~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 4 Ogos 2010

Jem??? Apa nak buat???

Aku tersedar dari tidur, hujan dah start turun sejak sebelum subuh. Tak sangka hujan tu akan berlarutan sehingga aku keluar nak pergi kerja. Seawal 6.30 aku dah mula keluar rumah, dan kebiasaan aku akan tiba di tempat kerja dalam jam 7.30. Tapi tak sangka, hari ni jalan sangat sesak dan jem, kalau setakat jem dan sesak di sekitar kawasan rumah aku, itu adalah perkara biasa, malangnya masuk highway pun jalan tetap jem. Pelik!

Apa yang menyebabkan jalan jem pun tak tahu, sangat menghairankan bila kenderaan kat highway pun tak bergerak. Aku pun tak dapat nak mengagak apa yang menyebabkan jem yang sangat teruk. Dalam keadaan hujan yang dah renyai-renyai, cuaca pun dah makin terang, sebab jam dah menunjukkan jam 8, tiba-tiba ambulan dari arah belakang kereta aku lebih membingitkan suasana. Barangkali ada kemalangan, maklumlah tadikan hujan lebat, kenderaan mungkin ada yang terbabas.

Ikutkan hati yang tengah panas merangkap kebuluran, sangkut dalam deretan kenderaan yang tak bergerak pula, aku hampir memaki hamun. Tapi, bila terkenangkan setiap sifat sabar tu pasti ada ganjaran, maka aku tiba-tiba jadi positif.

Fikir hati kecilku, masa yang terbuang 2 jam di dalam kereta boleh diisi dengan berzikir dan berselawat. At least, aku tidak membuang masa begitu saja. Malah, aku mendapat pahala. Kalau berada di pejabat, aku mungkin terlalu sibuk sehingga lupa nak berzikir pada Allah dan berselawat. Maka aku gunakan ruang tu sebagai peluang. Kan ada hikmahnya tu. Sesungguhnya, demi masa, manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan bertakwa.

Dosa kering tak dapat, malah dapat pahala.

Moral of the story, basahkanlah lidah dengan berzikir dan berselawat, semoga kita semua dirahmatiNya. Janganlah kita termasuk dalam kalangan mereka yang sedikit mengingati Allah swt.