~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 29 November 2010

Berdiam itu lebih baik

Dulu aku sangat tak bersetuju dengan tajuk di atas. Dululah. Banyak sebab aku tak bersetuju, contohnya, pada aku orang yang memilih keputusan untuk berdiam diri adalah tanda hipokrit maksimum sedangkan dalam dirinya sendiri dia berperang untuk bercakap. Dululah. Dulu aku beranggapan orang yang berdiam diri tu tanda-tanda orang yang penakut. Penakut untuk berhujah dan tiada pendirian. Dululah.

Sekarang, baru aku paham dari skop yang amat luas. Sekarang aku sangat-sangat mengerti maksud tersebut. Sedangkan Allah sendiri murka sekiranya hambaNya bertelagah walaupun dalam soal agama (aku tak ingat daripada mana aku ambil ayat ni, kalau salah tolong betulkan), sebab Rasullullah S.A.W sendiri pun guna kaedah kelembutan dalam urusan dakwah.

Dan bermulalah kajian secara rambang aku kepada sekalian manusia di sekeliling aku. Lama juga aku mengkaji, daripada seseorang yang pendiam, seseorang yang hanya bercakap apabila perlu, seseorang yang suka bercakap, seseorang yang sangat peramah kepada seseorang yang tak berhenti-henti bercakap. Aku juga mengkaji latar belakang kerja dan jawatan mereka, manalah tahu kan, dah kerja diaorang bercakap je, memanglah sah-sahlah kena bercakap walaupun tak perlukan, macam fasilitator atau trainer atau penceramah atau pendakwah bebas. (tapi mereka bercakap apabila perlu apa?)

Aku boleh ambil kesimpulan sebegini, orang yang sering bercakap tanpa perlu, tanpa henti kadang-kadang menonjolkan, mempamerkan dan menyerlahkan kebodohan diri sendiri secara langsung atau tidak langsung tanpa dia sendiri sedari. Juga menyerlahkan ketidakmatangan mereka dalam banyak hal dan perkara. Ini memang hakikat.

Maka, aku sendiri sedang ingatkan diri sendiri selalu dan selalu supaya kurangkan bercakap, bercakap apabila perlu, berfikir sebelum bercakap dan paling penting ucapkan basmalah sebelum bercakap, itu lebih afdal. Bercakap kosong tak guna, baik gunakan masa tersebut untuk mengingati Allah S.W.T, itukan lebih baik. Lidahkan tu kan lebih tajam daripada sebilah pedang, kalau kita sakitkan hati orang, kita dapat dosakan.

Kalau nak bercakap juga, bercakaplah dengan Allah di dalam solat. Itukan lebih afdal.

Azam oh Azam

22hb Zul Hijjah. Esok hari terakhir dalam bulan November. Dekat hujung tahun ni biasanya soalan yang sangat familiar kerap ditanya, kerap didengari ialah, apakah azam baru anda? Ataupun soalannya berbunyi, azam tahun lepas tercapai atau tidak? Atau carry forward kepada tahun hadapan? Atau terkubur begitu sahaja?

Semua manusia kat muka bumi ini aku kira ada azam tersendiri. Samada sikit atau banyak, samada kecil atau besar. Yang membezakan adalah sejauh mana kita berusaha dalam mencapai azam kita tersebut. Tak malu untuk aku sendiri mengaku, bahawa sesungguhnya azam aku sendiri banyak juga carry forward. Kenapa? Adakah aku malas dalam nak mencapai azam tersebut? Tidak. Aku tetap berusaha, cuma kadang-kadang aku alpa pada azam sendiri dan bila aku melakukannya secara bertangguh, secara tak langsung aku tak sedar tahun 2010 dah hampir tinggalkan aku.

Aku ada spesifikasikan azam-azam aku. Sebagai contoh, azam sebelum berkahwin, apa yang patut aku lakukan. Aku masih ada masa untuk mencapai azam tersebut sehinggalah aku dah berkahwin kelak, aku boleh menilai samada azam tersebut tercapai atau tidak. Aku ada azam tahunan, di mana azam tersebut biasanya berubah setiap tahun bergantung kepada perjalanan hidup aku sendiri. Dan kebiasaannya azam sebegini yang akan aku carry forward walaupun bukan semuanya. Aku ada azam bulanan, di mana setiap bulan aku update azam aku. Biasanya azam bulanan lebih dikecilkan skopnya.

Termasuk aku, tak semua orang berjaya mencapai azamnya. Kalau begitu, apa gunanya berazam? Semangat semakin hari semakin mengendur, dan azam hanya menjadi angan-angan mat jenin. Azam hanya dipermulaan awal tahun, hujung tahun azam entah ke mana?

Seperti yang aku pernah tulis dalam entry sebelum ni, kita perlu ada goal setting. Dan pastikan goal setting kita lebih kepada akhirat, bukan duniawi semata. Pastikan juga kita bertanggungjawab ke atas setiap goal setting kita. Atas sikap tidak bertanggungjawab terhadap goal setting sendirilah, maka banyak matlamat kita akhirnya carry forward.

Contoh azam tahun baru adalah mahu menguruskan badan ke kepada berat yang tertentu. Tapi, berapa ramai yang berjaya. Kenapa mereka gagal? Sebab ramai yang tidak berusaha secara konsisten dan secara istiqamah, dan ramai yang gagal sebab tidak tahu cara dan tindakan yang bijak untuk menjadi kurus. Perlukan exercises yang berterusan, perlu kurangkan karbohidrat dan protein dalam pola pemakanan seharian dan lebihkan serat atau buah. Kerana kurangnya info dan sumber, mereka tak tahu bagaimana nak mendapatkan berat ideal.

