Salam jumaat yang mulia. 17 ramadan. Ramadan hampir meninggalkan kita. Sedih atau suka, kisah atau tidak, bulan keberkatan ini akan berakhir beberapa hari lagi. Sekejap je kan? Berpuas hatikah kita dengan amalan sepanjang bulan ramadan ini? Jika di tanya pada batang hidung sendiri, jawapan aku ialah aku memang tak puas hati. Target aku untuk berterawih tanpa ponteng 20 rakaat tidak kesampaian. Boleh dikira dengan jari berapa kali je aku berterawih 20 rakaat. Selebihnya, hanya 8 rakaat. Azam tidak kesampaian. Apatah lagi apabila aku excited memenuhi jemputan berbuka kat luar, di hotel pulak tu. Sudahnya, hanya berterawih 8 rakaat di rumah.
Tak penat ke berterawih 20 rakaat? Dahlah penat kerja kat ofis, penat otak tau, tekanan perasaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah meredah jem, penat fizikal dan juga mental, balik rumah sediakan juadah berbuka untuk keluarga, dahlah penat berpuasa, sahur dahlah bangun awal masak dan sediakan juadah bersahur, tak tidur langsung selepas sahur, sangat-sangat penat. So lepas berbuka adalah masa untuk benar-benar nak berehat. Kerap aku dengar soalan ini diajukan, tak kiralah semasa berbuka puasa, semasa di ofis, semasa borak kosong, tapi soalan atau lebih tepat rungutan ini bukanlah ditujukan pada aku. Lazimnya, soalan ini pasti keluar daripada kebanyakan wanita yang sudah berkeluarga, termasuk rakan-rakan pejabat aku.
Tapi, kalau mereka tanya aku, ikhlas aku akan jawap penat. Sangat penat. Aku memang tak ada suami atau anak-anak, tapi rasa penat dari segi fizikal dan mental tetap ada. Aku pun bangun seawal 5 pagi, lepas sahur, aku mandi, solat dan terus menuju ke ofis. Pergi kerja meredah jem, balik kerja lagilah redah jem, letih sangat. Sampai rumah kelam kabut nak bersedia untuk mandi dan menanti waktu berbuka. Lepas berbuka cepat-cepat solat magrib. Penat, penat dan penat.
Tapi, untuk pujuk diri sendiri, dan aku nak pujuk semua orang, especially kakak-kakak aku yang menunaikan kewajipan sebagai isteri dan ibu, aku selalu cakap macam ni pada diri aku. Kalau kita layan rasa penat, sampai matilah kita akan jadi begini. Apa yang aku buat, kuatkanlah azam untuk tidak ponteng solat terawih walaupun dilakukan di rumah, walaupun hanya 8 rakaat. Pohonlah doa pada Allah selalu, supaya bagi kekuatan ke arah tersebut. Percayalah, yakinlah, Allah pasti membantu. Allah kan Maha Pengasih dan Penyayang. Allah lebih sayangkan kita 70x lebih daripada kedua orang tua sayangkan kita.
Kalau kita tidak bertindak sekarang, bila lagi? Memang, memulakan sesuatu adalah perkara yang paling susah. Tapi, bagaimana sekiranya tahun ini ramadan yang terakhir? Bulan ramadan adalah bulan kita nak menganda-gandakan pahala. Tak cemburu ke tengok orang lain berbondong-bondong ke masjid untuk rebut peluang dan ganjaran?
Pujuk diri aku lagi, anggaplah terawih sebagai satu exercises. Exercises yang membantu kita daripada terus menjadi pasif atau ular sawa selepas berbuka. Kita dah pulun makan banyak. Macam-macam kandungan yang ada dalam makanan, lemak, kolestrol dan lain-lain. Terkejut perut yang asalnya kosong tadi. Ini boleh menyebabkan banyak penyakit akan datang menyerang. Maka, bila kita berterawih, secara tak langsung kita dah melakukan exercises. Walaupun kalori tidaklah dibakar sebanyak mana semasa berterawih, tapi percayalah, 'exercises' ni pasti membantu. Daripada tidur akibat kekenyangan. Silap-silap solat Isyak ditinggalkan terus. Konon melewatkan Isyak dibolehkan. Siapakah yang berkata demikian?
Berbalik kepada berterawih, pasti jarang yang bersenam di bulan puasa sebab keletihan yang melanda. Seingat aku, aku memang tak pernah bersenam di bulan puasa. Maka, ambillah inisiatif berterawih menggantikan senaman. Anggaplah terawih bukan saja untuk mendekatkan diri pada Allah, tapi untuk tujuan kesihatan. Selepas terawih kan boleh sambung makan. Makanlah sepuas-puasnya, tapi pastikan pola pemakanan kita betul. Sebab penyakit datangnya daripada pemakanan yang tidak berkhasiat.
Kita tak perlu berjuang dalam perang macam Rasullullah S.A.W dan sahabat baginda. Kita tak perlu berhadapan dengan musuh Allah seperti di zaman Baginda. Kita langsung tak diuji macam warga Palestin yang menyambut puasa dalam perang. Ujian kita langsung tak seteruk ujian yang menimpa negara-negara yang dilanda bencana alam seperti banjir dan gempa bumi. Kita hanya baru sahaja diuji dengan penat, tapi mereka diuji dengan nyawa. Takkanlah penat layak dijadikan alasan. Lebih memalukan, meninggalkan terawih hanya kerana mengejar urusan duniawi, biarpun terawih itu tidak diwajibkan. Lupakanlah amalan bertangguh. Mulakan segera, masih belum terlambat mengerjakan terawih secara ikhlas yang mungkin.
Selamat beramal
Selamat beramal
0 ulasan:
Catat Ulasan