1) Aku sangat cemburu apabila ada di kalangan kawan-kawan aku dengan bangga memberitahu mereka dah berjaya lunaskan pembayaran ansuran kereta dan rumah mereka. Sungguh, aku cemburu secara positif, tapi aku langsung tak cemburu apabila ada kawan-kawan yang menayangkan kereta baru mereka di hari raya. Sungguh, aku tak cemburu sebabnya pada pendapat peribadi aku orang yang kaya adalah orang yang bebas daripada beban dan komitmen hutang. (Kalau beli rumah baru tak apa jugak, sebab boleh jadikan investmentkan).
2) Aku sangat cemburu apabila ada di kalangan kawan-kawan perempuan aku hampir menamatkan puasa 6. Sungguh, aku rasa sangat cemburu kerana aku tak pernah berjaya mendahului mereka dalam perkara yang satu ini. Tapi, aku tak cemburu langsung apabila mereka belum berjaya habiskan puasa ganti. Ahakssss. Ni gelak nada dengki la ni. Takdelah. Sebenarnya puasa ganti boleh diganti selagi tak muncul Ramadhan yang seterusnyakan. Tapi janganlah bertangguh ya kawan-kawan.
3) Aku sangat cemburu apabila ada yang sambung belajar ke peringkat yang tertinggi. Sungguh, sambung belajar adalah impian aku yang belum tercapai kerana aku banyak sangat komitmen hutang. Tapi hilang cemburu aku apabila dah habis belajar pun mereka langsung tak nak berusaha langsaikan hutang PTPTN. Hutang tetap wajib dibayar, bukannya tak mampu, lebih daripada mampu sebenarnya.
ni catatan santai daripada aku.
ada sesiapa nak tambah?
ni catatan santai daripada aku.
ada sesiapa nak tambah?
2 ulasan:
boleh cemburu tapi pada perkara2 kebaikan sahaja. cth: cemburu bila tahu ada org blh bgn mlm bertahajjud setiap malam.......
norsha : memang cemburulah dgn org mcm tu :-)
Catat Ulasan