~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 19 September 2011

Selamat mencuba ya

Salam Syawal. 3 hari cuti puas menghadiri open house. Bagus open house ni sebenarnya kan selain dapat mengeratkan silatulrahim sesama Islam, secara tak langsung dapat memberi aku idea nak masak apa kat rumah. Contohnya, seperti rumah kawan ofis aku menjamu aku dan suami Nasi Daging, Nasi Hujan Panas, walaupun menu ni tidak asing pada aku, tapi aku tak pernah mencubanya di rumah. Aku nak try masaklah menu ni. So, hari ni kawan-kawan aku kongsikan 2 resepi Nasi Daging. Biasanya aku takkan rujuk pada satu resepi, malah kadang-kadang, aku refer berpuluh-puluh resepi hanya untuk dish yang sama.

Selamat mencuba


(sumber google)


p/s : kawan aku pernah cakap, kalau kita masak dengan ikhlas, insyaallah sedap.

Nasi Daging Resepi pilihan pertama

bahan-bahan : 4 orang makan

bahan A :

3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)

250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)

2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)

2 helai daun pandan

80 ml susu cair

1 sudu makan puri tomato

2 helai daun limau purut

garam secukupnya

1 sudu kecil gula

1 sudu besar minyak sapi

bahan B :

5 biji bawang merah (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 inci halia (dikisar)

1 sudu kecil jintan manis

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)

1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.

Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.

Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)

Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)

Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.

Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Nasi Daging 2

Bahan-bahan ( 5 orang )


1 kilo beras Basmathi

1/2 kilo daging

1 bungkus rempah sup bunjut Adabi

1 sudu besar rempah kurma

1 inci halia

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Sedikit mentega/ minyak sapi

1/2 cawan tomato soup

1 cawan susu cair

sedikit garam

Cara-cara Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.

Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.

Basuh beras dan toskan.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.

Masukkan beras dan kacau sekejap.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.

Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

diana : hehehe, mmg satu pakej yg lengkap :-)