~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 5 September 2011

Mazhab Melayu

Ustaz yang kata. Aku sampaikan je.

1) Tinggalkan solat jumaat 3x berturut-turut, hukumnya kafir, tapi kalau 2x atau sekali ponteng dibolehkan pula.

2) Malam jumaat hanya baca yassin

3) Witir hanya dibuat hanya pada bulan puasa

4) Semasa sedang 'period' tak boleh baca sebarang Kalimah Agung Allah.

5) Nak menghadiri majlis ilmu atau majlis keagamaan kena pakai tudung.

6) Kalau terlupa niat puasa esoknya tapi sahur bangun melantak sesedap rasa tetap tak sah puasa kononnya.

7) Mengumpat seseorang tentang perkara yang benar konon tak berdosa.

8) Lewatkan solat Isyak dengan sengaja konon nak buat Tahajud.

9) Korek hidung batal puasa.

10) Korek telinga batal puasa.

11) Masjid hanya penuh di bulan puasa semasa sesi sunat terawih semata, tapi semasa solat fardu pula masjid kosong tak kiralah samada di bulan puasa atau bulan lain.

12) Amalan bermaafan seringkali diabaikan apabila bulan Ramadhan dan Syawal berlalu.

13) Kalau usung / kepit majalah / suratkhabar / bahan bacaan di katakan ulat buku, tapi kalau kepit / usung al quran di katakan alim atau menunjuk-nunjuk.

14) Kalau menyampaikan tazkirah, dilabelkan sebagai ustaz dan ustazah, tapi kalau sampaikan fitnah / khabar angin disanjung pula.

15) Orang Melayu yang berbaka Islam lebih suka memperbesarkan amalan sunat daripada amalan wajib.

Ingatlah wahai kawan-kawan, Islam diserang dengan pelbagai cara, melalui politik, ekonomi, sejarah, cara hidup dan lain-lain. Kalau kita sendiri umat Islam yang baka Islam, tak nak mendalami agama mulia ni, siapa lagi nak nak mempertahankan agama ni?

Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.

p/s : sebenarnya banyak lagi nak taip, tapi aku dah banyak lupa, sebab banyak sangat melantak lemang. :-)


2 ulasan:

UMMI YL berkata...

betul-betul..memang banyak sangat mazhab melayu ni. yang sedihnya bila mereka pertahankan mazhab tu sampai boleh bawak bergaduh dan melekehkan orang lain..

bab mengumpat lah yang paling best bukan saja yang benar..mengumpat kononnya care!!..macam2

islam ni benar2 perlu kepada ilmu...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sy setuju dgn rulza, nak beriman kena berilmu, dan menuntut ilmu adalah wajib dlm agama Islam :-)