Di sini betapa pentingnya untuk kita cari sumber yang sewajarnya untuk membantu kita mencapai impian kita. Kita perlukan data dan maklumat yang tepat dan sebanyaknya demi mengatasi kelemahan kita dalam menangani kegagalan untuk mencapai matlmat.

Apa kata kita bergerak sekarang? Masih belum terlambat untuk merealisasikan azam yang sedia ada.

Jumaat, 26 November 2010

Jangan ulangi kesilapan lalu, tapi pastikan ulangi kejayaan lalu

Baru semalam aku post tentang entry kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita di luar sana semasa memandu di atas jalan raya. Pagi ni sahaja semasa aku memandu ke ofis, aku berdepan dengan 4 kes kesalahan cara pemanduan wanita. Kes pertama, seorang wanita dengan selamba memandu perlahan di lorong paling kanan, tanpa rasa bersalah aku rasa. Impaknya, jalan di situ menjadi jem, menyebabkan aku terpaksa take over di sebelah kiri dan pandang wanita ego terbabit dengan gelengan kepala. Wanita tersebut buat muka tak paham!

Kes kedua, juga sama, selepas beberapa minit perjalanan aku, aku berhadapan lagi dengan situasi wanita memandu macam kura-kura, sedangkan jaraknya dengan kenderaan di hadapannya jauh. Apa yang berlaku, pemandu-pemandu lain termasuk aku berusaha keras untuk memotongnya supaya kami tak tersangkut di dalam jem akibat tindakan wanita terbabit yang sangat mementingkan diri sendiri.

Kes ketiga, semasa memandu di selekoh, seorang wanita dengan selamba memandu di lorong yang salah. Asalnya, sebelum selekoh, dia berada di lorong kiri, tapi kemudian tiba-tiba bertukar lorong kanan selepas selekoh, tindakan tak terjangka oleh dia menyebabkan hampir berlaku pelanggaran dengan kenderaan belakang. Kenapa tak berada di lorong yang sama, kalau ya pun nak tukar lorong, ambil masa beberapa saat, pastikan jalan clear, bagi signal, dan tukarlah lorong, kenapa bertukar lorong secara mengejut. Kes ni dah beratus kali aku saksikan. Adakah wanita di luar sana confuse mengenai lorong apabila tiba di selekoh?

Kes keempat, selepas traffic light, seorang wanita memberi signal terus masuk ke lorong kiri. Tindakan dia memang baik kerana memberi signal, malangnya caranya tak kena. Baru sekali signal berkelip terus masuk kiri, walhal kenderaan di belakangnya sangat laju. Kesannya, dia dihon panjang bertalu-talu oleh kenderaan belakang yang terpaksa membrek secara mengejut. Aku terus take over wanita terbabit dan pandang mukanya. Dia kelihatan macam semangat yang hilang, agaknya dia terkejut dengan hon kuat yang panjang tadi. Aku menggeleng kepala.

Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis. Iklan sebentar. Hehehe. Aku juga seorang wanita. Aku bukan terer pun bawak kereta. Tapi, aku belajar daripada kesilapan. Aku cuba mengimbau kenangan 1st time bawa kereta. Aku kena hon dengan lori DBKL sebab aku nak bertukar lorong secara mengejut, nyaris kemalangan. Aku selalu kena hon dengan kenderaan lain kalau aku terhegeh-hegeh di lorong kanan. Aku juga pernah terbabas di selekoh. Kalau nak huraikan satu persatu kesalahan aku semasa mula-mula mengenal stereng, sangatlah banyak.

Tapi, apa yang penting, belajarlah daripada kesilapan. Janganlah ulangi kesilapan lalu. Kalau dah selalu sangat kena hon dengan orang belakang, kenal pasti punca kenapa kita kerap dihon? Orang hon kita bersebab. Kalau dah selalu sangat selepas orang take over kita, orang pandang-pandang kita dalam keadaan muka yang marah dan berang, kaji semula kenapa dia bertindak demikian. Apa sahaja yang manusia lakukan kat dunia ni pasti bersebab. Orang gila pun bila marah bersebab. Apatah lagi kita ni manusia normal.

Semua orang melakukan kesilapan. Semua orang tak sempurna. Tapi, sangatlah tidak matang sekiranya kita tidak mampu ubah kesilapan tersebut. Sangatlah malang sekiranya tiada tindakan susulan untuk mengatasi kesilapan tersebut. Sangatlah sedih sekiranya kita tahu kita bersalah, kita tahu kita buat silap, tapi kita ego untuk berubah.

Ini aku baru buka topik tentang habit wanita memandu. Belum aku meluaskan lagi tentang habit lain. Walaupun aku seorang wanita, tapi banyak tabiat tentang wanita yang aku rasa kena ubah. Ubah dengan drastik. Contoh paling remehlah, aku nak cerita di sini ialah cara wanita pejalan kaki nak melintas jalan raya. Betapa takut dan teragak-agaknya mereka semasa nak melintas. Kadang-kadang aku yang sedang drive ni pun confuse, dia nak lintas dulu ke atau nak kasi aku yang bergerak dulu? Ekoran daripada sikap dia yang macam main tarik tali, sekejap ke depan, sekejap ke belakang menyebabkan aku sendiri tak boleh nak buat keputusan samada nak terus drive atau biarkan dia dulu yang melintas jalan.

Zaman makin maju, teknologi makin canggih, tapi tak seiring langsung dengan mentaliti kebanyakan wanita. Kadang-kadang aku tengok pemandu wanita bukan calang-calang jawatannya, tapi bila di jalan raya, terserlah sikap tidak yakin, terserlah sikap teragak-agak, terserlah sikap takut-takut, tapi bila di ofis, dialah singa hutan batu. Kenapa karakter boleh berubah? Nak ikutkan takut, siapa tak takut di jalan raya, aku pun takut juga, nyawa aku pun satu saja tau, tak ada galang gantinya, tapi perlu ke tonjolkan sikap takut tersebut? Perlu ke expose rasa takut tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain?

