~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 5 Ogos 2010

Inisiatif Sempena Bulan Syaaban dan Musim Buah

Assalamualaikum.

Sempena musim buah sekarang ni, aku mengambil inisiatif untuk lebihkan makan buah-buahan tempatan (serat) menggantikan nasi (karbohidrat), untuk mendapatkan diet yang seimbanglah konon. Bila aku dah makan buah dalam kuantiti yang banyak, sudahnya, aku tak makan nasi sebab dah kenyang. Aku suka makan buah mata kucing, duku, manggis dan durian. Buah yang tak bermusim pula, aku pasti akan vote pisang. Pisang kaki paling aku suka bangat :-)

Tapi, tidaklah bermaksud di sini aku langsung tak jamah nasi. Sehari cuma sekali - sesenduk. Tapi dah 2 hari aku tak makan nasi (semasa menulis entry ni). Bunyi macam nak diet jekan, tapi sebenarnya, aku makan nasi tak pernahnya habis, dan aku memang tak pernah tambah nasi selama yang aku ingatlah. Tak pernah habis macam mana nak tambah.

Membazir kan amalan syaitan. Lagipun sebelum ni, kawan-kawan aku asyik berleter sebab aku tak berjaya habiskan nasi, membazir kata diaorang. Maka, aku sendiri dah bosan nak makan nasi, sebab tak habis, maka kadang-kadang walaupun lapar, aku gantikan nasi dengan pisang, aku rasa tu tindakan paling afdal, sebab pisang sure habis.

Lagipun, untuk mengurangkan berat badan secara afdal, kita perlu mengurangkan karbohidrat dan protein dalam pola pemakanan seharian dan perlu lebihkan serat,  iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan juga minum air manis, lebihkan air masak putih. Yang ini memang menjadi amalan akulah. Memang akan kerap ke toilet, tapi lama-lama menjadi satu kebiasaanlah kan.

Walaupun berat aku tidak juga turun-turun, tapi berat aku dah lama tak naik. Itu pun dah kira satu kebanggan kepada diri sendiri, sebabnya bukan senang nak kekalkan berat badan. Usaha gigih secara berdisplin sangatlah diperlukan di sini. Tapi, ada yang cakap aku dah kurus sikit. Wow!

Ikutkan sebenarnya, sekiranya aku kekalkan makan lebih serat dalam pemakanan seharian aku, aku dah lama boleh kurus, malangnya, aku gemar makan aiskrim. Dan yang paling ketara, aku paling suka meratah. Kalau tengok aku makan, nasi sedikit tapi aku akan ambil banyak lauk. Jeng jeng jeng. Secara tak langsung, berat aku takkan turun juga. tapi, syukurlah, aku bukan jenis suka mengunyah.

Sempena bulan Syaaban ni juga, aku mengambil inisiatif menggantikan puasa aku yang masih berbaki. Kat sini juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan, sebabnya aku jarang berbuka menu nasi. Aku akan gantikan dengan mee atau menu lain dan juga lebihkan minum air. Bila dah minum air dalam kuantiti yang banyak, aku akan cepat kenyang.

Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan puasa ganti sebelum tibanya bulan Ogos. Puasa ganti ini juga sebenarnya merangkap training sempena bulan Ramadhan kelak. Aku lihat ramai juga kawan-kawan aku yang lain sibuk menggantikan puasa mereka. Ada juga kaum Adam yang aku lihat mempraktikkan berpuasa sunat, training untuk bulan Ramadhan, tak nak pancit kata mereka, bagusnya, satu usaha yang murni.

Sesungguhnya, aku tak sabar menantikan bulan puasa, tapi aku tak kisah langsung bila tiba hari raya. Sebab aku pasti terkenangkan kedua orang tuaku. Ya Allah, ampunilah kedua dosa mereka, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil. Amin

p/s : jangan lupa berdoa  untuk ibu bapa :-)

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-


1] Shadaqah jariah

2] Ilmu yang bermanfaat

3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )
 
Salam ramadhan