Sejak pagi subuh hujan dah lebat menggila. Aku redah hujan sambil bawa kereta dalam suhu aircond yang paling minima. Setiap kali hujan, setiap kali itulah akan berlakunya jem, akan berlakunya eksiden dan akan tumbuhlah lubang baru di laluan aku ke ofis sepanjang hari.
3 perkara ini memang kadang-kadang mencabar minda aku untuk ke ofis. Dan kadang-kadang hanya kerana 3 perkara ini aku mendapat dosa kering. Sumpah seranah jem yang sangat teruk, sumpah seranah kereta yang berlanggar bontot yang langsung tak nak ketepi bagi laluan pada kenderaan lain, sumpah seranah kerana menyebabkan spot rim kereta aku bengkok akibat munculnya lubang baru, yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Setiap kali hujan aku kena berhati-hati dengan lubang baru yang tiba-tiba wujud, walhal selama ni aku dah hafal kat mana lubang, kat mana keadaan jalan yang teruk.
Aku nak salahkan siapa mengenai jalan yang berlubang ini? Malaslah aku nak salahkan sesiapa. Banyak pihak berwajib sepatutnya memantau perkara ini. Kayalah tokey kedai aligment dan spot rim. Aku gak yang tak kaya-kaya. Hahaha.
Tiba di ofis tepat jam 8am, aku cepat-cepat ke pantry untuk bersarapan bekal yang dibawa. Lauk semalam. Sejak aku kahwin, belum pernah miss lagi aku bawa bekal, semuanya lauk semalam yang aku panaskan. Suami aku bukan jenis kaki makan, samalah dengan aku, cuma yang membezakan suami aku sekeping dan aku tak pernah jadi sekeping. Suami aku pernah cakap 2-3 tahun lepas pada aku, katanya kalau dia ikut stail aku makan tentu sekali dia lebih sekeping daripada sekarang, yang peliknya, aku tak pernah pula kurus, tak pernah pula sekeping, walhal nasi yang aku makan ciput aje. Lebih sikit kuantitinya daripada suami aku makan selama ini, dan aku tak pernah makan bertambah seumur hidup aku.
Entahlah, barangkali metabolisma aku rendah, sebab tu aku tak pernah kurus walaupun aku bukan jenis kaki makan. Paling kurus aku pernah cecah adalah 44 kilogram. Tu kira paling kurus pernah aku rasa. Mungkin aku ni jenis tak gemar makan nasi dalam kuantiti yang banyak tapi aku jenis suka meratah. Agaknya sebab tulah kot kan aku tak pernah sekeping.
Kembali kat tempat duduk ada panggilan telefon dari seorang rakan lama aku. Tapi, bos lama aku turut sama menyibuk nak bercakap dengan aku. Soalan cepumas daripada beliau pagi ini betul-betul buatkan aku ketawa besar. Nak tahu apa soalannya? Dah ada isi ke?
Agak-agaklah bos, aku jawab sambil meneruskan sisa ketawa besar. Aku bukannya Kris Dayanti yang dah hamil 4 bulan walhal belum sebulan menikah. Hahahaha.
Perut dah kenyang. Sesi memulakan tugas rutin yang tak pernah habis.
Sibuk macam mana pun jangan lupa berdoa, beristighfar dan berzikir dan membaca al quran. Bekalan ke ofis biarlah seiring dengan bekalan kat akhirat. Boleh gitu?
4 ulasan:
masalah jln berlubang nih mmg selalu jadik kat mesia nih. paling pelik, hari nih berlubang, esok tampal, lusa dah berlubang balik. tempat yg sama lak tuh .. camno tuh? ^_^
mama cyda : a;ahh, tu pun betul gak, lokasi yg sama gak berlaku lubang tu :-)
salam,
lama tak singggah sini,
hari ni cuti takdelah pening dgn jem, kan
tak pernah makan bertambah seumur hidup? kagumnya akak dengar sbbnya akak tak pernah lagi makan tak bertambah setakat ni, mesti nak tambah je...harap2 blh ikutlah pulak lepas ni
norsha : jem jugak, huwaaaaaaaaaa di spjg plus highway utara menuju kl, sy balik kg :-) huwaaaa
tak pernah, sbb puncanya kalau sy mkn berlebihan, sy akan loya dan kemudian muntah, maka sy akan hadkan qty :-)
Catat Ulasan