Aku selalu juga terima dan baca email daripada yahoo groups. Antara yahoo groups yang popular adalah seperti penawarku dan SIM. Banyak info yang aku dapat dalam yahoo groups sebegini yang kadang-kadang selama ni aku rasa aku tak pernah terfikir atau tak pernah tahu. Secara tak langsung, yahoo groups sebegini membantu aku keluar dari kepompong 'katak di bawah tempurung'.
Aku tak nafikan, kadangkala yahoo groups dijadikan tempat luahan rasa ahlinya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan persekitaran serta profesion yang berbeza. Maka, berlakulah sesi hentam menghentam mengikut pehahaman masing-masing. Ada yang berdebat menggunakan fakta yang jelas, malangnya ada yang menaip sesedap rasa. Janji hati puas. Janji dapat membidas point ahli berkenaan.
Pada asalnya, aku melihat ini daripada sudut yang positif. Biasalah akukan, nak juga melihat daripada kacamata yang positif. Malangnya, apabila sesi menghentam berlarutan ke tahap yang kritikal seperti menggunakan perkataan yang tidak enak di dengar, maka aku rasa perdebatan melalui paltform ini tidak patut diteruskan. Moderator patut memainkan peranan sewajarnya.
Biasanya 2 isu yang sangat sensitif dan membuatkan ramai yang panas hati ialah apabila melibatkan 2 poli, iaitu politik dan poligami. 2 isu ni sentiasa jadi perdebatan dalam budaya yahoo groups. Sewajarnya yahoo groups dijadikan medan untuk bertukar pandangan, sesuai dengan slogan 'sharing is caring' tapi, malangnya di salahgunakan.
Mereka memang bijak menyusun ayat, pandai mencari hujah dan point yang bernas, apatah yang ada title Dr dan professor tapi pada aku, cara ini tetap tidak sihat. Apatah lagi point tersebut menyinggung perasaan orang lain, ahli lain. Ada juga yang cuba m,negakkan benang yang basah, lagilah tidak sihat. Kekecohan yang berlaku di dalam yahoo groups akhirnya berlarutan dan sesi menghentam berlaku di luar yahoo groups. Sangat menyedihkan. Dan situasi sebegini merimaskan aku.
Aku teringat tragedi kawan aku yang memperjuangkan parti politiknya di dalam YM mahupun FB. Dia gagal gunakan YM untuk psikologi aku, dia serang aku di dalam FB. Pada peringkat awal memang aku melayan kawan aku tadi biarpun aku nampak dia hanya menggunakan pendekatan mulut sahaja tanpa menggunakan pelaksanaan yang sewajarnya. Aku pun boleh buat, sekadar nak bercakap siapa pun boleh. Tak perlukan modal ye tak?
Yang penting pada aku adalah pelaksanaan, tapi kawan aku tadi bising apabila aku cuba menekankan soal sunnah yang wajib kita ikut dan tentang solat berjemaah. Kawan aku dengan lantangnya bertanyakan siapa yang cakap sunnah nabi itu wajib? Siapa yang cakap solat jemaah itu wajib. Aku sangatlah sedih. Konon memperjuangkan parti Islam, tapi sanggup keluarkan statement sebegitu (aku tak kata semua teruk, maafkan aku)
Maka tindakan paling bijak ialah dengan block kawan aku daripada FB. Bukan niat nak putuskan sahabat, kalau nak berhubung aku masih boleh guna hp untuk hubungi dia. Tapi, aku malas nak berdebat. Berdebat tentang perkara baik pun Allah murka. Maka, better aku undur diri. Ini tindakan yang paling bijak buat masa ini. Kalau dia rasa dia menang, biarkan. Cuma aku kecewa dia hanya fanatik tentang politik, malangnya tiada perlaksaaan dan tindakan yang lebih wajib untuk dilakukan.
Sebelum ini ceritanya ada di sini
P/S : Aku dikatakan kafir sebab tak sokong politiknya. Aku dikatakan tidak bertindak. Pada aku, lebih afdal aku muhasabah diri dan dekatkan diri dengan Islam, itu lebih afdal. Aku manusia jahil masih terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan orang lain yang aku dah rasa perfect mengikut acuan Islam. Aku perlu terus berusaha menambahkan iman, aku perlu berjuang melawan nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa cuba hasut aku apabila nak mempertingkatkan ibadah. Aku perlu lawan nafsu dan syaitan terlebih dahulu.

2 ulasan:
Cuba join Respeks Group pulak.
azwan : baik :-)
Catat Ulasan