~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 22 September 2011

Sepasang kurung biru

Hari ni ada majlis jamuan raya kat ofis aku. Staff digalakkan memakai berbaju raya, baju kurung atau kebaya atau jubah raya bagi muslimat dan baju melayu bagi muslimin. Pada muslimat, mungkin tak nampak kelainan, tapi pada muslimin mungkin nampak berbeza dengan pakaian baju Melayu.

Memandangkan aku memang tak ada baju raya pada tahun ni, aku pakailah baju raya aku tahun 2009. Baju ni memang aku jarang pakai sebab agak ala-ala pengantin jenis kainnya. Kalau aku pakai pun biasanya pergi majlis kahwin atau ada majlis kat hotel sahaja. Seganlah nak pakai baju ni kalau ke ofis, yelah, aku ni bukan jenis bergaya pun.

Sesungguhnya ramalanku benar belaka. Ramai yang sangka baju ni baju kahwin aku masa kenduri kat kampung suami. Dan ramai juga cakap baju aku ni baju tunang aku yang lepas. Semuanya salah aku cakap. Baju ni baju raya aku tahun 2009, beli kat tepi Jalan TAR sahaja, kiranya kes bidan terjun sebab baju raya aku pada tahun tersebut tak sempat siap. Kan baju kahwin aku kat kampung suami colornya hijau lumut. Ni color maroon maaa, aku sambung jawab.

Kemudian, ada juga suara-suara yang cakap, laaa, kau muat lagi ek baju tahun 2009, kalau aku, sure lah tak muat dah. Aku cakap muatlah. Masih muat. Sambung seorang rakan lain menyampuk, kalau korang nak tahu, dia ni baju zaman sekolah menengah pun dia masih boleh pakai. Haaa ye ke? Yelah aku jawab. Sayang aku nak buang, sebab kualitinya masih elok, cuma kalau tengok kainnya tu dah zaman pak kadoklah, tapi trend kain tu dah diguna pakaikan semula pada zaman sekarang.

Tujuan aku tulis entry ni bukan nak mendabik dada kononnya aku masih maintain kurus. Untuk pengetahuan, aku bukanlah kurus sekeping dan aku tidaklah berisi. Apa yang aku nak sampaikan, memang aku masih ada stok baju kurung lama-lama yang masih elok dipakai, dan masih nampak baru, sebab aku memang jarang pakai baju kurung selama ni kat luar, kecuali ada majlis kenduri kahwin atau kematian.

Kebanyakan koleksi stok baju kurung aku adalah sejak zaman sekolah dan awal tahun 2000. Selebihnya adalah tahun 2005 ke atas, tu pun boleh dihitung dengan jari. Jangan fikir aku tak gemar berbaju tradisional ya, aku sangatlah selesa memakainya. Tapi, aku hanya pakai baju kurung di ofis, dan apabila baju-baju masih elok dipakai, aku sayang nak buang. Sebenarnya dah banyak jugak stok baju aku disedekahkan secara rawak pada yang memerlukan seperti kes tsunami suatu tika dulu. Tapi stok baju aku masih banyak, sebab tu sehingga kini aku jarang tempah baju kurung. Aku dah rasa membazir sangat kalau aku tambahkan koleksi baju sebab baju yang aku rotate sekarang 2 -3 bulan kemudian baru aku jumpa dan pakai semula. Nampak tak, betapa aku dah buat pembaziran kat sini. Ni zaman jahiliahlah ni, masa tu nak bergaya je nawaitunya. Ishhhhh

Maka, sekarang, dalam setahun boleh dibilang dengan jari kuantiti baju yang aku tempah. Bukan aku tak suka pakai, tapi aku dah tak nak membazir, banyak lagi baju aku yang masih elok untuk dipakai. Lagipun aku bukan pengikut setia trend kain daripada semasa ke semasa.

Baju zaman sekolah menengah memang masih ada, tapi cuma 2 pasang tu yang aku memang sayang nak buang, dan masih elok dipakai, cuma kalau perasan, pendek sikit kat lengan, tapi masih menutup aurat. Tapi saiz pinggang dan bahu tetap tak berubah.

Aku bersyukur sebab saiz badan aku tak banyak berubah, cuma pipi jelah kot sentiasa kembang.

So, kat sini, aku dah ambil langkah berjimat sebenarnya. Dan setiap baju sebenarnya ada nilai estetika tersendiri :-)

p/s : tajuk di atas adalah sempena lagu raya je :-)


6 ulasan:

kakcik berkata...

Baju lama kakcik dah banyak yang tak boleh dipakai lagi sebab tak muat. :(

RULZA berkata...

mak saya cakap kat saya bila tahun ni kami tak pakai baju baru masa raya "takpa orang bukan tau baju baru ka lama ka bila raya kat kampung" :)

cakap pasal trend saya pun bukan pengikut..kena kutuk juga..tapi takpala sebab saya tak minat..kalau ada duit beli tu pun beli yang paling berkenan...:)

betul-betul tambah2 kalau kita jimat cermat bukan saja baju tu ada estetika yang tersendiri malah ada nilai sentimental juga.:)

marinahunny berkata...

hahahaha akak pun ada baju yg 10 thn lps masih boleh pakai sbbnnye dulu2 pakai buat je baju ikut contoh mana ada. sudahnya baju sedikit besar. soskrg ni wlupun dh berisi skit tp masih blh pakai sbb baju tu besar..hahahaa

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : alah akak, akak dah beranak pinak, considerlah kan, sy ni kalau beranak pinak tahlah mcm mana, semua org ckp badan sy ni mudah kembang kalau x jaga badan
:-)

rulza : memang betul, tak ada sapa tau tu baju zaman bilakan :-)

sy pun penah kena kutuk jugak :-)

marina : hahahaha, langkah penjimatan yg efisyen :-)

~ yus ~ berkata...

saya pun masih muat pakai baju raya tahun kedua perkahwinan kami. Masih ada sampai sekrang, dan saya masih pakai lagi bila ke sesuatu majlis.

betul memang ada nila estika yang tinggi kan...

saya pun jarang beli kain ikut trend semasa, ...huhu

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : wahhhh maintain kurus wpun dah ada anak2 :-) kena kasi petua ni :-)