Aku memang tak faham. Jangan nanti pemandu lelaki melabelkan wanita melayu wanita yang LAYU.

Selamat beramal. Anda mampu mengubahnya.

Khamis, 25 November 2010

Lima tanda hati keras membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Feminin bukan bermakna lembik

17hb Zul Hijjah. Aku dah lama berfikir untuk berkongsi sesuatu dengan tajuk di atas. Tapi aku takut sangat disalah ertikan. Aku takut sangat cara penyampaian aku tak kena, takut ada pihak yang terguris hati. Tapi, dah lama sangat aku pendam perkara ni, aku rasa aku nak luah juga, dan aku cuba berhati-hati dalam penyusunan ayat.

Aku seorang wanita. Aku seorang wanita yang lemah. Tapi, walaubagaimana sekalipun, terpaksa berdikari. Aku bukan ada sesiapa. Kena juga berdiri atas kaki sendiri. Lemah tidak bermakna aku tak boleh berdikari. Lemah tidak bermakna aku boleh ditindas sewenang-wenangnya. Lemah tidak bermakna aku boleh dibuli membabi buta.

Aku memang feminin. Aku tidak pengkid. Aku tidak tomboy. Aku tidak ganas. Aku memang feminin, tapi bukan skema. Aku memang feminin, terang lagi bersuluh. Ke ofis berkebaya, berbaju kurung, berskirt labuh kembang, sesekali aku memakai blaus dan seluar slack. Aku seperti kebanyakan wanita lain di luar sana, menjaga keterampilan seadanya, cuba melaram sesekali walaupun aku tak pernah bermekap seumur hidup seingat aku, ketika melangkah keluar daripada rumah. Sekadar mengenakan bedak nipis dan pelembab bibir. Lipstik? Aku memang tak pernah pakai, juga tak pernah beli. Sebab aku memang tak suka pakai mekap. Tapi, aku tetap wanita yang feminin gitu. Aku nak nampak natural walaupun aku tak lawa. Aku tetap bersyukur.

Tapi, akhir-akhir ni aku macam sedih pun ada, sedih sebab dah banyak kejadian yang aku saksikan di atas jalan raya, banyak wanita yang memandu di buli samada secara halus atau secara kasar, samada secara zahir atau secara batin, samada secara jasmani atau rohani. Mereka yang dibuli adalah wanita. Wanita yang feminin seperti aku. Dan kes ini semakin hari semakin melampau. Semakin teruk. Kes terbaru, semalam aku ada baca suratkhabar, seorang wanita rosak buah pinggang akibat diterajang oleh seorang lelaki di atas jalan raya. Puncanya, wanita terbabit secara tak sengaja tergesel motosikal lelaki tersebut menyebabkannya bergolek di atas jalan raya.

Tak dinafikan, wanita tersebut bersalah kerana tergesel, bukan sengaja gedik nak bergesel, walaupun ampun maaf dipinta secara beriya-riya, lelaki tersebut tak berhati perut meneruskan aksi terajangnya terhadap wanita tersebut. Lelaki tersebut sekadar bercalar di lengan, tapi perempuan berkenaan, menanggung akibat dan kesakitan dalam impak yang lebih besar kesan daripada kerosakan buah pinggang.

Aku berseru kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah ketika memandu. Janganlah tunjuk sangat sifat tak confident di jalan raya. Atau buat muka blur. Pemandu lain boleh membaca cara pemanduan kita samada yakin atau sebaliknya. Contohnya, cara bertukar lorong dan take over, tergambar jelas sekiranya nampak teragak-agak. Di sinilah pemandu lain terutamanya kaum Adam akan mengekploitasi keadaan.

Mereka dengan mudah menguasai jalan raya, mereka tanpa belas kasihan membuli tanpa ada rasa bersalah. Kerapkali aku berhadapan dengan situasi ini, pemandu wanita teragak-agak nak masuk simpang, takut-takut nak bertukar lorong walaupun signal dah lama mereka berikan. Seringkali juga aku tengok pemandu wanita dihon bertalu-talu, kerana terhegeh-hegeh di atas jalan raya yang sibuk, terutamanya masa kemuncak.

Ada juga banyak kes yang aku sendiri lihat, pemandu wanita di depan aku dipintas oleh 5-6 buah kenderaan lain di hadapannya. Ini jelas menunjukkan pemandu wanita tersebut sangatlah slow. Berada pula di lorong paling kanan, memanglah kena sumpah seranah. Cara pemanduannya yang lembab menyebabkan pemandu lain hilang sabar dan memintas di hadapan pemandu wanita terbabit, termasuklah aku. Dan aku memang langsung tak paham ada kes di dalam keadaan jalan yang jem teruk mereka masih nak menjarakkan kenderaan dengan kenderaan di hadapan mereka menyebabkan ada ruang yang besar boleh dimuat untuk 4-5 kenderaan lagi. Kenapa berlaku sedemikian?

Maka, setiap kali ada ruang di hadapan pemandu di depan aku, aku cuba take over di depannya, apa yang berlaku pemandu yang aku pintas adalah wanita. Menyedihkan. Kenapa? Bukan aku nak kata pemandu wanita tidak cekap. Tapi, janganlah menyebabkan cara pemanduan kita, pemandu lain berang.

Kesannya, pemandu wanita dilabel tak cekap memandu, terhegeh-hegeh di jalan raya, takut bertukar lorong, takut nak memasuki simpang, tak patuhi peraturan jalan raya seperti sering tersalah lorong especially bila memasuki simpang baru di traffic light, dan segala macam yang dilontarkan. Tak sedih ke?

