~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 15 September 2011

Cendawan Kukur @ Sisir


(sumber google)

Salam Syawal. Wow. Esok Public Holiday. Tak sabarnya nak bercuti lagi. Aku rasa orang lain pun seperti aku sekarang, sesi menyusun atur jadual open house yang bakal dihadiri pada esok hari, Sabtu dan Ahad. Open house yang bakal aku hadiri tidaklah sepadat minggu lepas. Minggu ni ada kelapanganlah sikit untuk perut aku ada ruang untuk udara menginap. Hahaha.

Walaupun tak sepadat mana, ada juga yang mungkin terpaksa dilupakan sebab tak cukup masa nak penuhi semua. Tapi, aku kena utamakan open house yang dibuat oleh saudara mara aku terlebih dahulu. So dalam sehari, 3-4 jemputan je aku boleh hadiri. Aku tak heran kalau aku serbu ke rumah saudara mara aku, penuh dengan limpahan makanan. Diaorang memang terer masak, tak macam aku, yang masih tahap hingusan dalam dunia masakan.

Sebenarnya, aku masih tak sihat, semalam aku ke klinik lain untuk mengambil ubat. Yang nyata, selsema aku terus hilang. Cuma yang merisaukan aku ialah batuk aku ni. Dah tahap yang teruk jugaklah. Lebih membimbangkan aku, aku ni ada penyakit asma, maka setiap kali batuk, aku risau asma aku akan datang menyerang.

Ni pun setiap nafas aku dah berbunyi-bunyi. Lagilah aku susah hati. Sebab aku dah lama sangat tak mengalami asma. Kali terakhir adalah semasa zaman sekolah menengah. Selepas tu sampai sekarang penyakit tu tak pernah datang bertandang lagi.

Pagi tadi pun masa mengaji al Quran, aku dah semput-semput. Tapi aku gagahkan juga mengaji kerana Allah. Penyakit ni Allah yang beri, maka kepada Allah juga ia akan kembali kan. Suara aku dah makin sengau. Kalau ada panggilan masuk, majority dah tak cam suara aku. Eeee geram jugak rasanya.

Ramai salahkan aku kerana walaupun sakit aku tetap berpuasa. Kalau aku tak puasa, mana sempat lagi nak kejar Syawal? Aku tak nak ketinggalan dalam berpuasa sunat syawal. Akukan banyak dosa, kenalah sentiasa gigih mencari pahala. Kalau tak habiskan, bila lagi, aku ni ada sesi datang bulan, kalau tangguh kang, tak cukuplah puasa aku ni.

Mungkin atas faktor nilah jugak, batuk aku tak lega sepenuhnya sebab aku gagal makan ubat secara konsisten. Ubat batuk kena makan sehari 3x, tapi bila dah puasa, nampak gayanya dapatlah 2x je minum ubat batuk tu semasa berbuka dan bersahur.

Malam ni pula ada beberapa kawan-kawan daripada dunia outdoor nak datang beraya di rumah aku. Mungkin dalam 7-8 orang jugak. Kalau ada rezeki mereka nak tidur je kat rumah aku, sebab diaorang nak mandi pool kat bawah apartment aku esoknya. Aku tak kisah, nak tidur tidurlah, diaorang dengan aku dah macam saudara, dah macam adik aku je, masing-masing masih single but not available. Ahaksss.

Aku tak tahu nak masak apa. Kawan-kawan aku tu boleh tahan cerewetnya, hahaha, teringat dalam hutan masa trekking, ada yang tak makan bawang, ada yang tak minum susu, ada yang tak makan sayur, ada yang tak boleh makan nasi tanpa kicap, ada yang tak makan pedas, so, aku dah buntu nak masak apa.

Walaupun aku boleh dikategorikan suka memasak, sebagaimana aku giler memandu, tapi skills aku sangat-sangat terhad. Perkara ni ada aku suakan pada seorang rakan ofis, dia cakap, tak kelasss la kalau ko goreng mee, cuba buat mee sup ke mee bandung, apabila aku cakap aku nak goreng mee je sebab aku pun bukannya sihat betul. Tapi, aku rasa lawak pula bila member aku cakap tak kelassss. Macam iklan ribena.

Entahlah, kan best kalau aku terer masak, tak ada pening kepala nak fikir tentang juadah. Kek coklat dah aku order, saki baki kerepek-kerepek raya masih banyak yang tinggal. Buat masa ni, mee goreng jelah paling ringkas aku nak masak. Lantaklahkan kalau tak kelasss. Dalam hutan boleh je makan sebungkus maggi mentah kongsi 12 orang. (masa ni ada masalah teknikal tentang ration. trip pulak dalam hutan 8 hari, kurus aku sekejap). Hahahaha

Kalau aku berkesempatan aku buatlah mee sup ke bandung ke apa-apa sahaja. Aku pun tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka petang nanti. Dah 2 hari aku berbuka sorang, huwaaaaa, suami aku lambat tiba di rumah sebab hujan, huwaaaaaaaaaa. Kesiannya dia kena ujan dan panas terik pergi dan balik kerja, aku yang selesa kena aircond kereta ni patutnya lebih-lebih dalam bersyukur kan. Alhamdulillah. Tulah sapa suruh pergi kerja naik motor. Ahakssss. Inflasi sifar wawasan kita.

Masak lemak cili padi cendawan kukur @ sisir masih berbaki dalam peti ais. Sup ayam pun masih ada saki baki. Hmmmm, nampak gaya makan itu ajelah kot. Sebab dalam keadaan tak bermaya ni, aku tak mampu nak fikir apa-apa pun. Bencinya menjadi manusia yang tidak produktif dalam minggu ni.

p/s : aku tak tahu nak letak tajuk apa, sebab tak mampu berfikir dengan waras lagi, hahahaha, so belasah aje

Aku sudahi dengan tasbih kaffarah.




4 ulasan:

marinahunny berkata...

hmm akak pun batuk demam dan selesema pas raya. demam selesema ok dh tp batuk plak kung keng kung keng. dh 2 botol ubat telan tp x jalan. last skali suami pesan suh kumur dgn ubat kumur pas gosok gigi. selama ni asyik malas je. 2 kali kumur terus rasa kurang..cuba lah..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : ubat kumur brand apa ya? boleh sy cuba mlm ni

Pakcik Botak berkata...

pakai listerine pun boleh...sbb nak bunuh kuman...sebenarnya kuman2 ni le yang sbbkan batuk x hilang2

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cantekkllah, ada listerin kat umah