani, sebab bawak kereta dalam keadaan terhoyong-hayang, kang tak pasal kereta aku disondolnya. Apa yang perlu dibuat, jarakkan kenderaan anda, di belakang atau di hadapan. Ada sekali aku parking kereta di salah satu lorong di KL. Agak gelap, depan aku ada sebuah kereta yang tersedia parking. Bila aku nak matikan lampu dan enjin kereta, tiba-tiba muncul kepala putih tegak di dalam kereta tersebut. Aku terkejut lantas menjerit. Rupanya mereka sedang beromen di dalam kereta. Hampeh.
12) Mabuk / Mengantuk - Sekiranya anda ke kerap ke KL malam minggu, berhati-hatilah. Banyak kenderaan yang dipandu laju dalam keadaan bahaya menanti anda. Ni semua kes mabuklah ni. Menyusahkan orang lain. Risau aku berhadapan dengan orang mabuk ni. Tak stabil aku tengok cara pemanduan mereka. Ada sekali kereta kembara yang di hadapan aku terbabas dalam kemalangan, keretanya terbalik. Mulanya, aku nampak dia ke kiri bahu jalan dan melanggar signboard tepi jalan dan signboard tu patah 2 dan terbang ke arah hadapan kereta aku. Punyalah cuak tahap maksima, nasib baik aku elak dan tak kena aku. Alhamdulillah, dan kereta tersebut pulak dah terbabas ke kanan jalan pulak dan terbalik. Tiba-tiba lutut aku terasa lembik, tak mampu aku nak berdiri mendapatkan lelaki yang berada di dalam kereta yang terbalik tu. Cuma, aku tak pasti kes dia, mabuk atau mengantuk.
Ini adalah antara yang aku nak kongsi. Dulu aku pun pandu suka hati jugak, kalau sorang-sorang bawak kereta lagilah suka hati aku bawak. Rasa nak cilok, aku ciloklah, tapi bila satu hari aku ada terdengar ceramah agama dalam radio, dan baca beberapa artikel yang mengatakan safety first adalah salah satu daripada sunnah Rasullullah S.A.W, aku mula berubah sikit. Dulu aku tak suka pakai selt belt walaupun kerap dileteri oleh kawan-kawan, sekarang aku pastikan itu satu kewajipan sebelum aku mula memandu. Dulu aku kerap bawa laju walaupun selalu kena marah dengan kawan-kawan, tak serik walaupun selalu kena saman sain, tapi sekarang dah kuranglah aku bawa laju.
Anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang yang tersayang. Patuhilah had laju, memandulah di lorong yang betul. Pesanan penaja ini di bawa oleh orang yang setahun jagung bawa kereta.
Rancanglah perjalanan anda dengan selamat. Tidurlah dengan cukup supaya anda tidak mengantuk semasa memandu. Kalau terasa mengantuk jugak, bawaklah berehat atau tidur sebentar, lebih afdal, singgahlah ambil wuduk, dengan harapan mengantuk akan hilang. Congaklah jumlah jarak masa perjalanan secara kasar supaya anda tahu bila anda akan tiba di destinasi. Isilah minyak secukupnya, supaya minyak tidak habis di tengah jalan. Lebih baik sekiranya anda tahu dan rancang di mana lokasi petrol pump yang seterusnya nak singgah. Paling penting, jangan lupa baca doa kenderaan sebelum memandu, kalau tak hafal, memadai dengan ayatul kursi dan bertawakallah kepada Allah sepenuh hati semoga perjalanan kita selamat pergi dan pulang.
Rancanglah perjalanan anda dengan selamat. Tidurlah dengan cukup supaya anda tidak mengantuk semasa memandu. Kalau terasa mengantuk jugak, bawaklah berehat atau tidur sebentar, lebih afdal, singgahlah ambil wuduk, dengan harapan mengantuk akan hilang. Congaklah jumlah jarak masa perjalanan secara kasar supaya anda tahu bila anda akan tiba di destinasi. Isilah minyak secukupnya, supaya minyak tidak habis di tengah jalan. Lebih baik sekiranya anda tahu dan rancang di mana lokasi petrol pump yang seterusnya nak singgah. Paling penting, jangan lupa baca doa kenderaan sebelum memandu, kalau tak hafal, memadai dengan ayatul kursi dan bertawakallah kepada Allah sepenuh hati semoga perjalanan kita selamat pergi dan pulang.