~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 27 September 2011

Kubur kata mari

Tadi semasa kat mesin photostat, aku tengah dok scan document tender, sambil fikiran aku jauh melayang entah ke mana, tapi mata aku memandang whiteboard depan aku, tertera 27 September 2011, ditulis oleh secretary bos aku.

Laaaaaa, aku terjerit kecil. Kenapanya? mesin photostat sangkut lagi ke, tanya akak secretary dengan pandangan berkerut.

Taklah akak, saya baru realize dah nak masuk September lah. Cepat bebenor. Aku jawab dengan muka tak puas hati.

Akak secretary tidak menjawab, tapi hanya menggelengkan kepala, sebaliknya berkata, Kau ni cemas semacam, aku ingatkan mesin photostat rosak lagi. Eeeeeee....

Aku cuba mencongak, beberapa hari lagi masuk bulan October. Pastu November, akhirnya December, pastu January. Wahhhh, pastu umur aku bertambah lagi satu angka. Satu-satunya dalam hidup aku, yang tak akan turun ialah berat badan dan umur, korang pulak macam mana? Hahaha. Umur tu sudah pastilahkan, berat badan korang pula macam mana? Statik ke atau ada pasang surutnya?

Umur makin bertambah, amalan tak sebanyak mana. Bak kata seorang sahabat baik aku, kita ni dah boleh tempah lubang kubur dah ni sebab kubur kata mari.

Mmmm, takutlah aku, aku ni sibuk dengan urusan duniawi je. Celik mata sampailah nak pejam mata  semula kang, sibuk dengan duniawi. Jika dihitung, Allah bagi aku 24 jam sama je dengan orang lain, tapi orang lain mampu hafal al quran, aku, setakat surah Yassin bolehlah tunjuk lagak, surah lain, confirmlah kena buka kitab lah kalau nak baca.

Tiba-tiba aku rasa malu, macam ni ke nak masuk syurga. Ada hati gak tu nak masuk syurga. Orang lain sibuk menuntut ilmu agama dengan ribuan orang guru, pun masih tetap tak puas dengan ilmu agama yang ada seperti Imam Bukhari ada 1000 orang gurunya. Tapi aku ni sejauh mana sangat menuntut ilmu agama? Alah setakat attend kuliah Zohor dan tazkirah pagi Jumaat je, tak payahlah nak mendabik dada, tu pun belum tentu aku amal apa yang ustaz sampaikan.

Padahal aku dah sedia maklum, bila-bila sahaja malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Kalau pahala beribu-ribu lemon tak apalah jugak, setakat ciput mampukah aku terlepas azab kubur?

Rupanya ramadhan penghulu segala bulan itu tak sepenuhnya mampu mendidik jiwa aku menjadi mukmin yang bertakwa. Menyedihkan.



2 ulasan:

UMMI YL berkata...

Ala, wbh..sedih je entry ni rasa cam nak nangis..

sedihnya setiap hari pun amalan masih tak bagus..tapi setiap hari pun mengingatkan mati..

6 langkah org mukmin menghadapi akhirt tu yang no 6 tu bila baca alangkah tak bersedianya...

semoga kita boleh tingkatkan amal dan jadi sebaik mungkin..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : insyaallah rulza, mari sentiasa ingatkan diri :-)