~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 8 September 2011

Bunga kesukaan suami aku


Bila aku buka email, aku dapat satu koleksi gambar Lavender ni. Lantas teringat pada suami aku. Sebab bunga ni bunga kesukaan suami aku. Aku takdelah fanatik bunga ni sebagaimana suami aku fanatik padanya, kalau boleh nak cari perfume pun kena ada bau lavender. Car freshner pun nak lavender jugak. shower gel pun nak ada bauan lavender jugak. Pendek kata, selagi boleh nak semua disekelilingnya kot ada bauan lavender. Dalam rumah pun nak berbau lavender. Aku pula jenis tak kisah bau apa pun, janji wangi je, hahaha. Sebab aku bukan jenis setia pada wangian, janji wangi, aku guna pakai je.

Oh ya, sebut pasal bunga, aku lebih sukakan orkid dan ros. Apakah bunga kesukaan korang dan suami korang pula?

p/s : tak semua lelaki suka pada bungakan, ada juga lelaki hanya suka pada 'kumbang' je.

4 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik juga menyukai keharuman lavender. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

wahhh, akak boleh geng dgn suami sy ni :-)

Norsha berkata...

ish, bahaya tu, kalau cuma sukakan kumbang....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : hehehe :-)