~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 7 September 2011

Tentang raya di kampung siapa???

Masih dalam mood raya. Semalam, entah buat kali ke berapa, kawan baik aku sejak zaman belajar, mengadu lagi pada aku perihal suaminya yang tidak mengotakan janji mahu pulang ke kampungnya menjelang Aidilifitri yang lalu.

Dia rasa sedih sangat, dia rasa tertipu, dia rasa perasaannya tidak pernah dihargai sebagai seorang isteri. Apatah lagi dia dah berjanji dengan ibunya di kampung yang mahu beraya berkonvoi ke rumah saudara mara, dan ibunya di kampung ternantikan kepulangannya. Dia tak dapat pula tu nak bagitau ibunya di kampung di mana dia masih di kampung suaminya sebab kampung suaminya tak ada coverage.

Suaminya tanpa rasa bersalah hanya nak beraya di kampung suami sehingga hari raya ke 6. Sedangkan mengikut perjanjian raya ke 3 mereka akan beraya di kampung kawan aku pula. Tapi, janji hanya tinggal janji. Dan ni bukan kali yang pertama, tapi ianya berlarutan selepas mereka berkahwin.

Kawan aku dah tak ada tempat nak mengadu, dia ceritakan pada aku untuk lepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai seorang manusia, sebagai seorang rakan baiknya, dan sebagai seorang perempuan, aku menjadi pendengar yang ikhlas dan setia.

Kalau ikutkan pengalaman, dia dah 4 tahun kahwin, tapi dia meminta pendapat aku yang baru 4 bulan melayari alam rumah tangga ni. Belum pun setahun jagung aku kahwin, pengalaman tak sebanyak mana, tapi untuk membantu dia meringankan stress, aku cubalah memberi sepatah dua kata.

Apa kata anda pula bagi nak menyelesaikan kemelutnya yang tiada kesudahan?

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Apa-apapun mereka suami isteri kena cari kata sepakat dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian yang terbaik. Kita sebagai orang luar hanya boleh jadi pendengar dan memberi pendapat. Keputusan tetap pada mereka. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : aahhh sy pun ada ckp perkara yg sama, tp apabila kata putus di capai, si suami tetap mungkiri janji akhirnya, entahlah

UMMI YL berkata...

sedih gak no ...bagai ditelan mati mak diluah mati bapak. Suami dia harus diajak jumpa kaunselor la kot atau ditegur agar bertimbang rasa kepada isteri.Tapi tula kang silap jaga tepi kain kena paenampaq jepun pulak...:) suruhla kawan WBH buat solat hajat minta allah lembutkan hati suami dia. mana tau allah makbul.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sy blm ckp lagi yg tu, tu pun idea yg bernas, sy cuma cakap berbincang drpd hati ke hati, benda ni tak kan selesai kalau msg2 x phm peranan dan tanggungjawab msg :-)

nnt sy ckp pd dia :-)

fuad ansari berkata...

jodoh juga merupakan ujian dari Allah swt..

buat masa sekarang, elakkan berjanji.. bykkan berdoa..

p/s: ada orang lain, isteri yg buat macam tu.. lagi dahsyat kan kes nya.. (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fuad : ada, sy penah tgk kes mcm tu, dah berlaku dlm keluarga sy :-)

Jale SOKMO berkata...

Keduanya kena pg kursus kaunseling....:o)

Jale SOKMO berkata...

Wanita bertudung hijau pun blh jd kaunselor bertauliah....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

Jale SOKMO : sy tak layak jd kaunselor, kerana sy juga harus dibimbing :-)