Aku tahu ada yang akan kecam aku. Mereka akan gunakan point, macamlah semua pemandu lelaki cekap. Diaorang pun ada yang bawa kereta macam kura-kura. Ya, aku tak nafikan, aku pun sering terjumpa kes sebegini, tapi jangan kerana kesalahan kita yang kita tak boleh terima, kita nak kaitkan kesalahan orang lain pula?

Kecekapan memandu bukan berdasarkan laju mana pemandu mampu pecut. Kecekapan pemandu bukan boleh diukur sejauh mana dia pandai cilok dalam keadaan jem. Kecekapan memandu tak boleh dinilai daripada zero accident. Aku tak tahu orang lain menafsir maksud cekap semasa memandu. Pada aku, kecekapan pemandu dilihat kepada bagaimana dia mampu dan berjaya mengawal situasi di jalan raya secara efisyen. Contohnya, kalau traffic light rosak, bagaimana dia nak bergerak sekiranya tiada sifat yakin dalam diri dia. Bagaimana dia nak ke seberang sekiranya dia teragak-agak. Sudahnya, dia dah menyusahkan banyak pihak, dan paling malang, kerana dia tak yakin nak bergerak, jalan tersebut menjadi sesak sesesaknya.

Nampak tak? Bijak mengawal situasi di luar jangkaan adalah tindakan bijak yang perlu diamalkan oleh semua pemandu, termasuk aku. Bijak bukan bermaksud boleh menyusahkan semua orang, seperti dalam keadaan jem, boleh redah emergency lane. Bijak bukan bermaksud traffic light merah boleh diabaikan. Bijak pun bermaksud semasa laju di fast lane, masih boleh bergayut tanpa pakai tali pinggang keledar. Bijak pun bermaksud sesuka hati cilok tanpa memberi signal.

Aku sendiri selalu ingatkan diri aku, berhemahlah di jalan raya. Bila perlu laju, bila perlu cilok, bila perlu tukar lorong, tapi, pastikan yakin dalam setiap tindakan dan pastinya lakukan tanpa teragak-agak. Wanita di luar sana tak perlu jadi tomboy, jadi pengkid untuk berubah.

Tapi, yang penting, kita kena fleksibel ikut situasi semasa. Ada masa kita agresif, ada masa kita skema, ada masa kita tegas. Tapi, kekalkan ciri feminin. Semasa memandu misalnya, ubahlah kepada sikap agresif tapi bukan pembengis pula. Contohilah serikandi zaman dahulu. Mereka tetap mengekalkan ciri feminin walaupun mereka sebenarnya pendekar disegani. Lembut bukan bermakna lembik. Feminin bukan bermakna lemah.

Kita mampu ubah cara pemanduan kita. Patuhi peraturan jalan raya. Buktikan pada kaum Adam, wanita pun terer memandu. Segala macam benda yang dilabelkan tadi oleh pemandu lelaki, kita mampu mengubahnya.

P/S: Safety itu sunnah. 

Selasa, 23 November 2010

Bertanggungjawab dalam setiap goal setting

1.Tetapkan Niat kerana Allah SWT dan matlamat perlu realistik

2.Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda.

3.Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai.

4.Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.

5.Lakukan dalam keadaan "enjoy" tetapi jangan biarkannya membantutkan pencapaian matlamat anda.

6.Catat dan kaji perkembangan pencapaian matlamat dan baiki atau hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.

7.Jadikan moto "Insya Allah Saya Pasti Boleh!" sebagai prinsip hidup anda.

Jumaat, 19 November 2010

7 Sunnah Rasullullah S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Aku mahu itu

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Khamis, 18 November 2010

Korban apa sahaja?

11hb ZulHijjah. Ini bukan kali pertama aku beraya di KL. Walaupun pada mulanya hati sungguh tak ikhlas raya di sini, tapi alah bisa tegal biasa. Aidilfitri pun raya kat KL, apalah sangat Aildiladha kan kan kan? Biasanya raya haji aku akan beraya di rumah kawan-kawan aku, contohnya di Perak, Pahang, tapi kali ini aku memilih beraya di KL sahaja. Hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa aku amat rindukan kampung halaman. Paling dirindui, arwah mak dan ayah tersayang, walau bukan darah daging, tapi merekalah yang bersusah payah membesarkan aku dalam dunia kemiskinan. Tapi aku tak kisah, biar miskin harta, tapi kaya kasih sayang. Maka, sehingga sekarang aku masih jangal mengguna pakai perkataan arwah. Aku masih tetap menyebut mak dan ayah sehinggakan ada yang confius samada kedua orang tua ku masih hidup atau dah meninggal.

Betapa aku rindukan mereka, sangat-sangat rindukan mereka, apatah setiap kali takbir raya bergema, sehingga bawa ke alam mimpi. Aku mimpi bertemu mereka, aku mimpi kampung halaman tempat aku bermain. Meronta-ronta hati nak balik kampung, tapi tiada siapa yang tahu. Hati menangis, tapi senyuman tetap dilebarkan. Biar aku sendiri yang tahu azab menanggung rindu yang tak pernah lekang ini.

Aku berkira-kira, biarlah tahun ni tahun terakhir aku terumbang-ambing beraya tanpa mak ayah, aku harap tahun depan aku bersuami dan beraya bersama keluarga mentua. Aku dah hampir hilang pedoman beraya tanpa mak ayah. Hati yang sedih siapalah tahu. Lagipun aku memang jenis tak pandai nak menonjolkan rasa sedih di hadapan public. Aku memang bijak berlakonlah sangat.

