~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 6 September 2011

Aku tak pandai....

Hari ni hampir 99% staff di ofis aku mula bekerja kembali setelah seminggu bercuti sakan. Semalam ofis aku seakan diserang garuda, agak lengang dan sunyi, tapi hari ni dah kembali normal, hiruk piruk dan bising dengan sesi bercerita pengalaman masing-masing di hari raya. Sambil mulut penuh dengan biskut raya. Kata orang jawa, dont talk while your mouth is full! Ahaksss.

Sebelum aku nak meneruskan sesi luahan perasaan, aku minta maaf siap-siap sekiranya entry ni berbaur lucah. Walaupun aku langsung tak join sesi berborak berjemaah di tempat kawan-kawan aku tadi, aku tetap turut terkena tempias. Maklumlah aku bercuti 2 minggu lamanya, maka, apabila lama tidak bersua dengan mereka, aku turut di sapa dengan soalan-soalan cepumas, seperti yang aku tulis dalam entry sini.

Dalam banyak-banyak soalan, soalan paling popular dan sentiasa memanaskan hati perut aku adalah soalan nombor 10. Hampir setiap orang yang aku jumpa hari ni tanya soalan yang sama, baik lelaki mahu pun perempuan.

Dulu, jawapan bagi persoalan mereka adalah belum ada rezeki lagi. Tu jawapan paling skemalah yang aku pernah beri. Aku jawab senyum-senyum kontrol ayulah konon. Tapi memandangkan soalan yang sama kerap di tanya oleh mereka tanpa jemu dan tanpa rasa bersalah, lama-lama aku mengubah jawapan aku kepada berbagai jawapan antaranya ialah :-)

- Entah, belum lagi, doakanlah (paling-paling kerap aku bagi jawapan nilah)

- Belum pregnant lagi, nak pregnant berjemaah dengan twin saya kot, hehehe (diaorang tahu aku ada adik kembar)

- Belum, nak pregnant berjemaah dengan koranglah (aku dah mula jawab secara spontan), walaupun yang bertanya adalah seorang lelaki. Ahaksss

- Belum, tapi sekali pregnant terus kembar lah ni kot, ahaksssss (dah mula jawab dalam nada sedih dan frust sebenarnya)

dan jawapan terbaru yang aku bagi pagi tadi membuatkan diaorang semua ketawa berdekah-dekah riuh satu ofis iaitu... BELUM... AKU TAK PANDAILAH (sambil buat muka seposen)

Dalam saki baki ketawa berdekah ada juga suara-suara nakal yang jawab, meh sini aku nak ajarkan kasi pandai. Hahaha. Siot!

Maaflah entry ni entry mengada, aku saja nak luahkan kat sini untuk hilangkan rasa frust sebab belum pregnant. Apa sahaja berlaku atas izin Allah. Kan kan kan, jangan putus asa dalam berdoakan kan kan! Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan kan kan!

Sesi pujuk diri sendiri entah kali yang keberapa

Aku tetap positif. Jangan bimbang.

Aku nak jadi hambaNya yang bersyukur

4 ulasan:

fuad ansari berkata...

(",).. ada jugak jawapan macam tu ye.. tak pandai tang mana pun tak tau lah tu kan.. (",)

moral of da story: pandai macam mana pun, segalanya bergantung kepada keizinan dan kehendak Allah, kan... (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fuad : jawapan tersebut mgkn atas dasar kebengangan pun ada,atas dasar nak buat lawak pun ada, maaflah atas jawapan itu ya :-)

Pakcik Botak berkata...

meh kita geng 2 org.. jgn layan soalan2 tu..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

pakcik botak : hahahaha, meh meh meh!