Disebabkan semalam pun aku tak masak untuk sesi makan malam, sebab tak ada stok dan bahan nak masak, tak sempat nak beli, maka, aku dah suami decided nak makan kat kedai. Kedai makan area rumah aku banyak yang dah beroperasi seperti biasa.
Disebabkan jarang makan kat luar, kami tak tahu nak makan di mana. Bosan pula kalau asyik makan di Giant atau Jaya Jusco yang berdekatan dengan rumah aku tu. Akhirnya kami memilih satu restoran yang tak pernah kami jejaki berhampiran rumah kami.
Kami memilih sebuah meja berhampiran skrin tv besar, dapatlah menonton sambil menjamu selera. Sementara menunggu pekerja datang mengambil pesanan, aku melihat di sekeliling kedai. Tak ramai pelanggan, cuma ada tak sampai 10 orang. Agaknya ramai yang menghadiri open house yang masih meriah berlangsung sekitar bulan Syawal ni.
Tunggu punya tunggu, tak ada sesiapa yang datang mengambil pesanan. Kami masih bersabar, cuma aku je tercangak-cangak mencari kelibat pekerja kedai terbabit. Hampa je rasanya apabila pekerja yang mengambil pesanan hanya seorang yang kelihatan. Mungkin pekerja tersebut sibuk, langsung dia tak mengendahkan lambaian tangan aku dan suara aku yang tenggelam timbul dengan suara tv.
Aku akhirnya tarik tangan suami, ajaknya dia beredar daripada situ. Kami mengambil inisiatif untuk ke sebuah restoran yang lebih ramai kakitangan. Juga restoran Melayu. Wahhh, kerusi meja hampir penuh dengan pelanggan. Mudah mengenali pekerja di restoran ni kerana mereka memakai unifrom khas.
Kami tak mempunyai pilihan meja kerana meja kebanyakan dah penuh. Maka, kami duduk di meja yang masih berselerak dengan pinggan mangkuk dan gelas yang belum di'clearkan'. Kebetulan kawan suami aku datang sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil. Kami berborak sambil menantikan pekerja membersihkan meja kami. Malangnya, tak ada sesiapa yang datang bertindak.
Sehinggalah kawan suami aku dah hampir hilang pertimbangan, memanggil salah seorang pekerja dan menyuruhnya mengangkat pinggan mangkuk tadi dan sekaligus membersihkan meja. Selepas dia mengangkat semuanya, dia berlalu dan kami masih terpinga-pinga si situ dengan berharap dilayan sebagaimana seorang pelanggan.
Tak lama kemudian, datang seorang pekerja dengan pen dan menu di tangan. Dia datang mengambil pesanan. Amat menyedihkan apabila dia kata, kalau order makanan lambat sampai bang, sebab ramai orang. Terus terbantut kami berempat nak order. Akhirnya kami decided untuk menikmati makan malam di restoran mamak sahaja.
Layanan bukan sahaja pantas dan mesra, tapi esfisyen. Walaupun pelanggan di kedai mamak terbabit sangatlah ramai dengan pelanggan, tapi servis mereka sangatlah terbaik.
Dan ini bukan pengalaman kali pertama berlaku kepada restoran Melayu, dahlah mahal dengan senyuman, kebanyakan tiada etika dalam melayan pelanggan. Ada yang tidak pernah rasa bersalah melayan pelanggan, dalam pada masa yang sama berborak di hp atau berborak dengan rakan sekerja lain. Owner restoran Melayu patut wajibkan pekerja restoran menghadiri kursus Etika dalam melayan pelanggan. Tak rugi keluarkan belanja sedikit, tapi berbaloi untuk kesan jangka panjang.
Ini pendapat peribadi aku. Dan entry ni bukan bermakna aku sokong 100% restoran Mamak. Restoran mamak tetap ada kelemahannya, tapi ni pengalaman aku semalam.
Menu aku semalam adalah nasi beriani kambing. Perghhh, terbaeklah.
2 ulasan:
Dah banyak rungutan tentang layanan di restoran2 Melayu, tapi masih begitu juga tahap layanan mereka. :(
Bagaimanalah bangsaku hendak maju?
kakcik : melayu yg 'layu'
ckp pd diri sendiri gak ni :-)
Catat Ulasan