Dah lama juga aku tak bercuti setiap kali tibanya 2 hari raya yang agung ini. Sekadar bercuti mengikut yang termaktub dalam kalendar. Annual leave aku yang selama ini tak pernah cukup kini tak pernah habis, malah ada banyak yang berbaki. Siap carry forward lagi. Nak ke mana? Aku mana ada kampung lagi. Sekadar menjadi lakaran sejarah. Sekadar kampung di dalam nombor my card.

Aku tetap ceria seperti biasa. Bergurau dengan saudara mara. Menumpang kasih sayang dan perhatian yang tak sebanyak mana pun. Dalam diam, aku cuba menghayati ibadah korban. Korban yang sangat besar ertinya. Korban yang dilihat daripada semua perseptif dan cabang. Dan kemudian aku menyalahkan diri, apalah sangat sumbangan aku dalam istilah berkorban ini? Rasanya langsung tak ada.

Jahil dan kerdil diri ini jika aku nak bandingkan dengan zaman Nabi Ibrahim contohnya. Dia sanggup korbankan anak dia demi Allah S.W.T. Aku? Aku yang banyak dosa ni? Nak berkorban nyawa? Nak berkorban harta? Nak berkorban masa pun kadang-kadang tak sanggup. Sanggup kejar lagi duniawi yang terang lagi bersuluh sekadar sementara sahaja. Setakat solat sunat aidiladha, apalah sangat.

Aku tak nak cerita pasal orang lain. Walaupun aku ada baca banyak blog yang komplen pasal mereka tak puas hati di mana banyak pemimpin yang berdegar-degar cakap pasal pengorbanan dan suruh rakyat pahami konsep ibadah korban, tapi mereka sendiri cakap tak serupa bikin. Tak kotakan apa yang dikatakan. Mereka hidup dalam kemewahan, tapi suruh rakyat menghayati ibadah korban. Mereka sanggup ke berkorban harta? Kepimpinankan melalui teladan? Aku rasa tercuit dan ketawa dengan ketidakpuasan hati rakyat yang lantang bersuara.

Walaupun ada benarnya, siapa aku nak mengubah situasi tersebut? Aku sendiri macam lalang, tenggelam timbul, aku sendiri patut salahkan diri aku dulu. Kalau aku takut generasi akan datang, aku patut buat sesuatu. Aku patut bersedia menghadapi banyak perubahan. Berubah secara drastik dan berubah secara istiqamah.

Aku memang tak mampu berkorban harta mahupun nyawa. Tapi, aku boleh usahakan benda lain. Buat pengorbanan daripada segi perangai. Ubah dan sentiasa ubah menjadi terbaik. Aku tahu ramai yang sentiasa buat perubahan, tapi tak semua berjaya sepenuhnya. Paling malang, ada yang langsung tak nak berubah. Takkanlah sampai tua dan mati kelak masih statik perangai lama / buruk tu je kot? Ishhh.

Kalau dulu solat tinggal-tinggal, maka belajarlah mulakan bersolat. Kalau dulu solat tak cukup 5, maka belajar untuk genapkan 5, kalau dulu solat waktu lengah-lengah, sekarang belajar segerakan solat, kalau dulu sekadar semata solat 5 waktu, sekarang lebihkan perkara sunat dalam solat, kalau dulu sorang sorang-sorang kat rumah, sekarang wajibkan diri solat berjemaah. Itukan contoh pengorbanan yang patut dibuat semua orang. Wajib! Tak terkecuali. Tapi kenapa ramai tak nak buat. Pengorbanan ni rasanya sekecil-kecil pergorbanan yang aku kira.

Aku akui aku memang jarang solat berjemaah. Biasanya selepas dengar ceramah kat surau ofis aku semasa lunch hour, dan kalau aku singgah di masjid untuk bersolat. Tak pun solat sunat aidilfitiri, aidiladha dan solat sunat terawih. Lepas ni aku kenalah berubah lebih drastik supaya kerap ke masjid. Aku kena buat. Kena mulakan perubahan. Aku memang tak mampu ubah orang, tapi aku mampu ubah diri aku. Aku ada kehendak untuk berubah, tapi aku tahu, aku takde kekuatan, aku tahu Allah akan bantu aku atas nawaitu aku yang murni ini.

Aku teringat 3 kisah. Berkait soal pengorbanan yang mungkin berkaitan. 1 kisah aku tengok drama kat TV. Seorang isteri sanggup korbankan suaminya, maksudnya di sini dia paksa suaminya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dia dapat imbuhan 1 juta kerana sanggup bermadu. Aku memang tak pernah jumpa kes macam ni, tak tahulah kot aku ni ketinggalan zaman. Besar sungguh 'pengorbanan' dia kan?

Kes kedua, pengalaman seorang kawan aku. Dia kata suami dia sayangkan sangat kereta, kalau dia calarkan kereta, sure boleh bawa kepada pergaduhan. Untuk sedapkan hati, aku cakap, semua lelaki sama je kak, tapi yang penting akak kena bersyukur kerana tak semua suami sanggup solat Subuh berjemaah kat masjid seperti suami akak. Dan dia tersenyum lebar tanda kesyukuran. Dia berkorban abaikan kelemahan sang suami. Baguskan.

Kes ke 3. Kawan aku dan suaminya bergaduh soal nak balik kampung siapa. Kes ini aku rasa tipikal. Kawan aku menangis sampai bengkak mata dan mengadu pada aku. Dia cakap aidiladha ini turn kampung dia. Tapi suaminya berkeras nak pulang ke kampungnya. Sudahnya, mereka bergaduh besar, dan sesi ungkit mengungkit bermula. Kes makin besar dan parah bila masing-masing enggan mengalah. Aku cakap buang rasa sakit hati tu. Mengalahlah sempena hari raya korban ni. Berkorbanlah. Dia masih enggan mengalah. Dia cakap sakit hati yang maksima. Untuk sejukkan hati dia, aku cakap semua rasa negatif dia pada husband dia tu datangnya daripada syaitan. Syaitan yang cucuk dia supaya berterusan rasa marah dan sakit hati serta berdendam dengan suami. Selebihnya, tak ada apa pun. Dia membalas, logik juga ya. Mungkin ni pengorbanan dia buat suami. Semua ada hikmahnya.

