~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 5 September 2011

Yahudi dan Kristian lagikan bersatu...

Salam Syawal. Disebabkan kerja-kerja aku dah selesai, maka, hari ni sesi aku merayap ke blog-blog orang lain biarpun orang tersebut tak pernah menjadi follower aku. Aku tak kisah pun. Aku tak berkira pun. Sesetengah orang kalau kita tak jadi follower mereka, maka mereka pun tak nak dan takkan jadi follower kita. Sungguhkan.

Sekali lagi aku tekankan, aku tak kisah, memang tak kisah, kecik hati jauh sekali, selagi blog diaorang memberi aku input dan info baru yang berguna, aku tetap akan masuk membaca blog diaorang. Lagipun, siapa aku nak paksa orang baca blog aku yang terang lagi bersuluh memboringkan, ye tak? Yelah, blog yang hanya mengupas tentang isu yang sama, isu keagamaan. Tak kisahlah, aku tulis blog untuk diri sendiri, nota untuk diri sendiri, dan niat untuk sebarkan perkara baik pada orang sekeliling. Dengan harapan aku turut mendapat imbuhan pahala, sebab kat sana esok kita tetap kena jawab setiap patah perkataan yang kita tulis, sebut dan dengar. Maka, aku cuba elakkan tulis perkara yang menambahkan koleksi dosa aku. Lagipun, apa yang aku tulis, aku cuba realisasikan dalam kesungguhan dan keikhlasan.

Hari ni sahaja segala macam input yang masuk dalam kepala otak aku ni, tentang agama, politik dan sebagainya. Email dalam inbox aku yang cecah ribu riban pun turut aku tapis dan baca, maka semakin banyaklah bahan bacaan aku untuk hari ni. Bestlah sesekali dapat membaca macam ni, tak payah lepak di library macam dulu. Sumber bacaan aku dah terlampau banyak. Siap kena tapis lagi, sebab dah tak mampu nak memenuhi ruang kepala otak aku ni.

Oh ya, apa yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni ialah tentang sifat orang Melayu yang tak pernah habis bermusuhan semasa sendiri especially dalam dunia politiklah ni. Masing-masing berhujah, berbahas untuk mempertahankan parti politik masing-masing. Sanggup pula tu mengeluarkan perkataan yang kesat, perkataan yang terang lagi bersuluh menambahkan dosa dalam nak memperjuangkan parti politik masing-masing.

Aku pun tak paham mereka ni memperjuangkan politik atas sebab peribadi, agama atau bangsa? Sesungguhnya aku memang tak fahamlah. Aku yang tak pernah sokong mana-mana parti politik ni, jadi confuse sekejap. Aku sangkakan bila bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jiwa kita semua akan terdidik. Jiwa kita semua akan menjadi lebih bertakwa dan beriman kepada Allah dan baginda Rasullullah. Tapi, sebaliknya, jiwa jadi makin teruk rosaknya. Di mana perjuangan kita sepanjang bulan Ramadhan yang dah berlalu tu? Adakah bulan tersebut gagal menjadikan kita manusia bertakwa?

Aku tak kata aku ni berjaya menjadi manusia bertakwa. Aku tak kata aku ni berjaya menjadi manusia yang mampu menjaga iman di dada. Tapi, aku sentiasa cuba berusaha ke arah itu. Aku cubalah nak bersatu dengan semua parti politik yang korang perjuangkan itu, sebab aku tengok akhir zaman ni, Yahudi dan Kristian pun dah bersatu tau atas dasar nak menjatuhkan agama Islam, sedangkan sejarah tak pernah berbohong, iaitu Yahudi sendiri membunuh "nabi" orang Kristian sendiri. Orang Kristian sendiri tahu, mereka pun sedia maklum, tapi kenapa mereka bersatu? Kenapa? Sebab nak hancurkan umat Islam di muka bumi ni.

Itu pun kita masih alpa, masih leka, masih main-main. Kenapa kita tak nak bersatu? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaa???????? Bayangkan sekiranya seluruh umat Islam di muka bumi ni bersatu, alangkah kuatnya kita, tapi impian tu pada aku takkan tercapai selagi kita tak nak ubah mentaliti kita, takkan berjaya selagi  tak ubah mentaliti politikus kita. Marilah kita belajar bersatu, belajarlah daripada sejarah. Bersatu kita teguh, bercerai pasti roboh, sesiapa yang tak tahu peribahasa ni memanglah menyedihkan.

Aku cakap pada diri sendiri.