Selagi tak habis syawal, selagilah tu sesi open house meriah semeriah meriahnya. Tahun ni senarai jemputan open house aku tidaklah sepadat 2 atau 3 tahun lepas. Sehingga ada jemputan yang terpaksa aku tolak atas sebab kekangan masa. Kekangan masa di sini adalah melibatkan masalah jem yang akan wajib berlaku sepanjang sabtu dan ahad di bulan Syawal dan sebab lain tak dapat hadir adalah kerana menghadiri jemputan yang lebih awal.
Berbeza senario tahun ni, ramai kawan-kawan nak beropen house di rumah aku pula. Puncanya mereka nak datang sejak tahun lepas lagi selepas aku berpindah ke rumah sendiri. Tapi disebabkan rumah aku masa tu belum sempurna, tak ada langsir, aku sekadar tutup dengan kepingan suratkhabar, sekali pandang dah macam rumah Bangla, rumah Bangla pun tak macam tu, kemudian, penuh ruang dalam rumah dengan kotak-kotak yang belum aku unpack ketika tu, maka aku cakap tak sesuai nak datang rumah aku, mungkin lain kali sahaja.
Maka, tahun ni mereka kembali menagih janji. Hahaha. Datanglah, aku alu-alukan kedatangan kalian. Kitakan bertemu dan berpisah kerana Allah. Silatulrahim yang terjalin sekian lama patut dieratkan lagi di dalam syawal yang mulia ni.
Ada yang kawan-kawan rapat yang dah pun datang sejak sebelum ramadhan lagi, yakni selepas aku menikah dengan suami aku. Ada yang sering datang banyak kali dah sebab diaorang suka melepak kat rumah aku, aku rasa dia suka sebab rumah aku ni strategik, di mana lokasi rumah aku berada di tengah antara rumah dan pejabatnya. Hahaha. Rumah aku tu dah jadi laluan utama dia setiap hari.
Aku tak kisah, aku suka tetamu datang, walaupun bagi sesetengah orang maybe tak selesa kawan-kawan datang main terjah je, dahlah datang sekitar jam 10pm ke atas pula tu. Sebab pada aku, diaorang dah ikhlas nak datang apa salahnya. Ni pendapat akulah. Sebab aku belajar untuk menjadi manusia fleksibel kat sini.
Esok pula sesi aku terjah open house bermula daripada Seremban, kembali ke Puchong, Shah Alam, Taman Melati dan akan berakhir di Kelana Jaya. Yang pastinya, aku tak pasti jam berapa aku akan sampai di rumah. Ahadnya pula sedara aku nak datang beraya di rumah, aku tak pasti samada aku sempat atau tidak menyediakan juadah. Yang pasti aku kenalah sediakan jugak juadah, sebab temanya adalah pot luck, idea adik kembar aku.
Mungkin malam ni paling sesuai untuk aku beli bahan nak masak untuk hari ahad ni. Sebab esok dari pagi sehingga malam, aku tak ada kat rumah.
Ada sesiapa nak kasi aku idea nak masak apa untuk hari Ahad?
-Twin aku nak buat mee bandung
-anak sedara aku nak buat nasik impit, kuah kacang dan rendang ayam
-sepupu aku nak buat tart telur dan rojak
-anak sedara aku yang sorang lagi maybe buat spageti
Aku nak masak apa ye? Tapi aku dah order lemang dan kek basah prune
Suami aku kata kalau tak sempat masak, dia nak order je beriani kambing. Tapi aku cakap, aku nak masak sesuatu walaupun bukan pakar dalam dunia masakan, tapi aku sangat berbesar hati kalau orang sudi menjamah masakan aku walaupun akhirnya kena komplen kadang-kadang, aku tetap suka, sebabnya aku boleh improve skill masak aku.
Aku tutup entry ni dengan tasbih kifarah. Sebab cerita aku ni tentang keduniaan sahaja.

2 ulasan:
malam tadi ada juga jamuan raya serba ringkas untuk rakan2 office suami.
Saya buat kuey teow goreng kerang, roti jala dan kari ayam lepas tu beli satay sikit.
Mungkin boleh jadi idea pada cik wanita bertudung hijau untuk majlis Ahad ini..:)
yus : sy tertarik dgn idea roti jala tu, pernah buat sekali je, boleh try :-)
Catat Ulasan