Aku? Ada juga pengorbanan yang aku lakukan tahun ni. Dan aku tersenyum simpul. Kadang-kadang, senyum sorang-sorang. Alhamdulillah.

Isnin, 15 November 2010

Hutan Dunia

8hb ZulHijjah. Selamat berpuasa hari arafah kepada sesiapa yang berpuasa. Aku berpuasa esok, harap sangat tiada aral melintang. Aku penat hari ini, ingat nak puasa juga, tapi semalam punya penat belum hilang. Dah lama aku tak masuk hutan dan travel jauh-jauh, naik 4wd pula tu. Memang terasa lesu sangat badan ni.

Gembira sangat trip aku semalam. Ikut trip 4wd ke air terjun jerangkang. Pertama, kerana aku dah lama mengidam nak ke sana, dan akhirnya impian ke sana termakbul. Terima kasih Ya Allah kabulkan permintaan aku yang seperti rezeki datang bergolek yang tak disangka. Kedua, pergi pula dengan team favourite, maka hati aku girang jadinya. Kawan aku pernah kata, ke mana sahaja kita pergi sebenarnya tak penting, tapi, pergi dengan siapa tu yang paling penting. Itu yang akan membuatkan trip kita rasa terisi dan gembira sangat.

Kata-kata itu yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Ada benarnya, tak boleh disangkal, kerana sebelum ini ada juga trip impian aku, tapi aku pergi dengan kenalan yang agaknya bukan kroni, so trip tu tak melekat sangat di hati. Jadi biasa-biasa je. Tapi, trip ni, walau sangat sederhana, tapi aku rasa sangat puas dan berbaloi.

Berbalik kepada trip jerangkang ini, aku sebenarnya tak tahu apa-apa pun pasal itenary trip 4wd ini. Tiba-tiba dipelawa oleh seorang hamba Allah, tak tahu pun organisernya adalah Pennzoil Malaysia, dan tak tahu pun ada sesi flag off di Shah Alam. Pendek kata, tak tahu apa-apa. Yang bestnya, dapat tshirt Pennzoil 2 helai, handkerchief, certificate, pen, sticker, minyak pennzoil, dapat test drive, dan trip ni adalah free. Sangat berbaloi. Terima kasih Pennzoil Malaysia. Semoga staffmu mendapat rahmat Allah S.W.T selamanya.

Yang aku tahu pasal trip ni, aku kena sampai ke tempat yang dijanjikan sebelum 3pm, sebab nak bergerak ke destinasi dalam jam 3pm. Tapi Allah Maha Kuasa, ada aral melintang dah berlaku, kereta 4wd breakdown, tunggang terbalik aku tengok sesama diaorang repair kereta. Nasib baik ok, sudahnya selepas Magrib barulah kitaorang bergerak. Sampai destinasi aku tak ingat jam berapa. Yang pasti, aku dah letih sangat, dahlah kat rumah, aku kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air, basuh baju, sidai kain baju, karpet dan toto, lap cermin dan sebagainya, ditambah dengan perjalanan lebih 3 jam, aku rasa tersangat letih.

Tapi, aku tak dapat lelapkan mata langsung di dalam kereta kerana aku duduk di seat belakang, agaknya aku rasa janggal sebab dah lama tak merasa 'air tangan' orang lain yang drive. Bila trek ikut jalan balak, lagilah rasa tak selesa, melambung-lambung je. Nasib badanlah kepada penumpang belakang seperti aku.

Kami adalah 4wd terakhir sampai di destinasi. Ada lebih 30 biji 4wd menanti. Kami memang dinantikan oleh peserta lain, sampai je aku memang target nak kuak lentang je, tapi aku rasa janggal yang kedua. Sebab dah lama tak masuk hutan, aku tak boleh nak lelapkan mata biarpun aku paksa pejam. Barangkali berubah tempat tidur. Tiba-tiba bau hutan menerjah nostalgia lama, di mana sebelum ni setiap minggu aku berkecimpung dalam aktiviti masuk hutan dan berkhemah di dalam hutan.

Trip ni aku rasa menarik sebab aktivitinya yang secara tak langsung memupuk semangat cintakan alam. Semua peserta keesokkan paginya selepas sesi ponco-ponco dikehendaki mengutip apa saja yang dilabelkan sebagai sampah termasuk sampah masyarakat ke dalam plastik beg besar yang disediakan satu setiap seorang.

Aku rasa senang hati, ikhlas dan rela hati walaupun ditugaskan mengutip sampah yang bersepah bertaburan menyemakkan mata setiap yang memandang di kawasan air terjun Jerangkang. Ni bukan kali pertama aku kutip sampah di dalam hutan, dan pastinya ni bukan kali terakhir. Aku pun nak menyumbangkan juga sesuatu untuk alam, tak mampu dari segi kewangan, dari segi kudrat aku rasa cukup memadai.

Sambil menyelam, sambil minum air kan. Selasai kutip sampah, aku ambil kesempatan berendam di dalam kolam. Rasa aman dan tenang. Dah lama aku tak mandi air sesegar ini. Dah lama aku rindukan hutan. Tapi aku dah malas nak mendaki gunung. Maka, mengikut trip 4wd ni adalah satu tindakan bijak untuk melepaskan rasa rindu terhadap hutan indah ini ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Aku terpesona. Aku betul-betul rasa bahagia.

