~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 19 September 2011

Nawaitu buat open house

Biasanya sesuatu yang dilakukan bersebab kan. Dan setiap orang ada sebab masing-masing kenapa menganjurkan open house. Aku nak senaraikan secara rawak kenapa orang buat open house.

1-niat nak berkumpul dengan kawan-kawan ofis, kawan-kawan zaman belajar, kawan-kawan sekolah rendah dan menengah, kawan-kawan dalam blog, kawan-kawan dalam FB dll

2- niat nak kumpul sesama saudara-mara

3-niat nak eratkan silatulrahim.

Tapi, ada jugak ada nawaitu tertentu seperti

1-nak tunjuk perabot baru dalam rumah

2-nak tunjuk rumah ada buat sesi renovation

3-nak tunjuk pinggan mangkuk yang mahal

4-juga ada yang nak tunjuk kereta baru

Kalau niat yang macam ni, aku rasa open house tadi tak mencapai matlamat yang sebenarnya dalam Islam. Kemungkinan dapat koleksi dosa lagi. Aku tak nafikan ada di kalangan saudara aku sendiri yang buat open house atas tiket nak menunjuk perabot jati yang baru dibelinya. Kitaorang yang dah memahami sikapnya itu hanya sekadar mengiyakan sahaja. Semoga Allah buka pintunya hatinya.

Ada juga yang buat open house atas dasar nak berlagak dan berlumba-lumba dengan juadah yang disediakan. Ini kisah benar, ada seorang kawan aku, tiap-tiap tahun open housenya mesti ada menu 1 ekor kambing golek, maka yang seorang lagi tak puas hati, tahun seterusnya dia buat jugak open house 7 ekor kambing golek. Nampak tak, sesi berlumba-lumba ni bakal mengundang pembaziran.

Walaupun aku tahu zaman junjungan besar baginda Rasullullah tak ada pernah buat sesi open house, tapi amalan mulia sebegini wajar juga diamalkan dalam zaman manusia yang sudah tidak lagi mengamalkan konsep 'menjaga tepi kain orang ni'. Amalan sebegini sangatlah sesuai dengan zaman kini di mana semua orang saling mementingkan diri sendiri, keluarga sendiri dan kadang kala langsung tak kenal jiran sebelah rumah. Maka, open house tadilah yang mengeratkan hubungan jiran tetangga tadi. Tapi, open house tetap juga tak mencapai matlamat sekiranya jiran sebelah rumah langsung tidak dijemput.

Nampakkan, pelbagai ragam manusia dalam menjayakan open house di rumah masing-masing. Kemudian, bila bertemu patutnya banyak cakap tentang kebesaran Allah dan Rasul, tapi perasan tak, banyak yang cakap topik tentang keduniaan. Contoh, wahhh, kereta baru, cat rumah pun baru, perabot baru...

Bukan aku anti cakap keduniaan, tapi aku tak suka kalau cakap pasal keduniaan semata-mata. Kita ni hamba Allah, lebihlah bercakap tentang Pencipta kita. Betul tak? Aku ingatkan diri sendiri.

Tapi, jauh di sudut hati, aku sangat-sangat kagum pada mereka yang buat open house ni. Aku terlebih kagum kepada mereka yang tak pernah miss buat open house ni. Tahu tak kenapa aku kagum? Sebab aku sendiri tak mampu nak buat open house macam tu, tak mampu di sini ialah kerana :-)

1-Aku tak terer masak apatah melibatkan juadah dalam kuantiti yang banyak sekaligus untuk dimakan oleh ramai orang. Aku masih dalam proses belajar memasak pelbagai menu termasuk pencuci mulut. Aku masih gagal kat sini. Setakat 1-2 juadah tu aku rasa mampu kot, tapi takkanlah aku nak sediakan juadah tu je kot. Kesianlah kat tetamu aku.

2-Rumah aku apartment je, kecik je, kalau aku jemput orang datang rumah aku, sure tak muat. Itu pasti, dahlah kawan-kawan aku dan kawan-kawan suami aku memanglah sangat ramai. Itu hari aku jemput saudara aku datang rumah, dalam 5 family, rumah aku dah penuh dan padat, dengan makanan pot lucknya, dan dah berterabur aku rasa.

3-Parking kat rumah aku tak 'user friendly'. Kalau tempat untuk visitor penuh, yang nak datang ke rumah aku kena parking kat luar, kesian mereka nak kena menapak jauh.

4-Barang-barang dalam rumah aku tidaklah selengkap mana. Contohnya tak ada pinggan mangkuk mahal dll

5-Aku jenis manusia yang tak reti nak 'served' semua orang dalam kadar serentak. Aku memang gagal kat sini. Kualiti aku 'served' akan jadi menurun apabila semua orang ada serentak dalam rumah aku. Macam wedding aku dulu lah, apabila semua orang datang serentak meraikan aku, masa aku bersama diaorang adalah terhad. Maybe penyelesaian kat sini, aku kena buat open house berperingkat-peringkat, contohnya budak ofis tengahari, manakala masa untuk saudara mara pula untuk sesi petang. Begitulah.

Hakikatnya, aku memang kagum pada mereka yang buat open house. Aku salutelah, korang sememangnya terer masak. Banyak aku kena belajar ni daripada korang.

Tahniah kepada mereka yang berjaya buat open house secara konsisten.




2 ulasan:

fuad ansari berkata...

kena betulkan niat sebelum buat open house nampaknya...

open house berperingkat, cadangan yg baik bagi yg mengalami masalah2 sedemikian.. (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fuad : betul, kena betulkan niat nak buat open house, niat nak bg org mkn utk raih pahala, niat nak eratkan silatulrahim :-)