~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 7 September 2011

Kisah baju raya

Masih dalam mood raya. Sebelum puasa menjelang, aku dah beriya berangan nak pakai baju raya yang sedondon colornya bersama suami. Iyalah, tahun ni kan tahun pertama kami beraya berdua. Excited tu terlebihlahkan. Malangnya, suami aku buat tak endah je. Dia kata dia tak nak beli baju Melayu baru, sebab baju dia yang lama-lama masih elok, sebab jarang dipakai. Kang membazir je.

Memandangkan aku nak juga pakai sedondon, tapi satu baju raya pun belum ditempah sedangkan Ramadhan dah tiba di penghujungnya, maka, akhirnya dipendekkan cerita, kami sekadar recycle semula baju kahwin kami. Baju kahwin ni kami pakai semasa wedding kami di kampung suami tempoh hari. Memang baju tu kami tempah dan bukannya sewa, maka, kat sini, kami dah melakukan langkah penjimatan yang efisyen.

Semasa kat kampung, semasa sibuk menyediakan juadah berbuka, sajalah berborak dengan ibu mentua, aku berbasa basi tanyakan tentang baju rayanya. Ibu mentua aku jawab, tak ada buat baju raya pun. Tak pernah ada budaya buat baju raya baru dalam keluarganya sebab baju yang ada pun masih banyak dan elok untuk dipakai di hari raya. Aku agak terkedu dan berdiam diri.

Biasanya setahu akulah, setakat orang lelaki jarang beli baju raya baru especially baju Melayu adalah normal di mata aku. Sebab mereka kebanyakan jarang mengguna pakai baju Melayu tak macam kaum Hawa yang boleh pakai bila menghadiri kenduri kendara atau ke pejabat.
Tapi, ni kali pertama aku saksikan sendiri saudara perempuan sebelah suami aku termasuklah ibu mertua aku yang tak mengamalkan budaya memakai baju baru di hari raya. Walaupun aku tahu mereka sebenarnya mampu, tapi mereka cuba sambut hari raya dalam suasana yang serba sederhana. Ini sesuatu yang baru pada aku.

Di sini, aku belajar erti hidup dalam serba sederhana. Dan yang pastinya, aku baru perasan, tahun ni aku memang pun tak ada baju raya baru walaupun sepasang. Hahaha.

P/S : Kalau sebelah keluarga aku pula, anak-anak buah aku, sedara aku, sepupu aku, setakat 5-6 pasang baju raya tu adalah sikit. Tu belum masuk baju yang ditempah sepanjang tahun. Aku je selama ni melaram dengan 2 pasang baju raya, tapi 2 tahun lepas berturut-turut baju raya aku tak siap, walaupun tailornya berbeza. Menyedihkan

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Keluarga kakcik juga tiada baju raya pada tahun ini. Kami pakai apa yang ada sahaja. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : satu langkah penjimatan yang bijak :-)

Unknown berkata...

Jimat! perlu di contohi, tapi saya tiap2 tahun mesti ada dua pasang baju raya....huhu.

Tak pernah lagi buat baju raya sampai 5-6 pasang, dua biasanya yang paling banyak, satu tu wajib.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : betul tu, anak sedara sy ni kalau pasal melaram, mmmm tak leh nak buat apa :-)

yus : sy tak dpt akses blog awak, tak tahu kenapa

UMMI YL berkata...

masa bujang dulu, memang mak akan buat baju raya untuk saya dan adik2..buat sendiri..walaupun amatur dan ada silap kami anak2 pakai jugak sebab mak yang buat..apapun takpa janji mak yang buat..bila kami dah besar baru mak beli..sebab kami jarang beli baju..

tahun ni tak beli baju raya..husband pun kata baju tahun lepas elok lagi..beli untuk anak2 je sebab baju depa dah banyak yang buruk..Adat je kita buat baju baru..sedangkan nabi kata bila raya pakai baju yang terbaik dan paling kita suka..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sy pernah baca artikel ttg yg nabi sarankan tu :-)