~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 26 Ogos 2010

Kita dan burung kakak tua - apa bezanya?

Assalamualaikum

16 Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Sesungguhnya masa itu emas. Oh ya, pagi ini aku keluar rumah jam 7 pagi. Sebab aku 'bercuti' hari ini, tak perlu bersahur, aku sengaja bangun lambat walaupun risikonya aku dah tahu, iaitu jem. Aku juga sengaja tak nak 'cilok' di traffic light yang selalu aku 'cilok' sebab aku nak tgk timing. 26 minit di traffic light itu sahaja, belum masuk perjalanan seterusnya. Perghhh. Lama tu. Patutlah banyak kereta tak sabar seperti aku.

Dalam 'menikmati' jalan jem, aku sempat mencuri bersarapan dalam kereta, aku tetap kena menghormati bulan puasa walaupun aku bercuti. Kenyang jugaklah aku. Sambil makan roti, aku mendengar radio. Antara radio kegemaran aku di waktu pagi ialah radio IKIM. Sambil mengunyah, aku turut follow bersama membaca doa pagi yang berkumandang di radio IKIM.

Jam 7.30am, aku masih sangkut di jalan raya. Radio IKIM biasanya akan menyampaikan motivasi pagi. Banyak motivasi paginya yang melekat di hati aku. Tapi pagi ini, motivasinya terus membuatkan aku melelehkan air mata tanpa diminta.

Di sini, aku nak share motivasi yang disampaikan oleh ustaz tersebut. Ustaz tersebut menekankan soal solat. Bukan setakat solat tungging terbalik, tapi tentang kepentingan kusyuk dalam solat. Berapa ramai yang solat tapi tak kusyuk. Sangat ramai. Dan berapa ramai puasa tapi tak solat, kata ustaz. Lagilah ramai.

Sebelum ini pun aku ada dengar ceramah tentang kepentingan kusyuk dalam solat, tapi cara huraian dari ustaz tersebut benar-benar meninggalkan kesan mendalam di hati aku. Buat aku termenung panjang. Tak terasa yang aku sedang merempuh jem.

Ustaz tu kata ada seorang pemuda datang memberitahu ustaz tersebut di mana dia dah berjaya kusyuk dalam solat. Ustaz tersebut pandang pemuda tu atas bawah, kemudian bertanya satu soalan simple kepada pemuda tersebut untuk menguji sejauh mana kekusyukannya dalam solat. Malangnya pemuda tersebut tak boleh jawab.

Tahu tak apa soalan ustaz tu? Beliau bertanya apakah makna salah satu ayat dalam surah al Fatihah. Pemuda menjawab, saya tak tahu. Maka ustaz menerangkan bahawa sekiranya kamu tidak tahu, sebenarnya kamu tidak pun kusyuk dalam solat sepenuhnya. Orang yang kusyuk adalah orang yang memahami makna bacaan dalam solat. Kenapa? Solat itu adalah satu hubungan komunikasi 2 hala dengan Allah. Sebagai contoh, dalam bacaan al Fatihah, selepas kita baca, Allah akan menjawab. Tapi, kamu tak tahu langsung makna bacaan dalam surah al Fatihah, saya belum pun tanya maksud makna bacaan dalam keseluruhan ayat.

Terkedu aku sekejap. Aku tak pastilah pemuda tu terkedu macam aku ke tak. Terus tanya diri sendiri. Aku tahu ke makna bacaan dalam Fatihah? Aku pernah baca, tapi aku tak hafal langsung. Malunya aku. Umur dah sebegini, makna bacaan dalam solat pun masih tak mampu hafal. Lagu boleh plak hafal. Aduh, rasa terpukul sangat. Malunya pada Allah.

Lebih rasa terpukul bila ustaz tu cakap, kamu semua kalau tak paham, tak tahu makna bacaan dalam solat samanya konsepnya macam burung kakak tua. Burung kakak tua dia hanya tahu wish good morning, good morning pada manusia, tak kiralah pagi ke petang ke malam, sebab burung tu bukannya paham apa-apa pun maksud good morning, good morning. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, air mata lagilah meleleh laju.

Semasa solatlah, kita berkomunikasi dengan Allah, itu pun masih ramai yang ambil remeh. Solat tu tiang agama. Solat adalah amalan pertama yang dihisab di sana esok. Solat tu satu kewajipan. Solat tu sebagai tanda kita ni hambaNya, tanda berterima kasih dan bersyukur padaNya. Meninggalkan solat adalah berdosa besar. Tapi masih ramai orang yang puasa tapi tak solat, macam mana tu? Tanya ustaz lagi. Seseolah diibaratkan pokok tanpa batang, tapi ada akar dan dahan. Macam mana tu? Soal ustaz lagi.

Aku kehilangan kata-kata. Air mata pulak lebih laju dan laju mengalir bila secara tiba-tiba aku teringat satu artikel yang aku baca semalam, tentang tajuknya, celakalah bagi orang yang lalai dalam solat!!! Akan di azab kelak. Tak ada belas kasihan punya. Ustaz tu meneruskan lagi, sempena bulan ramadan ini, rebutlah peluang, buatlah amal sebanyak mungkin, dan jangan tinggalkan solat langsung. Cubalah paham makna bacaan dan tolonglah kusyuk dalam solat. Sesungguhnya, pahala berganda bila bersolat di bulan ramadan yang mulia ini.

Ini antara intipati yang aku ingatlah, maklumlah sambil mendengar aku makan. Sambil kesat air mata, sambung makan, drive dan dengar ceramah motivasi daripada ustaz tersebut. Roti kaya yang aku makan tu tak semanis mana sekiranya di bandingkan dengan kemanisan kusyuk di dalam solat. Aduhhh, terkena batang hidung lagi

Surah Al-Baqarah [ayat 45]


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk