~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 5 September 2011

Kampung VS Bandar

Salam syawal yang mulia. Hari ni aku mula bekerja setelah 16 hari aku bercuti sakan. Kemeriahan beraya di kampung masih tergambar di fikiran aku. Walaupun beraya di kampung suami, tapi aku cukup rasa bahagia dan tenang kerana dapat akhirnya beraya di kampung. Aku memang jiwa kampung, maka aku memang suka bangatlah dapat beraya di kampung setelah sekian lama aku beraya di ibu kota. Beraya pula tanpa ayah dan ibu yang dah lama pergi, maka, raya aku setiap tahun tak pernahnya meriah, selalu sahaja berendam air mata.

Tapi, raya kali ni, banyak sungguh kelainannya. Aku ada keluarga baru, beraya bersama mentua dan ipar duai memang meriah, lagipun aku dah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Pada merekalah aku tumpahkan kasih sayang aku. Aku memang bahagia. Aku pun harap mereka menerima kehadiran aku seadanya.

Oh ya, aku selalu cakap pada suami aku, aku tak nak tua di KL. Aku nak tua di kampung, tak kisahlah kampung mana, janji suasana kampung tu wujud. Mungkin pilihan yang ada ialah kampung suami, aku tak kisahlah, janji aku tak nak tua di KL ni. Sebab sejak aku duduk sini, jiwa aku sentiasa memberontak, nampak sangat aku bukan jiwa anak bandar. Aku tetap tak nak selamanya di bandar, aku nak buat penghijrahan bila tiba masanya.

Ya, bila tiba masanya sirih akan pulang ke kampung, aku nak tua di kampung, aku tetap berjiwa kampung selamanya.

Sajalah aku melalut dalam blog ni, sebab 'nak panaskan enjin'. Aku masih blur-blur ni sebab dah lama sangat aku cuti, tak tahu nak mulakan tugasan yang mana satu dulu. Hehehe