~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 24 Ogos 2010

Keghairahan berbuka di hotel - meremehkan yg wajib?

Assalamualaikum

14 ramadan. Bermakna dah genap 2 minggu umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, setakat ini aku belum ponteng puasa dan ponteng terawih. Cuma sekiranya aku tak berpeluang terawih di surau berdekatan rumah aku, aku terawih sendiri di rumah.

Sebenarnya, aku tak sempat ke surau tersebut kerana aku memenuhi jemputan ofis aku berbuka kat luar dalam 2 -3 hari ini. Ghairah dapat berbuka kat hotel dan resort sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. Memang meriah, aku dan kawan-kawan konvoi ke sana. Dapat merasa macam-macam makanan enak dan lazat. Dapat merasa makanan favourite. Pastinya makanan favourite jadi keutamaan untuk menjamah.

Apa yang aku nak ditekankan kat sini, bukan tentang soal makannya. Tapi tentang solat. Keghairahan menikmati makanan percuma di hotel menyebabkan ramai umat Islam lalai tentang kepentingan solat di awal waktu, termasuk aku. Aku sangat kesal di sini. Sesungguhnya melengahkan solat tetap ada azabnya menanti. Kat sana nanti kita kena jawap kenapa kita sengaja lengahkan solat.

Apa salahnya cepat-cepat ke surau dan kembali ke meja makan dalam keadaan tenang. Suruhan Allah wajib didahului, takkan esok kita nak jawap kat akhirat alasan aku lengahkan solat Magrib kerana aku ghairah menikmati hidangan yang enak di hotel? Bilalah aku nak sedar-sedar ni? Ya Allah, bantulah aku untuk aku segerakan solat. Aku juga berharap dan aku sentiasa berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada semua umat Islam supaya solat di awal waktu. Masalahnya di rumah aku boleh solat Magrib segera selepas menjamah ala kadar, tapi kenapa di hotel aku tak boleh buat benda yang sama?

Selepas menunaikan solat Magrib, semua orang sambung makan termasuk aku, itu pun kalau larat nak makanlah. Pasti perut dah padatkan? Padat sepadat-padatnya. Rasanya semua orang mengalami situasi seperti itu, termasuk aku. Bila terlampau kenyang, malas mula menguasai diri. Mulalah azam untuk solat terawih di rumah sebab tak sempat ke surau (jam dah hampir 8.40 malam) jadi goyah. Argghhhhhh!!!! Tidak, aku dah janji takkan ponteng terawih lagi untuk tahun ni dan sampai mati. Bantulah aku Ya Allah.

Mungkin masih boleh dimaafkan sekiranya kita tidak menunaikan terawih walaupun ibadat ini sangat digalakkan kerana besar ganjaran menanti, tapi, kenapa masih lengahkan solat Isyak? Akibat terlampau kenyang, takkan nak jawap sekali lagi kat akhirat esok melambatkan solat Isyak kerana kenyang berbuka. Allah tak suruh kita makan sampai kenyang yang melampau tau. Itu boleh membawa kepada macam-macam mudarat. Mudarat dari segi kesihatan, mudaratnya sehingga solat Isyak juga dipandang sepi. Arghhh kejap lagilah, kejap lagilah dan kejap lagilah. Macam mana sekiranya dalam sekejap lagi itu kita di jemput mengadap Ilahi? Ohh!!! Tak takut ke? Masih tak nak insaf?

SAHABAT IBLIS : Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku?"

Jawab iblis, "sepuluh golongan" :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harha riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat / sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan - rangan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Nampak tak, kita nak jadi sahabat iblis ek?

Dahlah lengahkan solat, kemudian boleh berborak benda-benda yang tak berfaedah, konon malam masih muda. Sembang yang tidak membina, sembang yang kadang-kadang boleh mendapat dosa. Sembang benda yang bukan-bukan. Kenapa tidak diisi dengan benda yang lebih berfaedah? Yang lebih bermanfaat? Contoh, bertadarus, berzikir. Inikan bulan puasa. Bulan yang penuh dengan rahmat Allah. Bulan penuh keberkatan. Bulan untuk hapuskan dosa. Bulan untuk kita gandakan pahala dan amal ibadah. Bagaimana sekiranya ini ramadan yang terakhir?

Berbalik kepada topik, aku puji sangat bila tengok ada orang yang betul-betul jaga solat waktunya. Bilalah aku nak jadi macam tu? Semoga aku terus berusaha menjadi seperti mereka. Aku cuba mengikuti jejak langkah mereka. Aku kena berubah. Aku kena kuat.

Walaubagaimanapun sempena bulan puasa ini, aku sangat bersyukur, kerana sekurang-kurangnya aku masih bersolat Subuh dan Asar di awal waktu. Aku gembira sangat, aku harap perubahan ini akan kekal selagi hayat di kandung badan.

p/s : solat di awal waktu lebih kurang beginilah maksudnya, kita dah bersedia memakai telekung di atas sejadah semasa azan dilaungkan. Cuma solat Magrib, di wajibkan menjamah sedikit makanan, Rasullullah dulu jamah buah tamar dan kemudian menyegerakan solat. Ikutlah cara Rasullullah S.A.W.

Sekali lagi, bagaimna sekiranya ini ramadan yang terakhir?