Hutan yang indah ni buatkan aku teruja bangat. Berat hati nak pulang ke KL. Aku sengaja melengah-lengahkan masa semua peserta sebab aku tak ikhlas nak pulang KL sebenarnya. Percaya atau tidak, geng-geng aku sebanyak 4 biji 4wd adalah peserta terakhir tinggalkan hutan itu. Hehehe. Terfikir di benak aku, tu baru hutan, dah teruja tahap maksima, rindu tahap maksima. Kalau syurga? Agaknya macam mana perasaan aku agaknya ya? Tak terjangkau dek fikiran aku.

Betapa kerdilnya aku nikan. Sepanjang perjalanan pulang, mulut aku tak berhenti mengucapkan syukur pada Allah kerana masih memberikan aku nikmat menyedut udara segar di hutan dunia yang sangat indah ini.

Khamis, 11 November 2010

Kata-kata yang membuatkan jiwa aku menjadi walang sewalang walangnya

Sekarang agama hanya diamalkan apabila ada kelahiran, kematian dan perayaan dan selain dari itu agama diketepikan kerana tidak releven dengan kehidupan yang penuh dengan tata hidup yang menyimpang dari kehidupan beragama.

Kata-kata di atas dipetik daripada blog seorang hamba Allah. Aku sekarang kalau rasa mengantuk, mulalah jari gatal mengklik lebai google cari maklumat. Biasanya kalau aku cari maklumat tentang ugama, mata aku pastu cerah dan tercengang serta terbelalak pun ada kadang-kadang. Mengantuk hilang secara automatik. Cerah mata sebab info tersebut biasanya terkena batang hidung sendiri yang tak pernah mancung walaupun pernah buat operation nak mancungkan hidung (aku ada buat operation hidung sebab resdung tahun lepas)

Cerah mata lagi sebab banyak input yang aku dapat tu membuatkan kadang-kadang berbulan-bulan aku asyik memikirkan info tersebut. Ada yang kadang-kadang bawa sampai mimpi pun ada. Bayangkang betapa kuatnya pengaruh daripada google ni. Tak boleh lelap mata pun ada dok kenang dan kenang info yang dibaca di google.

Tercengang sebab kadang-kadang input yang aku dapat tu rupanya sebenarnya kadang-kadang rahsia yang aku cari selama ni. Rahsia dalam rahsia yang beriya sangat aku cari dan baru kini aku jumpa. Dan aku realize ianya bukan rahsia pun, aku je yang tak perasan dan pernah sedar dan paham selama ini. Terbelalak biji mata lagi sebab input yang sama aku dapat tu dah lama aku perolehi dulu bertahun-bertahun sudah, tapi kini baru aku paham dan mengerti. Betul kata guru aku, kadang-kadang sesuatu perkara tentang ugama ambil masa yang lama baru paham, dan mungkin dulu kita paham lain dan sekarang kita nampak lain, walhal daripada input yang sama, cuma situasi saja berubah.

Biarpun ada yang kata google info time kerja, kerja jadi tak berkat, aku buat juga, sebab aku memang tak ada kemudahan internet di rumah, aku memang tak mampu buat masa ni nak apply broadband. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Hamka dalam blognya mengatakan bahawa ofismate dia larang dia baca al Quran di ofis sebab salah mencuri masa kerja baca al Quran, tapi bila dia letakkan al Quran dan baca suratkhabar, ofismate dia tak kata apa pun sebab itu nampak normal. Kenapa nampak normal? Sebab ramai yang buat perkara tersebut. Ahakssss

Maka, aku harap niat tidak menghalalkan cara di mana aku akses internet semasa ofis hour ni untuk mencari maklumat ugama yang sentiasa aku dahagakan diampunkan Allah S.W.T. Siapa tak takut kalau kerja tak berkat oi, aku dengar pun menggigil. Aku harap aku mampu pakai broadband selepas ni rumah, tak lama dah, tahun depan aku akan pakai. Insyaallah, semoga Allah permudahkan urusan aku.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku tak boleh nak fokus bila aku terbaca ayat yang perenggan yang pertama di atas tadi. Semua rasa ada, sedih, dukacita, walang, sebak, air mata pun nak bergenang. Aku memang sangat-sangat emosional sekarang. Kenapa? Memang aku period. Tapi, aku tak tahu nak buat apa untuk ubah statement tersebut.  Aku sangat jahil untuk bertindak. Apa patut aku buat?

Aku sangat jahil untuk berdakwah. Apa yang aku boleh buat, berdakwah terhadap diri sendiri dulu. Itu sahaja yang mampu aku buat secara istiqamah dan konsisten. Aku cuba sekerap mungkin ke surau dengar ceramah ugama walaupaun aku sedang period. Bagusnya ofis aku, setiap kali lunch hour, ada ceramah ugama, daripada ustaz-ustaz yang berbeza, kemudian solat jemaah together gether. Ahaksss

Setiap kali kat tempat duduk aku, aku pasang al Quran online, selama 8 jam kat ofis, selama itulah aku pasang al Quran online. Aku cuba ikut perlahan-lahan, tapi surah yassin je mampu aku hafal sekarang. Yang lain pelan-pelan kayuh. Semoga Allah permudahkan urusan aku hafal al Quran. Kenapa aku pasang? Sebab kat umah aku tak de masa nak dengar kalimah agung ni, sebab aku sibuk dengan urusan duniawi, so kat ofis, sambil buat kerja, aku dengar online al Quran. Bertujuan untuk makanan jiwa dan hati aku juga. Aku sentiasa cuba nak jaga telinga, mata, mulut dan hati aku sebaik mungkin, sebab tu aku pasang online al Quran setiap hari, sejak aku pindah ke department ni april yang lalu. Walaupun tak kuat, sekadar orang sebelah bolehlah dengar, aku dicop ustazah. Lantaklah. Janji Allah tahu apa yang aku niat.

