~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 13 Ogos 2010

Aku insan lemah selemahnya

3 Ramadhan. Hari Jumaat yang mulia. Aku bekerja macam biasa, cuma agak mengantuk, barangkali belum terbiasa sebab tak cukup tidur. Bangun sahur seawal 4.30. Walaupun sambung tidur, tapi masih rasa mengantuk. Arghhhhhh, alasan semata.

Aku sedih sebenarnya, bukan sebab mengantuk, tapi azam aku untuk lakukan solat terawih 20 rakaat masih belum terlaksana. Aku hanya mampu buat 8 rakaat je, hari pertama, alasan aku sebab aku belum makan malam, yelah semasa pengumuman puasa pada keesokan harinya, semasa tu aku sedang tapau nasi untuk dimakan di rumah. Sudahnya, kelam kabut aku ke masjid berdekatan untuk terawih. Malangnya perut aku berkeroncong minta diisi. Maka, aku buat 8 rakaat je. Dahlah peluh meleleh-leleh sampai ke kaki. Panasnya!!! Barangkali kipas yang banyak tak mampu menampung jumlah jemaah yang tiba-tiba berganda-ganda dari biasa. Maklumlah, malam pertama terawih.

Yang aku sangat kesalkan kat sini, bila aku nak balik rumah, kereta aku kena blok pula. Perut dah berkeroncong dah ni. Dah kebulur tahap maksima. Terpaksalah menunggu jemaah lain selesaikan solat, moralnya kat sini, lebih setengah jam aku tunggu kereta mereka dialihkan, baik aku sambung sampai 20 rakaat, tak ke rugi. PADAN MUKA AKU. hahaha.

Hari kedua, aku ke surau berdekatan taman bersama anak sedara dan jiran aku. Kitaorang berjalan kaki je ke surau. Aku tanya diaorang, korang target nak buat berapa rakaat, 8 je, so aku pun follow je. Aku pun risau jugak, entah kenapa malam ni aku asyik rasa nak terkentut. So, 8 lah jawapnya. Sampai rumah, terus zzzz. Sangatlah mengantuk. Terukkan?

Hari ketiga, aku sakit kepala, aku tak pergi kerja, aku pergi ambil MC. Sakit kepala berdenyut-denyut, doktor kata maybe aku migrain, entahlah, harapnya tidak. Tapi aku berjaya tak buka puasa. Maka, aku terawih 8 jugak. Tapi aku ke surau keseorangan, disebabkan anak sedara aku dah penat katanya balik kerja. Aku nak buat 20, tapi aku rasa haus sangat-sangat, terbayang-bayang nak minum air masak. Bergegas aku balik rumah dan minum segelas besar air masak. Lega!

Nampak tak? semuanya di atas sekadar alasan. Kenapalah aku ni pemalas sangat. Orang lain berlumba-lumba lipat gandakan ibadat, aku takkan tengok je. Eeeee, marah pada diri sendiri. Tiba-tiba aku rasa jeles pada mereka yang pulun buat amal ibadat sempena bulan yang mulia ni. Sangat jeles. Sure Allah lebih sayangkan diaorang. Sedihnya! Patutnya aku berada dalam kalangan orang-orang yang berlumba itu.

Dosa aku banyak, masih tak sedar diri. Aku cuba buat pilihan untuk lebihkan ibadat, untuk berterawih 20 rakaat, tapi, kenapa aku masih beralasan dalam nak menetapkan pilihan. Kenapa aku tak kuat dalam pilihan yang aku telah tetapkan? Ishhh, apa nak jadi ni? Ya Allah, bantulah aku yang lemah ini untuk sentiasa ingat kepadaMu. Bantulah aku untuk aku sentiasa ingat nak beribadat padaMu. Bantulah aku untuk aku sentiasa berzikir padaMu. Bantulah aku tetapkanlah taufik dan hidayah padaku. Bantulah aku untuk aku bangun malam dan menyembahMu.

Malam ni aku nak terawih di mana pulak?