~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 21 September 2011

Kadar penggunaan gula

Berapa kerapkah korang membeli sepaket gula dalam setahun? Aku tahu tahap penggunaan gula di kalangan kita tak sama, seperti peniaga kedai makan pasti menggunakan dalam kuantiti yang memang banyak. Begitu juga pada peniaga part time kek, biskut raya dll. Pada mereka, sepaket setahun adalah mustahil. Tapi tidak pada aku.

Aku pula hanya menggunakan gula dalam masakan. Selama aku duduk di rumah aku yang sekarang, aku hanya menggunakan sekampit gula untuk lebih satu tahun. Aku tak pasti pulak jangka hayat gula ni. Aku tak pernah menggunakan gula dalam minuman sebab aku memang sengaja elakkan minum selain air masak putih di rumah. Maka, kat sini aku dah berjimat dalam penggunaan gula. Air sejuk berais pun aku takkan minum di rumah.

Setelah aku berkahwin 5 bulan, akhirnya gula yang setahun lebih tu habis jua sebelum syawal hari tu. Nampak tak, betapa minimanya aku gunakan gula. Suami aku pula kebetulan sama macam aku, tak nak minum minuman selain air masak putih di rumah sebab alasan diberi dia dah minum air manis di luar atau di ofis, so dia minum air masak putih sahaja apabila di rumah. Dia tak nak jatuh sakit dengan asyik minum minuman yang bergula. So, akulah manusia paling gembira, sebab tak payah susah payah sediakan teh atau kopi padanya especially masa sahur. Hehehe. Suami aku hanya akan minum minuman seperti itu hanya sekiranya ada tetamu datang bertandang. Aku pun sama, hanya minum bila tetamu ada di rumah.

Maka, apa yang berlaku, sepanjang syawal ni, ramai jugak tetamu yang datang menziarahi kami termasuklah saudara mara dan kawan-kawan. Tahu tak, sepaket gula yang aku beli selepas hari raya ke3 tu terus habis minggu lepas. Sebab aku banyak sediakan minuman panas dan sejuk silih berganti pada tetamu yakni aku dah menggunakan gula.

Dan, aku tersenyum sorang-sorang semasa membeli gula beberapa hari lepas. Tahu tak kenapa aku senyum? Sebab aku sedang berkira-kira, agaknya entah bila pulak gula ni nak habis? Hahahahaa

aku tutup dengan tasbih kaffarah

4 ulasan:

RULZA berkata...

Huhu, setiap bulan kami guna sebungkus lebih gula yang 1 kg tu..untuk masak dan buat air teh o ..:) Kami jarang sangat makan luar..2-3 bulan belum tentu keluar..

kemudian guna gula buak kek coklat untuk Umar dan Ammar dalam 2 kali sebulan..

Huhu setahun WBH guna sepeket gula..bagus2 boleh kurangkan penyakit..tapi memang lom pernah jumpa lagi orang guna sepeket je setahun..hihi..boleh buat rekod ni..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hahahaha, masa setahun lebih tu sy sorang2, wpun guna dalam masakan, sikit je sy guna sbb sy masak sorang dan mkn sorang2, hahahhaa

bila dah bersuami pun sama, gula x penah guna dlm minuman hny dlm masakan, pastu pulak, sy tak pernah guna gula buat kek dll,

hahahahhaa

baguslah rulza buat kek utk anak2, sy pun nak kena belajar buat kek, lps ni sy dah tak boleh pecah rekodlah, hahahahahah

RULZA berkata...

Umar susah makan nasik..jadi bila dah suka makan kek yg saya buat tu, saya buatla untuk dia..nasib baik jugakla senang je kek kukus tu..nanti saya share kt blog..pas ni WBH boleh buat pulak..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : haaaa idea yg bernas, sy nak belajar, esok kalau ada anak, kalau cikgu suruh bawak makanan konsep pot luck kat taska atau sekolah boleh bawak kek :-)