Sesungguhnya, aku sangat takut generasi akan datang. Aku akan menempuh alam perkahwinan suatu hari nanti, macam mana aku nak didik anak-anak kalau aku sendiri sangat jahil. Dalam keterpaksaan, aku bersetuju dengan statement di atas walaupun ianya sangat berat. Bantulah aku Ya Allah daripada segi idea, kudrat dan kemampuan, harta atau segalanya untuk aku mengubah statement di atas. Aku tak suka statement tu biarpun statement tersebut sangatlah TEPAT sebenarnya. Huwaaaaaa, air mata dah meleleh pun.

Idola Tersayang

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang

pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Semulia-mulia insan di dunia...

untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan

pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

KITA SEMUA NI BOLEH KE CINTAKAN RASULLULLAH S.A.W SEHINGGA KE TAHAP TERSEBUT?

Solat Dhuha - dah tahukan, so kena amalkan

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Rabu, 10 November 2010

Warkah buat manusia daripada syaitan

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ke tempat tidurmu. Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya. Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa aku menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 30 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Skim Cepat Kaya? Tak perlu lagi

3hb ZulHijjah. Sepanjang aku mendengar ceramah yang tak sebanyak mana pun, dan hasil kajian ciput dan pembacaan secara tak langsung, aku ada buat list tentang rezeki yang Allah akan buka daripada mana-mana pintu rezeki yang tak disangka-sangka untuk hambaNya. Memandangkan aku yang teringin sangat nak bebas daripada beban hutang (tu goal setting aku, sangat duniawikan?), dan sekarang isu tentang skim cepat kaya begitu berleluasa, aku nak kongsi petua-petua berikut di bawah.

Allah akan memberi rezeki daripada mana-mana pintu rezeki sekiranya kita sering buat beberapa panduan di bawah secara konsisten dan istiqamah :-)

1) Berdoa dan sedekah al Fatihah - jangan pernah putus dalam mendoakan kedua orang tua kita samada masih hidup atau dah meninggal. Aku selalu perasan Datok Fadzilah Kamsah sering menekankan benda alah ni dalam ceramah motivasi beliau. Beliau selalu pesan dan pesan jangan lupa berdoa atau sedekahkan al Fatihah kepada kedua orang tua yang masih hidup atau dah meninggal di mana Allah akan memberi rezeki yang tak putus-putus kepada kita. Biasanya kita akan berdoa setiap kali solat 5 waktu, tapi pada kaum wanita yang datang bulan, barangkali terlupa nak berdoa bila tak solatkan, maka, lepas ni, jangan lupa berdoa setiap kali bangun tidur atau sebelum tidur. Cubalah, nantikan imbuhannya.

2) Sering berselawat - Aku ada masukkan entry kelebihan berselawat dalam entry sebelum ni. Jadikan selawat sebati dengan diri, bangun tidur selawat, sebelum tidur selawat, nak keluar rumah selawat, sapu sampah selawat, basuh kain selawat, cuci sayur selawat, semasa drive berselawat, tak perlu kuat, cukuplah di dalam hati. Itu contoh yang aku beri, sebab kita ni sentiasa busy di ofis, di rumah, tak ada masa nak duduk atas sejadah lama-lama, so, semasa buat kerja-kerja harian boleh juga berselawat. Sambil tulis blog pun boleh berselawatkan. Selawat memang murah rezeki!

3) Selalu bersyukur - Tak kiralah tengah sedih ke dukacita ke, gembira ke girang ke, pastikan sentiasa ucap alhamdulillah tanda kesyukuran. Allah dah janjikan, setiap kali bersyukur, Dia akan tambah lagi rezeki, Dia akan permudahkan lagi segala urusan. Selesai satu-satu kerja, cakap alhamdulillah. Mulalah amalkannya secara segera.

4) Solat sunat dhuha - Yang ini rasanya tak perlu aku jelaskan lagi, kerana solat sunat ini sangat banyak fadhilatnya.

5) Solat Subuh berjemaah - Sekiranya seseorang itu sering mengamalkannya, solat subuh berjemaah, Allah akan memurahkan rezeki. Info ini aku dapat di internet, dan kajian yang aku lakukan perkara ini sangat benar dan terbukti. Rezeki memang murah. Tapi sayang, tak ramai mampu lakukannya.

6) berdoa - Berdoalah untuk sentiasa murah rezeki. Allah suka jika hambaNya sering meminta. Kalau manusia ye, tak sukakan kalau kita asyik meminta itu ini. Allah tidak begitu, lagi kita meminta dan mengadu padaNya, lagi Dia suka. Seringlah berdoa tanpa jemu. Banyak doa yang boleh diamalkan, antaranya :-)

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita,
  Aku berlindung kepadaMu daripada sifat lemah dan malas,
    Dan aku berlindung kepadaMu Ya Allah, daripada sifat penakut dan bakhil,
      Dan aku berlindung kepadaMu Ya Allah, daripada beban hutan dan tekanan perasaan (oleh orang lain)

Kalau anda perasan, doa di atas sebenarnya sudah sangat-sangat lengkap dalam kehidupan sejagat. Jika diamalkan, insyaallah, ganjaran pasti ada.

Walaubagaimanapun, selain apa yang aku listkan di atas, usaha perlu seiring. Manusia mana yang tidak pernah gagal? Tapi manusia yang berjaya bila dia tidak pernah putus semangat juang. Dan manusia yang bijaksana adalah melakukan apa yang orang lain tidak lakukan sebenarnya.

Di bawah ini juga aku pastekan artikel pilihan yang aku rasa bersesuaian dengan topik aku kali ini.

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM


( updated pada 10 April 2007 berwarna ungu )

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.





2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.



* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

• 1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

• 2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

• 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"

• 4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.

• 5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)