~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 8 September 2011

Tentang peti ais

Sejak balik beraya dari kampung suami, aku cuti memasak sehinggalah ke saat ini. Puncanya adalah kerana peti ais rumah aku rosak. Aku sangkakan peti ais tersebut hanya akan merajuk sekejap je sebab 12 hari aku tak ada kat rumahkan, tapi rupanya sehingga semalam rajuknya tak de kesudahan.

Peti ais ni aku beli masa zaman bujang, rasanya dah 5 tahun kot, takdelah mewah, murah je, satu pintu je, aku tak ada duit, walaupun cuma 1 pintu, dia tetap berjasa pada aku sehinggalah sekarang. Tapi, peti ais aku tu dah tak nak sejuk. Syukurlah sebelum bercuti aku dah clearkan stok bahan basah dalam peti ais iaitu segala ikan sayur dan daging. Cuma adalah saki baki sayur carrot dan sawi.

Aku tak tahu sejak bila dia gagal sejuk, tapi semua sayur aku dah mula membusuk dan berulat semasa aku tiba di KL. Sedihnya aku bukan sebab aku terpaksa buang semua sayur tadi, sedihnya sebab aku terpaksa cuci sekali lagi keseluruhan peti ais tu sebab peti ais tu dah berbau busuk dan berulat, penat tau, kenapa aku rasa penat, sebab aku baru je cuci peti ais tu sebelum aku pulang bercuti kat kampung. Rasa penat tu berganda sebab aku kena buat kerja yang sama 2x. Sangat membuang masa aku kan.

Tapi, aku dah tak de pilihan selain 'menyamak' peti ais tersebut sebab aku dan suami dah tak tahan aroma bau peti ais itu. Kemudiannya, semalam technician peti ais datang repair peti ais.Technician cakap termostat rosak, sebab tu dah tak sejuk. Aku tak tahu menatang apa termostat tu, ejaan pun aku tak pasti tepat atau salah, cuma aku bersyukur apabila technician tu cakap kalau compressor (juga tak tahu ejaan yang tepat) yang rosak, kosnya adalah sama dengan nilai harga peti ais yang baru.

Syukurlah aku tak payah beli peti ais baru dalam keadaan aku yang banyak komitmen hutang ni. Dahlah kami baru saja beli mesin basuh yang baru semasa hari raya ke 4, sebabnya mesin basuh aku yang dah berusia 9 tahun tu dah 'padam' masa bulan puasa. Innalillah. Maka, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Selagi boleh, aku dan suami, tak naklah menambahkan koleksi hutang, daripada tambah hutang, betterlah lebihkan bersedekah, ye tak? Memanglah mesin basuh tu suami aku prefer beli cash, kalau aku, aku cakap terus terang, aku tak mampu.

Oh, ya, kembali ke asal. Aku yang jahil pasal peti ais tanpa bersalah bertanya, menatang termostat ni kena tukar tiap-tiap tahun ke misalnya macam timing belt kereta aku ni kena tukar setiap 100 ribu kilometer? Technician tu dah tersenyum ala-ala tak ikhlas dengan kebodohan soalan aku (aku rasa je). Tapi, dia cuba jawab berhemah, dia cakap tak adalah puan, berdasarkan pendapat saya, puan berkongsi  main plug peti ais dan plug microwave, ni akan menyebabkan salah satunya rosak. Pada hemat saya lagi, microwave ni panas, peti ais ni sejuk, ianya berlawanan, maka kebarangkalian salah satu akan rosak adalah tinggi apabila penggunaan plug adalah secara serentak.

Ohhh begitu, aku angguk tanda puas hati dengan keterangannya. Ahaksss, nampak sangat aku tak peka benda-benda ni, dan seperti disarankan, aku segera asingkan penggunaan plug tersebut kerana ianya akan meminimakan kerosakan peralatan dapur aku itu. Dan sesungguhnya, ni satu info yang baru pada aku yang jahil. Mungkin korang kat luar dah sedia maklum, napa korang tak bagitau aku? Ahaksss.

Kosnya lebih rm200, termostat itu sahaja bernilai rm180. Walaupun peti ais tu aku beli masa zaman pak kadok, tapi boleh tahan juga termostat punya kos ya. Aku tanya lagi technician itu, peti ais macam saya ni orang pakai lagi ke? Technician ketawa, masih ramai yang pakai. Aku rasa dia nak ambil hati aku kot. Mana ada dah rumah orang lain pakai peti ais 1 pintu macam aku. Jiran sebelah rumah aku pun pakai yang paling besar tu, yang 2 pintu tu, kalau masuk 5 orang pun masih da banyak ruang kosong dalamnya.

p/s : memandangkan aku tak ajar suami aku makan kat luar, maka, apa yang berlaku, suami aku dah rasa tak best sebab kena makan kat luar, samada tapau atau makan kat kedai. Sebab alasan aku, aku tak tahu nak taruh bahan mentah kat mana, takut busuk, lagipun aku tak reti nak beli dalam quantity yang sedikit, hahahaha. Alasanlah tu

tak apa, malam ni aku start masak ye sayang, tunggu....

hahaha, nanti aku leh 'mandrem' lagi dalam masakan. Ngeh ngeh ngeh.



2 ulasan:

RULZA berkata...

WBH boleh geng dengan mak saya..dia pun masih pakai peti ais satu pintu..samalah alasannya pakai selagi boleh..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hehehehe :-)