~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 16 Ogos 2010

Betapa pentingnya rapatkan saf, tapi diabaikan

Ramadan yang ke 6.

Alhamdulillah, buat masa ini, aku belum ponteng terawih. Maknanya di sini, aku berjaya realisasikan azam aku untuk tidak ponteng terawih pada tahun ini. Alhamdulillah lagi, Allah bagi aku kekuatan ke arah itu, untuk terawih di masjid atau surau. Aku siap boleh buat pilihan, hari ni nak terawih di mana. Alhamdulillah lagi, aku dikurniakan kesihatan di mana aku mampu bergerak ke surau atau masjid. Alhamdulillah sangat-sangat.

Ramai jugak muda mudi yang bersolat terawih. Cemburunya aku. Sangat cemburu. Lebih cemburu diaorang berjaya buat 20 rakaat. Aku? Buat masa ni aku baru berjaya buat 20 rakaat SEKALI, hanya sekali. Ishh. Sedangkan aku masih mempunyai kudrat yang kuat sekiranya dibandingkan dengan orang-orang tua di situ. Mereka gagahi jugak walaupun ada yang sudah uzur, mereka tabah dan kuat semangat walaupun imam membaca surah yang panjang-panjang. Aku?

Takkanlah aku nak tunngu tua baru nak buat 20 rekaat? Itu pun kalau umur masih panjang. Kalau umur aku pendek? Cukupkah amalan aku? Bekalan amal dan kebajikan yang aku nak bawa masuk kubur compare dengan dosa aku, aku tak rasa amal kebajikan aku lebih banyak. Malah aku rasa tak seimbang langsung jika ditimbang. Aku yakin sangat dosa aku berkepul-kepul banyak. Banyak dan sangat banyak, sangat sedikit amal kebajikan aku.

Kalau Allah bagi kita nampak dosa kita sendiri, pasti aku insaf terus. Tapi, insaf sangat ke aku sekarang ni? Insaflah sekejap kot? Astagfirullahalazim. Ya Allah, tolonglah bantu aku untuk aku suburkan rasa cinta aku padaMu Ya Allah.

Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah tentang jemaah wanita. Aku berpeluang berterawih di beberapa surau dan masjid, adalah 2-3 masjid dan surau berlainan yang aku dah pergi. Aku nak melahirkan ketidakpuasan tentang jemaah wanita yang tidak mahu merapatkan saf. Aku tidak pasti sejauh mana mereka tahu tentang kepentingan merapatkan saf.

Jemaah wanita yang aku nampak setakat ni tak mahu merapatkan saf. Mereka lebih nampak senang hati merenggangkan saf. Aku nak menegur, tapi tak terkeluar dari mulut. Aku pelik, kenapa mereka tak mahu rapatkan saf?

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Maksudnya: Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah telah bersabda: “Rapatkanlah saf-saf kamu, hampirkanlah (jarak) di antara saf-saf, samakan dengan tengkuk-tengkuk (tubuh badan) kamu.”

Hihmah rapatkan saf

Melurus dan merapatkan saf itu sebenarnya mempunyai hikmah yang signifikan untuk difikirkan bersama. Ianya seolah-olah simbol persaudaraan dan ukhuwwah dikalangan umat Islam. Ia bukan simbol kepada sebuah perpecahan. Kekuatan barisan umat Islam dilihat mampu menggerunkan musuh, bahkan mampu menumbangkan kuasa-kuasa besar.



Hentikanlah pertikaian masalah furu’ (cabang) sehingga bermasam muka, mari melebarkan senyuman, ayuh rapatkan saf demi membina sebuah ketumbukan!

Aku berdoa sangat semoga sebelum solat dimulakan, wahai para imam, tolongkan beri penekanan pada semua jemaah tentang kepentingan rapatkan saf. Aku ni jahil agama, siapalah aku untuk menegur, aku yang sebenarnya yang patut ditegur dan dinasihati.

Berbalik kepada solat terawih, kenapalah aku tak rebut peluang untuk solat terawih 20 rakaat? Bukankah ramadan tu datangnya setahun hanya sebulan? Bukankah aku tiada sebarang komitmen seperti suami dan anak-anak yang membolehkan aku terawih dan senang hati dan kusyuk? Bodohnya aku kerana tidak merebut peluang.

Kalaulah ditakdirkan Allah tarik nikmat kesihatan aku, agak-agak aku menyesal tak sebab tak berjaya buat solat terawih 20 rakaat?

p/s : “Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kepada mereka yang duduk di saf pertama.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)