~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 14 September 2011

Antibodi aku lemah

Hari ahad saudara aku datang rumah seperti yang aku tulis di sini. Konon-konon open house, tapi sebenarnya konsep pot luck. Jadilahkan, aku bukannya terer masak, saudara aku yang datang ni semuanya tokey restoran, masing-masing ada restoran sendiri, so aku jadi malulah kalau aku masak tak sedapkan. So konsep pot luck adalah satu penyelesaian terbaik sebab kami boleh bertukar juadah.

Asalnya aku nak try buat roti jala seperti disarankan oleh salah seorang kenalan blog, tapi tak kesampaian sebab aku tak sempat nak beli barang untuk memasak roti dan kuahnya, sebabnya aku tiba di rumah selepas 1am. Kan sabtu tu aku menghadiri open house seawal pagi bermula daripada Seremban terus ke Puchong, Kelana Jaya, Shah Alam dan Taman Melati, tapi ada tambahan satu lagi iaitu Kampung Melayu Subang. Tiba di rumah hampir 2am, nak mandi membersihkan diri lagi, maka, tak jadi aku nak buat roti jala.

Di Kampung Melayu Subang ni, aku hanya mampu jamah air sahaja. Teringin nak makan laksa Sarawak dan kari ayam kaw, tapi aku terpaksa ambik bau je sebab aku kekenyangan yang maksima. Suami aku pun tak makan sangat, cuma berborak dengan kawan-kawan yang datang.

Maka, ahad pagi, aku sekadar buat bihun goreng 2 versi, satu pedas dan satu lagi tak pedas. Lemang dan kek prune dah ada, kerepek dan kuih raya pun dah banyak, oklah kot. Menunggu menu daripada saudara aku, akhirnya penuh rumah aku dengan makanan. Dahlah rumah aku kecik. Nasiblah tak jemput kawan-kawan, kalau tidak tak muatlah rumah aku ni.

Kebetulan adik kembar aku dan abang kandung aku demam. Adik aku pula mengada nak makan kat sebelah aku, dia nak bermanjalah tu sebab dia demam. Bermanja dengan suami versinya lain, bermanja dengan aku konsepnya lain. Aku dah kata, jarakkanlah dengan aku. Aku ni dahlah antibodi lemah, kang aku yang demam kang.

Majlis selesai selepas Asar. Suami aku sibuk membantu aku mencuci pinggan mangkuk kat dapur. Aku mengemas meja dan makanan. Banyaknya makanan. Syukurlah pot luck, kami dapat bertukar juadah. So, kat rumah aku dah ada belambak versi makanan. Walhal sejak daripada awal aku dah cakap supaya mereka membawa balik semua makanan ni sebab aku dan suami tak mampu nak habiskan. Suami aku tu bukannya jenis kaki makan, tengoklah badannya sekeping. Hahaha.

Selepas Solat Magrib, tiba-tiba aku terus demam. Seluruh badan rasa berdenyut-denyut, badan aku panas dan aku mula selsema. Ohhh tidak, akhirnya aku terpaksa MC 2 hari yakni Isnin dan Selasa. Hari ni aku mula bekerja, tapi aku masih tak sihat sepenuhnya.

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah aku pelik sebab aku masih tak sembuh sepenuhnya daripada demam. Biasanya, demam aku takkan berlarutan sehingga 3 hari kecuali aku tak makan ubat secara konsisten. Bila difikirkan, mungkin pengambilan ubat daripada klinik yang berbeza. Ni pendapat aku yang bukan doktorlah ni. Aku agak je.

Sebelum ni, aku biasanya ke klinik berhampiran rumah sewa lama. Ubatnya selepas makan 5-6 jam aku akan terus rasa sihat, dah boleh melompat-lompat, tapi klinik yang aku pergi ni berdekatan rumah aku sekarang. Ni kali kedua demam aku berlarutan sehingga hari ke 3, aku tak pasti adakah ubat yang diberi tak serasi dengan aku?

Mungkin, kalau masih tak sembuh, aku nak ke klinik yang aku selalu pergi selama ni. Aku dah datang kerja hari ni sebab aku dah bosan 2 hari duduk kat rumah, langsung tak produktif.

Adik kembar aku ketawa apabila aku bagitau dia aku berjangkit demam daripada dia. Lemahnya antibodi aku katanya. Memang, sejak tua-tua ni antibodi aku memang lemah. Kalau kat ofis, sesiapa yang demam datang depan aku, esoknya aku pasti demam berjangkit, so, aku kena ambil langkah berjaga-jaga selepas ni.

p/s : Teringat dulu zaman sekolah, antibodi aku memang kuat, pernah ada kes keracunan makanan kat asrama, satu asrama Putra dan Puteri dikejarkan kat hospital disebabkan muntah dan cirit birit, tapi aku dan beberapa orang rakan lain tak pula sakit macam tu, relaks je ke sekolah macam biasa. Tak ada langsung simptom sakit perut atau tanda-tanda keracunan makanan, walhal makanan yang mereka makan sebijik sama dengan aku makan, malah aku yang terlebih-lebih makan. Hahaha. Lengang je sekolah hari tu sebab hanya ada beberapa je orang pelajar yang tak kena keracunan makanan. Agaknya sekarangkan, janganlah buat hal, silap-silap aku yang paling teruk di antara yang terteruk kena keracunan makanan.

Lemah sungguh antibodi aku ni. Adoiiii

6 ulasan:

UMMI YL berkata...

sian wbh..semoga cepat sembuh..

kalau sakit memang susah nak wat kerja apa..

kadang kita penat sangat kot, tu yang lambat sembuh.. tambah udara dan persekitaran pun tak elok.

saya pun sama WBH..di rumah ni anak sakit jangkit ke saya..saya sakit jangkit lak kat anak..anak sembuh pi taska jangkit lagi.balik rumah jangkit lagi..rasanya cam tak habis2 sakit..:) kalau saya sakit frust jugakla sebab kita yang selalu uruskan rumah lebih..pasni kena ambil vitamin untuk anak dan saya kena amalkan sayur2 hijau dan habiskan habattus sauda yang selalu je lupa amik..dah setahun belum habis lagi..hihi

tapi fikir balik takpala..saya banyak dosa..biaqpila kalau sakit sikit2....:)

Kakcik Seroja berkata...

Dah buat urine test? Manalah tahu, demam2 membawa petanda lain pulak, kan? :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : haaaa, lagi naya kalau jangkit dan terjangkit pada anak2, kes mcm ni pasti berlaku kat saya kelak kalau ada anak2, betul tu, bila teringat dosa, baru belajar pasrah atas sakit semua ni, hehehehe

kakcik : soalan bodoh ni nak tny, urine test ni kena buat semasa bila ek? hehehhehee, jahilnya sy :-)

marinahunny berkata...

ha, try la buat urine test. paling bagus buat masa waktu pagi slps bangun tdo yakni air kencing yg pertama..

Kakcik Seroja berkata...

WBH... marinahunny dah tolong jawab tu. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : boleh ek, tp period sy blm lewat :-)

kakcik : boleh ke? period sy blm lewat :-)